Monday, November 24, 2025

Cabutan Bertuah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumaat dan Sabtu hari tu ada program Karnival MOH dekat sekolah Imani.. Jumaat tu Sha kerja jadinya Sbatu lah baru Sha pergi.. Jualan kupon untuk Karnival dah bermula seawal Oktober lagi.. Sha belilah kupon sebagai sokongan untuk karnival.. Pergi masa hari Sabtu tu ja sekejap.. Sha tinggalkan Imani dan Amani dekat Karnival.. Petangnya baru Sha ambil mereka.. Balik dengan 1 cabutan bertuah dan pelbagai makanan yang mereka menang dari permainan yang ada di Karnival.. 

Periuk..

Jenama MASAKi..

Ada 3 saiz, 1 pemegang dan satu penutup..

Cantik merahnya..

Sunday, November 23, 2025

Ramly Burger Kerbau

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru-baru ini masa beli barang rumah, Sha terjumpa daging kerbau ini di kedai frozen.. Selalu tu beli makanan frozen macam nuget dekat pasaraya ja tapi sejak 3,4 bulan yang lalu memang kena ke kedai frozen sebab nuget dekat pasaraya harganya mahal ya amat.. Baiklah beli di kedai sejuk beku, beza 30 sen ja dari harga yang selalu Sha beli berbanding dengan pasaraya yang naik sampai 3 lebih.. Pening tengok harga barang sekarang..

Ramly Buffalo Burger (70g) - RM7.80

Setelah dimasak, lebih kurang macam daging biasa ja rasa dan rupa dia..

China | The Demon Wardens: Convergence of Souls (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Halah.. Halah.. Bersambung pula dia.. Sha tengok dekat aplikasi iQiyi.. Bolehlah.. Kisahnya tentang Di Mo iaitu ketua syaitan yang hantar serpihan diri dia untuk duduk dalam badan manusia iaitu He Xiang.. Bila Ao Xia makhluk separuh naga dan separuh ikan dicampak ke neraka, Di Mo buat tawaran untuk berkerjasama dan muncul kembali ke dunia dan huru harakan dunia.. Ding yang juga syaitan cicak tapi dah jadi baik diarahkan untuk cari pemburu syaitan iaitu bapa kepada He Xiang.. Masa ini barulah terbongkar mengenai serpihan syaitan yang ada dalam badan He Xiang.. Ding korbankan diri dia untuk selamatkan He Xiang tapi gagal bunuh Ao Xia.. Maka bangkitlah Di Mo kembali untuk huru harakan dunia.. Cerita pun habis.. Gitulah..

The Demon Wardens: Convergence of Souls
2025 ‧ Drama/Adventure/Fantasy ‧ 1 h 34 m
The story tells of Di Mo, the evil leader of the demon clan, who joins forces with Ao Xia, the dragon prince, to terrorize the human world. A kind-hearted gecko spirit receives a mission from an immortal to find the Eight Warriors. During the journey, Ding discovers that He Xiang is one of the warriors’ reincarnations. In the end, Ding sacrifices his life to protect her, awakening He Xiang’s sense of duty and courage, and inspiring her to continue the journey to save humankind.

Taiping White Coffee: 3in1 Original & 2in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi dari jenama ini memang menarik untuk dicuba.. Sha jumpa 2 pilihan rasa yang boleh dicuba iaitu 3in1 dan 2in1.. Kalau suka yang cukup rasa boleh beli 3in1.. Kalau nak rasa kopi yang berkrim tanpa diganggu rasa manis boleh amik yang 2in1.. Sha beli atas talian.. Sekarang ini dekat shopee memang ada jual sachet ja.. Tak payah beria nak beli 1 pek besar tu..

Taiping White Coffee: 3in1 Original (40g) - RM1.73
Mantaplah rasa kopi dia.. Cukup rasa kopi, susu dan gula.. Memang seimbanglah.. Sesuai sangat minum waktu pagi..

Taiping White Coffee: 2in1 (30g) - RM1.78
Mantap.. Rasa kopi yang padu digabungkan pula dengan krimer.. Memang cunlah.. Sesuai sangat untuk yang nak rasa kopi dengan krim tapi tak nak manis.. Power kopi dia..

Saturday, November 22, 2025

Jumaat Yang Meriah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ambil cuti rehat sebab encik suami minta temankan beliau ke Tapah atas urusan rasmi.. Makanya bercutilah kita.. Selesai hantar anak kami terus ke Tapah.. Selesai urusan di Tapah terus gerak balik sebab nak ambil anak-anak pula.. Petangnya Sha teman encik suami bawa MIL berurusan dengan Pesuruhjaya Sumpah pula.. Kemudian ambil Imani balik sekolah agama pula.. Lepas tu barulah selesai semua urusan untuk hari tu.. Malamnya memang melepeklah.. Kepenatan.. hahaha..

Hazelnut Spanish Latte + Whipping Cream - RM8
Balik dari hantar anak sekolah, Sha amil kopi dulu.. Ada jiran kuarters buat jualan kopi dari rumah.. Kita belilah tanda sokongan.. Mantap kopinya.. Bolehlah beli lagi lepas ini..

Sampai Tapah, singgah makan dulu.. Alhamdulillah rezeki hari Jumaat.. Ada orang belanja makan.. Semoga dimurahkan dan dilapangkan serta dipermudahkan urusan beliau.. Bukan kami ja.. semua yang ada dekat kedai makan tu beliau belanja..

Selesai urusan disini kami gerak balik.. Sempatlah jumpa rakan sekerja yang sama-sama pernah bertugas di PSAS.. Beliau pindah ke sini.. 

Jumpa pula orang jual sengkuang calit kuah merah.. Haruslah kita beli sekeping.. Memang puas hatilah.. Sekeping ini RM5.. Jarang dah jumpa kuah merah ini.. Selalu tu kuah hitam.. Sha makan ja tak kira kuah tapi bila dapat jumpa kuah merah ini, feel tu lain sikit.. kikiki..

Sempatlah belikan barang rumah MIL sekali.. Ini ja dah RM100.. kikiki..

Petang tu beli Mojito pula.. jiran yang sama jual kopi..

100 Plus Power Peach

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak beli pun air ini.. Encik suami yang bawa balik dari program pejabat dia.. Katanya staf program sediakn air ini untuk diorang.. Staf tu pun dapat beli 1 cartoon ja rasa ini.. Pada Sha boleh tahanlah air dia.. Sedap.. Terasa pic dia tu.. Kira macam gabungan yang menariklah..

100 Plus Power Peach (500ml)

Jepun | Babanbabanban Vampire (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Okay.. Amaran ya.. Filem ini untuk tontonan dewasa..

Cerita tentang seekor ke seorang vampire.. Hampir mati dibunuh tapi kemudiannya bertemu dengan seorang budak Rihito.. Sejak tu vampire bernama Mori Ranmaru ini tinggal dengan keluarga Rihito yang ada rumah mandi.. Mori Ranmaru atau dipanggil En. Mori ini sangat setia menunggu sampai Rihito ini berusia 18 tahun sebelum EN. Mori ini hisap darah dia.. Malangnya usaha dia hampir gagal sebab tiba-tiba Rihito terjatuh cinta dengan Aoi.. Pada masa yang sama Aoi ini tersuka dekat En. Mori ini.. Tu belum lagi muncul pula Franken abang kepada Aoi dan juga cikgu Sakamoto yang juga vamipre hunter tapi tak nak bunuh En. Mori ini sebaliknya nak bagi darah dia dekat En. Mori.. Halah.. Masalah demi masalah.. Walhal EN. Mori kita ini nak kan darah Rihito yang teruna ini ja.. Kemain memilih vampire ini pun..

Belum selesai masalah darah teruna, muncul pula Mori Nagayoshi yang juga vampire dan adik kepada Mori Ranmaru.. Nagayoshi ini berdendam dengan En. Mori ini dan dia dah bunuh hampir kesemua pemburu vampire.. 

Title: Babanbabanban Vampire
Also Known As: Baban Baban Ban Vampire
Screenwriter: Matsuda Yuko
Director: Hamasaki Shinji
Genres: Comedy, Romance, Fantasy
Type: Movie
Format: Feature Film
Country: Japan
Release Date: Jul 4, 2025
Duration: 1 hr. 45 min.
Ranmaru is a 450-year-old vampire who works in a bathhouse. As a vampire he is particularly picky about his blood choices, his main goal being to drink the blood of an 18-year-old virgin. To do so, he has been watching 15-year-old Rihito, the son of the bathhouse owner who saved him from near death. Rihito must not lose his virginity before he turns 18 and Ranmaru does everything he can to prevent that. However, when Rihito starts to show interest in a classmate, Ranmaru's desperate fight to preserve the boys virginity begins.

~~ Adapted from the manga series "Babanbabanban Vampire" (ババンババンバンバンパイア) by Okujima Hiromasa (奥嶋ひろまさ). ~~

Friday, November 21, 2025

Uncle Sam: Paf Bijan Asli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Best tau makan paf bijan ini.. Walaupun tak rangup tapi seronok dikunyah.. Ada rasa kenyal-kenyal tapi tak lah liat.. Tambahan pula salutan bijan yang meriah dibahagian luar.. Memang layanlah.. Tau-tau ja dah habis.. Saiz dia pun mesra untuk di makan.. kikiki.. Sekali ngap ja..

Uncle Sam: Paf Bijan Asli (140g) - RM7.50

Dapatlah sebekas comel ini.. Tak sampai sehari dah licin..

India | Aghathiyaa (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang lelaki bernama Aghathiyan yang berusaha mencipta nama sebagai pengarah seni tapi kurang berjaya bila pengambaran filem dibatalkan.. Saat Aghathiyan kecewa, kawan baik merangkap kekasih Aghathiyan iaitu Veena memberi cadangan supaya banglo yang diusahakan Aghathiyan sebelum ini untuk penggambaran ditukar menjadi rumah hantu.. Usaha mereka mula menampakkan hasil sampailah Aghathiyan terjumpa piano lama.. Dari sini, mereka mula diganggu pelbagai entiti, bertemu rangka manusia, jurnal perubatan, kehilangan pengunjung semasa dalam rumah hantu, Veena dirasuk dan bermacam-macam lagi.. Aghathiyan mula menyiasat dan berjaya membongkar rahsia sebenar banglo yang dijadikan rumah hantu tu.. Pada masa yang sama Aghathiyan dapat tahu dalam banglo tu ada ubat yang mampu menyembuhkan kanser yang dihidapi mak dia.. Tapi kenalah berlawan dengan syaitan yang ada dalam banglo tu dulu..

Filem seram tapi taklah seram snagat lebih pada thriller penyiasatan dan kasih sayang seorang anak pada ibunya..

Aghathiyaa
Aghathiyaa: Angels vs Devil
2025 ‧ Horror/Thriller/Action/Adventure/Fantasy/Mystery ‧ 2h 16m
A group of entrepreneurs discover the dark history of a mansion when they attempt to turn a profit by converting it into a haunted house.

Tealive: Milk Tea Matcha & Teh Tarik Gula Melaka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minuman yang mudah untuk dibancuh.. Sedap di minum panas atau sejuk dan sesuai untuk penggemar teh yang nak menikmati minuman premium tanpa keluar rumah.. Sha bukanlah penggemar teh, beli ini pun sekadar nak rasa.. Okaylah..

Tealive: Milk Tea Matcha (25g) - RM3.15
Milk Tea Matcha ini ada aroma matcha yang lembut, tak terlalu pahit dan seimbang dengan rasa susu.. Sesuai untuk peminat teh hijau yang nak kan minuman yang ringan dan tak terlalu manis..

Tealive: Teh Tarik Gula Melaka (25g) - RM3.15
Teh Tarik Gula Melaka pula lebih pekat dengan gabungan teh klasik dan lemak manis gula Melaka yang wangi.. Air ini bagi rasa “kopitiam vibe” tapi versi moden..

Thursday, November 20, 2025

Malaysia | Telaga Suriram (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Halah.. Halah.. Ceritanya dah menarik tapi bila nak tamat tu baru tau kebenaran, memang sakit hatilah.. Manusia gila berajakan nafsu memusnahkan hidup banyak orang.. Memang jahatlah.. Tapi tu lah, ceritanya dah best cuma dia macam kucar kacir sikit.. Lepas tu ada bahagian tu macam musykil.. Ada bahagian yang Sha rasa tak payah pun tak pa.. huhuhu.. Okaylah untuk layan.. 

Telaga Suriram
2025 ‧ Crime/Horror/Mystery/Thriller ‧ 2h 10m
Pengarah: Osman Ali
Pelakon Utama: Maya Karin, Nabila Huda, Farid Kamil, Scha Alyahya, Puteri Rafasya, Ellie Suriaty, dan Fauzi Baadilla
Filem Telaga Suriram mengisahkan misteri kehilangan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun bernama Suriram di sebuah kampung terpencil. 
Kehilangan ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan penduduk kampung termasuk kepercayaan bahawa ia berkait dengan upacara mistik kuno melibatkan korban kanak-kanak.
Mayatnya kemudian ditemui di dalam sebuah telaga lama. Ini mencetuskan panik dan ketakutan dalam kalangan penduduk kampung.
Tetapi kengerian itu tidak berakhir dengan kematiannya. Hantu Suriram mula menghantui kampung itu, menyeksa penduduknya, dan jiran tetangga.

Vinut Coffee Drink: Cappuccino & Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dua air ini punya rasa yang lembut dan tidaklah terlalu kuat kopinya.. Kira macam manja-manja ja.. Sha minum petang atau malam pun masih boleh lena dengan nyaman.. kikiki.. Owh ya.. Sha beli di Mr.DIY tau..

Cappuccino ini ada rasa kopi Arabica yang lembut dengan sedikit susu/krim.. Jadinya sesuailah untuk rutin pagi yang cepat..

Mocha ini pula merupakan gabungan kopi campur coklat dengan tekstur yang lebih creamy dan rasa manis yang lebih ketara.. Sesuailah nak dijadikan pemanis mulut..

Vinut Coffee Drink: Cappuccino (180ml) - RM2.40
Vinut Coffee Drink: Mocha (180ml) - RM2.40
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com