Kisah Rumah Tangga - P. Ramlee - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Monday, April 24, 2017

Kisah Rumah Tangga - P. Ramlee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka lagu-lagu lama ini..
Lirik dan muzik dia best..
Ada makna tersirat lagi..

Kisah Rumah Tangga - P. Ramlee (Lagu oleh P. RAMLEE, Lirik oleh AINUL JAMAL ABD RAHMAN)

Oh dengarlah tuan-tuan
Sebuah kisah suami isteri

Kadangkala terdapat si isteri memerintah suami
Oh disuruh duduk-duduk
Dijerit-jerit dibentak-bentak
Suaminya dulu handsome rambut panjang dah jadi botak

Oh la la
Kalau memilih isteri alah abang
Biar betul-betul
Jangan tersalah pilih alah abang
Kena queen control

Oh la la la la la la la la
La la la la la la la

Kisah rumahlah tangga
Ada-ada saja

Oh kadang pula terdapat suami jahat isteri budiman
Isterinya cukup sabar
Perangai suami, Ya Allah!
Macam setan

Kalau di belakang isteri
Hai joli sana joli sini
Kalau di depan isteri
Amboi pijak semut pun tak mati

Oh la la
Kalau memilih suami alah adik
Biar betul-betul
Jangan tersalah pilih alah adik
Kena kaki botol

Rumah tangga yang cantik
Suami isteri hidup aman
Kalau salah sedikit
Lekas-lekas diselesaikan

Oh perkara kecil-kecil jangan suka dibesarkan
Itulah satu contoh perlu kita buat pedoman

Oh la la
Kalau melepas tangan alah puan
Biarlah berpadan
Supaya hidup aman alah puan
Di sepanjang zaman

Oh la la la la la la la la
La la la la la la la

Kisah rumahlah tangga
Itu semestinya

12 comments:

  1. lagu P Ramlee semua sedap2. tak lapuk di telan zaman.

    ReplyDelete
  2. hehehee... lagu p ramlee semuanye best... ada mesej tersendiri..

    ReplyDelete
  3. Hehehehe seronok baca bait-bait lirik lagu P. Ramlee..
    Mencuit hati kann Sha.. Itulah keunikan P Ramlee, allahyarham dapat menzahirkan kisah masyarat ke dalam filem dan lagu yang dicipta.. Bakat yang susah dicari ganti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu LZ.. lirik dan muziknya sangat ohsem..
      Tiada gantinya..

      Delete
  4. Replies
    1. Takde.. kebetulan terdengar tu yang share.. hehehe

      Delete
  5. Lagu P.Ramlee memang deep2. Melodi pun indah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mai.. deep.. penuh makna tersirat dan tersurat..

      Delete
  6. Aikkk, saya tak penah dengar pun lagu nie, dari filem mana nie kak Sha..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak sure tapi rasanya filem Madu Tiga..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..