Hye semua..
Sha ceritakan, Sha tebus voucher Traveloka..
Sha pilih Cititel Express Ipoh, yang terletak berhampiran padang Ipoh..
Sebab tawaran bilik berserta breakfast yang sangat berbaloi..
Ini first time ye Sha menginap di Cititel Express Ipoh.
Memang wow la..
Cantik sangat hotelnya.. hehehe..
Parking bertingkat sebab kawasan yang agak terhad..
Jom tengok gambar..
Parking bertingkat..
Ini dekat dalam basement..
Kecik je basement dia..
Dekat luar pun ada parking bertingkat ini..
Katil queen dua..
Katil ini boleh dirapatkan tau..
TV, Comlimentary drinks, telefon dan juga hair dryer..
Anak Sha suka betul hair dryer tu..
Itu je gambar yang Sha sempat bubuh dalam Blog sebelum Sha terdelete gambar-gambar yang lain..
Review ini bukanlah review berbayar ye..
Ini adalah pengalaman Sha sendiri..
Bilik sangat bersih, lengkap dengan kemudahan seperti kattle air, seterika dan papan penggosok.
Bilik air pun bersih.. Ada sabun mandi, tuala, water heater dan tisu..
Aircond dia best.. sejuk dan nyaman..
Layanan dari petugas kaunter juga sangat bagus sewaktu check in dan check out..
Cumanya sha kurang berkenan dengan perkhidmatan buffet breakfast dia..
Sha turun dalam pukul 8 lebih macam tu, banyak makanan dan peralatan yang tak ada..
Kita kena request baru dia tambah dan sediakan..
Pilihan makanan tak banyak tapi lengkap..
Walaupun begitu, Sha suka bubur nasi dia.. Sedap.. Seriously sedap.. Sha tambah dua kali..
Makan tanpa bahan-bahan lain pun sedap..
hotel baru ka ? cantik dan kemas
ReplyDeleteencik suami kata hotel lama yang dinaiktaraf semula.. hehehe
DeleteWahh selesa bilik dia.. besar.. kelengkapan pown lengkap..
ReplyDeletetu la Lea.. Seronok budak2 nie main..
Deletebilik nampak simple...tp yg penting bersih dan makanan kena sedap walau tak mewah kan...
ReplyDeletebetul tu Mrs Fuzy.. Baru selesa nak menginap..
Deletecantik la hotel ni... selalu lalu je sbb mak mertua pun dekat ipoh... parking bertingkat tu yang menarik
ReplyDeleteSha pula seram tengok parking bertingkat tuh.. hehehe
DeleteMacam ner tebus voucher traveloka tu kena belajar dengan sha la nanti.. Nampak macam kemas hotel tu
ReplyDeletemudah je Ekin.. Dekat bahagian payment tu nanti dia ada suruh masukkan kod vaoucher.. kalau kena tambah, yg bakitu je kita bayar online.. Tapikan sha suka lah tempah guna traveloka nie.. harga biliknya memang dasyat dan berbaloi..
DeleteKemas dan cantik bilik hotel tu. Mesti selesa sgt kan.
ReplyDeleteAna pernah kne makanan hbs masa di Terengganu. Padahal baru pkl 8. Huhu. Lepas tu pukul 7 dah turun breakfast. Hehe
memang kemas dan cantik ana.. berbaloi rasanya...
DeleteBab makan tu memang kena turun awal lah..
seronoknya sekali sekala dapat check in hotel kan kak. walaupun dekat2 je hihi
ReplyDeletehehehe.. mujurlah dapat voucher tu kira.. lama dah sebenarnya tak tidur hotel..
Deleteaida pernah baca reviw pasal hotel ni.
ReplyDeletebab parking dia tu yg terbaik.
tapi lom pernah dpt stay. in shaa Allah one day.
Nanti bolehlah aida review lak kalau dah stay..
Deletealhamdulillah rezeki =) bgs nya parking yg di sediakan, ttarik sgt ju tgk =D
ReplyDeleteAlhamdulillah.. hehehe.. Nanti bolehlah ju ke sini..
DeleteMemamng pun.. dari mula check in sampailah ke check out.. tu je barang yang dia dok usik..
ReplyDeletepertama kali ngk parking bertingkat. Tak berani pulak nak parking bawah..
ReplyDeleteHee..tertanya2 mcm mana nk parking yg parking brtingkat tu ya...jakun sat
ReplyDeletewah bestnya...mv suka keadaan biliknya nampak tenang
ReplyDelete