Thursday, January 17, 2019

Dia Trouble Maker oleh Nurul Ain Syuhada

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk dan isi dalam dia memang terbaiklah.. Heroinnya si Nur Aina aka Nunu, betul-betul pembuat kacau.. Ada je benda yang dia akan balas bila orang buli dia.. Mulut pula dasyat, pakai lepas je.. Budak-budakkan dan bila kematian tu datang mendadak dan meninggalkan Nunu terkontang kanting seorang diri, mulalah dia cari orang untuk dipersalahkan.. Bermulalah hidupnya dalam huru hara.. Mak saudara yang ambil dia hidup bersama rupanya ada agenda lain.. Bukannya betul-betul simpati dan berniat untuk menjaga.. Sampai satu tahap bila Nunu dihalau keluar, maka misi membalas dendam pun bermula.. Terjumpa pula Alan, anak kawan baik ayah Nunu yang menyebabkan ayah dan mak Nunu meninggal.. Alan selamatkan Nunu dan jatuh cinta dengan Nunu.. Nunu pula berbelah bahagi.. Nak jatuh cinta ke nak balas dendam.. Saat cinta mula hadir, kepercayaan Nunu di robek.. Apa kaitan Alan dengan kematian mak ayah Nunu??

Sha baca dan selesai pada 15.01.2019..

(ebook - PNM e-Reader)
Published 2018 by KarnaDya..

14 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »