Friday, January 11, 2019

Buku Digital Buku Fizikal : Pilihan Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hobi Sha memang membaca.. Sha mula membaca sejak dari sekolah rendah lagi.. Namun keghairahan membaca Sha ada turun naik.. Masa sekolah menengah Sha begitu minat membaca novel Berbahasa Inggeris.. Kemudian beralih kepada novel cinta semasa zaman belajar di Kolej.. Masuk zaman kerja Sha kembali meminati novel berbahasa Inggeris sebab masa ini memang minat sesangat baca novel fantasi, thriller dan seram.. Tapi novel melayu tak banya genre ini.. Maka Sha memang berhabislah, tak ada tanggungan kan lagi waktu ini.. Kebanyakkan buku ini Sha beli di Pasar Seni.. Ada satu kedai buku terpakai yang menjual novel Inggeris dengan harga yang berbaloi.. Masuk zaman Sha kerja di Politeknik, Sha masih lagi membaca cuma tidak membeli sangat.. Sha habiskan baca semua novel Bahasa Inggeris dekat Perpustakaan sampailah Sha terjumpa novel seram Melayu keluaran Karangkraf di Facebook.. Maka bermulalah semula kegilaan Sha membeli tapi tidak mengumpul.. Sha beli dan jual semula sampai satu masa tiba-tiba rasa ingin mengumpul.. Sebab kebanyakkan buku Sha beli dengan penulis.. Jadinya ada tandatangan.. Rasa macam teruja pula nak mengumpul dan buat koleksi supaya satu hari nanti akan ada mini library sendiri..

Okay.. Apa kaitan penerangan di atas dengan tajuk entry ini?? Hahaha.. Maaf ya.. Lambat pula nak ke topik sebenar.. Sekarang zaman dimana nilai duit menjadi sikit.. Keperluan banyak yang perlu dipenuhi.. Maka hobi yang dahulunya menjadi satu kemestian kini menjadi satu bebanan.. Beban ke?? Tak lah cuma kena diketepikan sedikit dari budget perbelanjaan je.. Sebab ianya tak masuk ketegori keperluan tapi kehendak.. Kikikiki..

Ini hanyalah pandangan Sha.. Terpulang pada anda untuk bersetuju atau tidak..


Disebabkan kekangan duit dan juga pilihan buku yang semakin banyak, Sha memilih kedua-duanya.. Buku fizikal dan juga buku digital.. Buku fizikal Sha beli sekiranya ada duit lebih.. selalunya sha akan beli buku-buku dari Penulis yang memang kesukaan Sha, Penerbit pilihan Sha, Genre dan kemudian barulah Tajuk serta Sinopsis buku menjadi timbangan akhir..

Untuk buku-buku yang Sha teringin nak baca tapi tak kena citarasa Sha untuk dibeli, Sha akan cuba cari di Perpustakaan terlebih dahulu.. Perpustakaan utama yang menjadi pilihan Sha dah tentulah Perpustakaan Negara Malaysia.. Kemudian barulah Sha akan cari buku digital, melalui portal elib Perpustakaan Negara Malaysia.. Untuk buku digital, sha menggunakan aplikasi PNM e-Reader.. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store..

Buku fizikal memberikan kepuasan yang berbeza buat pencinta buku.. Bau buku tu sendiri sudah mengujakan pembaca untuk terus membaca.. Selalunya Sha akan membaca buku fizikal sambil ditemani kudap-kudapan dan secawan kopi/nescafe.. Pengumpulan buku fizikal akan membolehkan Sha untuk membuat mini library di rumah suatu hari nanti.. Kekangan buku fizikal pula ialah harga.. Untuk seorang ibu yang mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah, tahun ini Sha memang kena berhati-hati untuk berbelanja.. Makanya Sha mungkin terpaksa memilih untuk membeli pada masa promosi.. Pada masa inilah Sha akan dapat banyak buku dengan harga yang mampu Sha beli..


Keburukan membaca buku digital ialah mata cepat letih, rabun makin teruk sebab kita menghadap telefon.. Pencahayaan memainkan peranan penting sekiranya ingin membaca buku digital.. Tetapi buku digital juga mempunyai kelebihan yang tak dapat disangkal..  Buku digital juga lebih murah berbanding buku fizikal, namun Sha memang tak beli buku digital.. Tak menarik untuk dibuat koleksi.. Jadi Sha memilih meminjam melalui elib PNM sahaja.. Buku digital lebih mudah dan cepat untuk akses pembacaan.. Buku digital sentiasa bersama dengan kita sebab telefon sentiasa dibawa kemana-mana.. Ada je masa terluang dah boleh buka apps dan mula membaca..

Apa pun alasannya.. Sha masih berusaha membaca.. Jadinya jangan ada yang terasa, terkilan ataupun marah hanya kerana Sha membaca buku digital.. Sha baca dan Sha rekodkan di Goodreads.. Sha review kan di blog dan Instagram juga dengan harapan bila ada yang membaca review Sha ini, mereka juga akan tertarik untuk turut membaca.. Ini Harapan besar Sha.. Sha raikan perbezaan bahan bacaan kita sebab membaca apa pun genre atau buku anda tetap dikira membaca.. Hatta sehelai kertas juga dikira bahan bacaan..

20 comments:

  1. Honestly, ika prefer baca physical book dr ebook sebab lately ni, ika kerap baca PNM sampaikan sakit kepala dibuatnya haha. Betul cm kak sha kata, ada jugak keburukan dia. Ika setuju semua point kak sha hehe.

    https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/book-review-suamiku-paling-sweet-by.html

    ReplyDelete
  2. saya pun tak berapa ok bila membaca buku digital..otot mata kacau.. kena pilih buku fizikal shj..

    ReplyDelete
  3. Saya prefer buku fizikal sebab boleh pegang buku tu. Memandangkan saya jenis yang kalau mula membaca memang akan marathon beberapa buah novel sekali, jadi akan rasa pedih mata kalau baca buku digital. Biasanya saya akan beli novel yang reviewnya bagus, penulisnya saya minat atau novel yang trending pada masa tu. Kalau novel yang baru diterbitkan, saya akan baca sinopsis dulu.

    ReplyDelete
  4. Lebih puas baca buku fizikal..dulu2 selalu jg pinjam buku kat Pasar Seni, kalau best, terus beli..tak tau ada lg kedai tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamanya tak pergi pasar seni cari buku.. Entah entah, kita pernah terserempak suatu masa dahulu tak.. :)

      Delete
  5. kalau sha suka buku fizikal sebab ada bau buku baru githew. lama dah takbaca buku digital, mata tak ok 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. bau buku tu memang ohsem.. memikat jiwa dan raga.. kikiki..

      Delete
  6. Kalau dh buku novel mama pun suka yg fizikal. Tapi kalau dh baca mcm2 bill dh tutuo lampu selalu baca Kat wttpatt je je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wattpad pun best juga.. Cuma ceritanya banyak tergantung..

      Delete
  7. Memang tak puas kalau baca buku digital. Takda feeling gittew! Haha. Anyway betul tu kak Sha. Utamakan keperluan daripada kehendak. Tapi jangan diketepikan hobi membaca ini. Keep it up! Hehe

    ReplyDelete
  8. bagi saya pun saya lagi suka baca buku fizikal sebab nak mengadap skrin lama-lama memang sakit mata dan selalu hilang fokus.
    tapi kan sebab banyak buku yg teringin nak baca tapi malas nak masuk library so ebook la pillihan terbaik yg ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Ada sesetengah buku tu tak ada dekat kita atau perpustakaan dekat dengan kita tu yang ebook jadi pilihan..

      Delete
  9. buku digital ni, sy bc sikit je... susah nk fokus wpn dah cuba byk kali. mgkn sbb tangan dah terbiasa menyelak helaian kertas berbanding skrol atas bawah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye anies.. ada sesetengah orang memang tak boleh nak fokus membaca buku digital.. Buku fizikal lebih disukai..

      Delete
  10. lagi suka buku fizikal meyh...bau dia...bentuk dia..memuaskan..hehehe..saya harap satu hari ada jugak library sendiri untuk diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. chayook chayook cuya.. semoga impian Cuya untuk ada library sendiri akan berjaya..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »