Assalamualaikum..
Hye semua..
Novel ini beli dah lama.. Baru je nak baca.. Itupun sebab mata tak boleh nak membaca ebook.. Tu yang baca buku fizikal semuala.. Tema kali ini mengenai radio.. Rumah korang ada lagi ke radio ini.. Rumah Sha tak ada, tapi dekat pejabat ada dan masih boleh digunakan..
Ritual oleh Fitri Hussin
"Diseru lalu menyeru!"
Penulis masih menggunakan tema ajaran sesat tapi dengan olahan yang lebih menakutkan dan mengejutkan.. Menggunakan radio sebagai medium perantaraan antara ahli dan ketua ajaran sesat.. Seram dan merinding bulu roma Sha.. Gaya penulisan yang diselang selikan dengan imbas semula tidak mengganggu jalan cerita cuma pembaca harus peka dan teliti bila membaca untuk mengelakkan terlepas maklumat.. Yang jahat dan kejam muncul dihujung cerita.. Tekaan Sha hanya mengena sipi sahaja..
Bising oleh Syaida Ilmuna
"Ia masih belum selesai..."
Macam tonton drama Stranger things versi Melayu.. Walaupun berinspirasikan drama tu, namun penulis berjaya mengolah cerita ini dengan identiti beliau.. syaitan tu sentiasa berusaha menyesatkan.. Cerita yang bermula dari projek sains dan membongkar misteri peristiwa lama.. Bila gelombang bunyi itu mula mencari, yang tak sepatutnya ditemui.. Cerita ini tidak ada penamatnya sebab syaitan sentiasa ada cara untuk menyesatkan manusia..
Penangan oleh Julie Jasmin
"Aku wujud dalam urat darahmu, merasukmu, menyesatkan kamu!"
Bila dengki lebih merajai hati maka syaitan menjadi pendamping.. Yang tak bersalah teraniaya.. Sedih baca cerita yang ini.. Ajal maut ditangan Allah, asbabnya mati diganggu syaitan.. semuanya berpunca dari perasaan dengki melihat kebahagiaan orang hingga dihantar syaitan mengganggu.. Walhal kebahagian itu akan datang andai ada rasa syukur dalam diri.. Cerita ini memang memberi kesan pada Sha..
Sha baca pada 26.01.2019 dan selesai pada 28.01.2019..
Buku ini koleksi peribadi Sha..

bila perasaan iri hati tu mengatasi segalanya, macam-macam sanggup dilakukan. mohon dijauhkan
ReplyDeletebetul tu Shu..
DeleteTengok cover buku pun nampak cam misteri. Ala ala klasik yg misteri gituww.
ReplyDeleteCeritanya pun ada klasik misteri gitu..
Deletenasib baik kat umah sy x de radio hahaha
ReplyDeletehahaha.. pejabat Sha ada radio ini Anies..
Deletewahhh. menarik ni :)
ReplyDeletememang menarik ejulz..
Delete