Sunday, January 27, 2019

Projek Seram Muzium oleh A. Darwisy, Suzani Nadzir dan Faizul Rahim

Assalamualaikum..
hye semua..

Novel ini baru je sampai ke tangan pada 25 Jnauari 2019.. Sha beli terus dengan penulis A. Darwisy.. Sha memang peminat karya beliau.. Setakat ini hampir kesemua karya beliau Sha dah baca.. Begitu juga dengan penulis bernama Suzani Nadzir.. Kali ini mereka bergabung menghasilkan Projek Seram bertemakan Muzium bersama seorang lagi penulis bernama Faizul Rahim.. Muzium tuh.. Pernahlah juga bercita-cita nak kerja dengan muzium tapi tersangkut di Perpustakaan pula.. 

Kain Ibu Syaitan oleh A. Darwisy
“Setiap yang lama itu, ada penjaganya...”
Ceritanya terlalu pendek.. Tak puas membaca.. Kalau dikembangkan memang menarik.. Kisah kain yang berusia terlalu lama dan menyimpan sejarah.. Digunakan untuk perkara tak baik.. Bila dibawa ke muzium di Malaysia, ada pula yang memujanya hingga memberi gangguan pada mereka yang berkunjung ke muzium.. Sha salah meneka penjahatnya.. Penghujung cerita diberitahu bahawa kain itu berpasangan.. Api dan Air.. Memang unik dan menarik..

Canang Anisah oleh Suzani Nadzir
“Aku memburu jiwa yang hitam, menghapuskan hati yang kotor!”
Kisah kedua pula mengenai hak yang tak sepatutnya dirampas.. Walaupun adik beradik sendiri patutnya dihormati.. Bila niat jahat berleluasa yang tak bersalah menjadi mangsa.. Yang bersalah memang patutlah dihukum.. Kebenaran pasti akan terungkap juga.. Garapan yang tak mengecewakan dari penulis.. Bila sesekali keluar buah tangan baru tetap mengujakan.. Harapnya penulis akan keluarkan buku solo beliau pula lepas ini..

Pasungan oleh Faizul Rahim
“Cinta terpasung, cinta berdarah.”
Penulis ini penulis baru.. Ada satu novel solo yang dah Sha baca bertajuk Dendam Aduka.. Kali ini beliau bergabung untuk Projek Seram pula.. Seperti mana buah tangan solo beliau, Pasungan juga berjaya memberi impak pada Sha.. Memang menarik garapan beliau sebab lain dari biasa.. Tidak sepenuhnya di muzium tapi masih menggunakan muzium sebagai latar.. Menarik..

Sha baca pada 25.01.2019 dan selesai pada 26.01.2019..

 Buku ini Sha pre order dengan penulis pada 02 Januari 2019 dna buku selamat sampai pada 25 Januari 2019..

Sebab inilah Sha suka beli dengan penulis.. Ada ucapan dan tandatangan.. Boleh dibuat koleksi..

4 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »