Wednesday, January 16, 2019

Bara oleh Abdul Rahim Awang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Best.. Memang best.. Mula je pembacaan tak boleh nak berhenti.. Walaupun ada bahagian yang Sha kurang setuju namun cerita yang dismapaikan memang mengancam.. Novel ini ada dua bahagian.. Buku 1 dan Buku 2..

Buku 1 menceritakan kisah seorang Komando Perisikan Khas bernama Rosli yang dah berkahwin dengan Zaharah namun Zaharah tidak tahu mengenai pekerjaan Rosli.. Zaharah hanya tahu Rosli seorang kerani.. Zaharah malu dengan status Rosli dan curang.. Akhirnya mereka bercerai.. Bermulalah usaha Hayati untuk menawan hati Rosli.. Semuanya dilakukan setelah mengetahui siapa sebenarnya Rosli.. Usaha Hayati membuahkan hasil dan akhirnya mereka bersama manakala Zaharah akhirnya dicurangi pula oleh kekasihnya..

Buku 2 pula menceritakan kisah Presiden Gemawan yang dibunuh serta usaha orang yang rapat dengan Presiden tu untuk membalas dendam.. Sha tak berapa suka dengan jalan cerita buku 2 ini.. Terlalu banyak adegan yang tak senonoh dan Sha tak bagi anak-anak untuk membaca buku ini.. Bahaya dan menjijikkan.. Usaha Jun, Kartina dan Rita dalam membalas dendam memang tak patut dicontohi sebab melibatkan perkara tidak bermoral..

Buku 3 pula menggabungkan dua cerita ini dan menemukan Dr. Hayati (dari Buku 1) dengan Jun (dari Buku 2) untuk menerajui Gemawan dengan cara yang lebih selamat dan tidak membahayakan mereka.. Mereka juga dibantu suami masing-masing..

Sha baca pada 14.01.2019 dan selesai pada 15.01.2019..

12 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »