Shoplinks.Asia

Monday, December 31, 2012

Makan-makan : California Steak House & Steambot

Sabtu - 29.12.2012
Minggu nie pengasuh anakku Amani bercuti so aku import adikku untuk jaga anakku.. Semalam dia last.. so malamnya aku bawak dia gi makan Western sebagai upah tambahan.. hehehe.. Kebetulan pula memang dah lama teringin nak gi kedai makan nie.. Alhamdulillah, rezeki kami kedainya buka.. Dapatlah merasa.. Not bad lah pada aku.. Kedainya terletak betul-betul berdepan dengan Restoran Dusun Bay, Tanjung Malim.. Bersebelahan dengan restoran masakan siam.. Air minum memang out sebab kedai makan siam tu yang buat.. Kalo gi kedai makan nie memang suram cam x cukup lampu.. hehehe.. tapi makanan western dia memang ok lah... Mushroom Cappucino dia aku rasa homemade coz ada cendawan shishaw (nie nama panggilan hubby ku... nama lain ialah cendawan sisir/kulat sisir/cendawan kukur) .. Sedap.. Lain dari yang lain..

Dianya salad sampingan atau coleslaw pun not bad, yg nie seklai ngn chicken chop.. California Steak dia best r sebab sos black paper dia x terlalu pekat ngn raser black paper.. dihidang dgn dua keping daging tanpa tulang, telur mata kerbau (tup ade telur mata kerbau) dan sebatang hotdog... memang best...

Kat bawah nie apa yang kami makan berserta harga..

U.S Fries RM5.00
Mushroom Cappucino RM4.00
California Steak RM13.00
Grill Chicken Chop RM9.00

Layan gambar lak ye... hehehe...

California steak

Grill Chicken Chop (Salad dia sedap..)

Habis sudah..


(10 Januari 2013 dia dah start berniaga kat tempat baru seperti alamat dalam gambar nie...)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI