Assalamualaikum..
Hye semua..
Ebook ini dah beberapa kali Sha pinjam dan pulang dari PNM elib tapi tak pernah berjaya baca sampai habis.. Selalunya takat Prolog je.. Lepas tu putus asa.. kikiki.. Kali ini berjaya juga Sha habiskan..
Berbaloi sebenarnya baca novel ini.. Walaupun membawakan topik yang sangat berat namun penulis berjaya menyelitkan babak-babak kelakar dengan bersahaja tanpa dipaksa.. Sesaat kau sedih dan sesaat kemudian kau bergelak ketawa dengan keletah watak dalam novel ini.. Sejujurnya novel ini memang unik..
Kisah Seth yang bertarung dengan penyakit PTSD dan Orked yang mengalami depresi.. Mereka terjumpa tanpa sengaja dalam keadaan yang paling tak disangka.. Seth cuba membantu Orked untuk kembali bangkit dan bersemangat meneruskan hidup.. Dalam masa yang sama Orked turut membantu Seth keluar dari masalah PTSD dia.. Dua manusia yang menderita saling membantu namun terpaksa berpisah femi meneruskan kehidupan..
Membaca dua kisah ini buatkan Sha tersedar, setiap kehidupan ada kepayahannya.. Allah tak akan menguji hambanya melebihi kemampuan dirinya.. Setiap ujian datang kerana kasih sayangNya.. Terima kasih penulis untuk satu kisah yang panjang, meruntun hati dan menjentik jiwa.. Garapan yang sangat cantik dengan teguran dan pengajaran..
Sha baca dan selesai pada 19.07.2023.. Setengah hari jugalah untuk Sha habiskan bacaan sambil memasak dan bersantai dengan anak-anak..
macam seronok je baca cerita seth dengan orked ni. selalu rasa macam impossible dua orang yang sakit mental boleh hidup bersama tapi mungkin buku ni buktikan sebaliknya
ReplyDeleteMenarik idea ni saling tolong menolong walaupun masing-masing ada kepayahannya
ReplyDelete