Monday, January 27, 2025

Buah Tangan Dari Thailand

Assalamualaikum..
Hye semua..

Encik suami ke Thailand lagi.. Patutnya pergi 5 hari 4 malam tapi encik suami balik awal sehari sebab motor beliau meragam.. Bila panas jadi susah nak hidup, tak pastilah kenapa.. Encik suami ke Thailand pada hari bateri kereta Sha kong.. kikiki.. Pergi pagi Rabu sebelum subuh dan sampai rumah balik pada Sabtu malam.. Walaupun beliau masuk Malaysia awal, namun terpaksa menunggang perlahan disebabkan keadaan cuaca yang hujan.. Pada Sha biar lambat asalkan selamat dari laju tetapi berbahaya..

Awal sebelum beliau pergi, memang beliau dah tanya siap nak dia bawa balik apa.. Sha cakap susu ja pun dah okay.. Beli yang saiz kecik perisa tak pernah cuba.. Cukuplah.. Tapi petang hari dia nak balik tu, dia mesej nak buah kundang tak.. Sha cakap okay ja.. Bila dah balik, tak sangka pula dia bawa banyak makanan dan susu.. 

Beliau beli banyak susu Meiji ini.. Kopi 3 botol, Coklat 5 botol, Strawberi 1 dan Vita Milk coklat sebotol..

Susu Meiji perisa Japanese Melon, Pisang, Strawbery dan Zero Latte saiz kecik.. Satu botol ja setiap perisa ini.. Buat rasa-rasa.. Sha memang minta belikan aneka perasa susu Meiji ini yang saiz kecil ja.. 

Beliau beli juga aneka burger dan keropok.. Paling tak sangka sebenarnya bila beliau beli aneka makanan dari jenama CP dan Ezy Taste ini..

Buah kundang ini dia beli sekilo.. Harga 130 bath.. Duit Malaysia dalam RM16 lebih camtu.. Ini pun kawan dia yang tawar menawar.. Harga asal penjual tu letak 200 bath..

Akhir sekali.. Buah tangan dari Penang.. Jeruk Pak Ali.. kikiki.. Jeruk ini dari sebulan lepas sebenarnya cari tapi dekat kawasan kami tinggal ini memang tak ada orang jual.. Alang-alang encik suami lalu Penang, dia singgahlah beli.. Sha suka mangga kuning tu.. Jeruk ini ja yang makan tekak tak gatal..

4 comments:

  1. Buah kundang tu kat Thailand memang murah..teringat SA beli masa pi Chiangmai dan Bangkok..banyaknya product2 Thailand...best..

    ReplyDelete
  2. Murah sgt buat kundang dkt Thai tu sis..Dkt kg sy RM30/kg..Dkt KL mau RM40 kot per kg ..Seronok dapat byk jajan & susu =q

    ReplyDelete
  3. Macam-macam ada. Buah kundang tu kalau manis memang tak berenti makan.

    ReplyDelete
  4. Wah! Rezeki betul Encik Suami Sha bawa balik macam-macam! Susu Meiji pelbagai perisa, buah kundang, dan jeruk Pak Ali tu memang terbaik. Syukur dia selamat sampai walaupun motor meragam dan cuaca tak menentu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com