Assalamualaikum..
Hye semua..
Jibbie Nut Butter ini asyik lalu lalang je dekat wall.. Katanya bayar kos penghantaran je untuk cuba dua jar Jobbie Nut Butter ini.. Bila baca komen, ada yang kata tipu.. Sha pun sajalah cuba, rupanya nak dapat percuma 2 jar itu, kena daftar dulu.. Nanti bila checkout lepas daftar tu baru lah jadi percuma dan kita kena bayar kos penghantaran ja.. Ini untuk mereka yang pertama kali daftar ja..
Creamy Classic - Bila sapu dekat roti dan makan terasa macam ada ketulan ketulan kecil kacang dan gula.. Tapi tak dalah manis mentega kacangnya.. Memang berlemak dan sedap..
Creamy Pure - Rasanya tak manis dan mewah dengan kacang.. Memang ohsem..
Sha nampak iklan ini kat FB, Sha pun sajalah tekan.. Kena daftar dulu dan bila checkout kita bayar RM10.01 sahaja untuk kos penghantaran.. Kalau ikut gambar akan dapat 2 jar..
Jumaat (15.10.2024) tasting jar ini sampai dan ye, 2 jar ye.. Warna hitam tu Creamy Classic dan yang putih tu Creamy Pure..
Exclusive botolnya cantik betul tu. Biasanya botol plastik je peanut butter.
ReplyDeleteMenarik juga pengalaman Sha dengan Jobbie Nut Butter ni! Kadang-kadang promosi macam ni memang buat kita ragu-ragu, tapi syukur bila betul-betul dapat dua jar seperti yang dijanjikan. 😊
ReplyDeleteBayar RM10.01 untuk dapat dua jar memang berbaloi, lagi-lagi bila produk sampai dengan kualiti yang bagus. Mungkin lepas ni ramai yang akan lebih yakin nak cuba promosi macam ni. Terima kasih share pengalaman, Sha! 😄
dah lama nak try ni...ok nanti nak try apply juga la
ReplyDelete