Assalamualaikum..
Hye semua..
Saja nak berkongsi dengan pembaca sebab Sha pun baru tahu.. Semuanya terjadi ketika Sha menderma darah dan juga mengambil darah untuk ujian KOSPEN.. Sha menderma darah pada 28 Februari 2025 dan hari ini 16 Mac 2025 baru kesan lebam dan bengkak tu menghilang.. Hanya tinggal sedikit sahaja sisanya.. Lama juga.. Seminggu pertama itu memang agak sakitlah sedikit bengkak tu.. Tapi sebab dah biasa dengan lebam dan bengkak selepas ambil darah, Sha tak adalah panik.. Sepatutnya Sha kena tuam dengan ais tapi lepas derma darah tu Sha kena masuk pejabat memang tak adalah masanya nak bertuam-tuam.. kikiki.. Pada 10 Mac 2025, Sha kena ambil darah untuk ujian KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara) pula.. Sha bagi tangan kanan sebab tangan kiri masih lebam.. Masa ini Sha maklumkan jururawat tangan kiri Sha masih lebam dan bengkak.. Jururawat tu bagi tahu Sha perkara tu biasa untuk mereka yang mempunyai saluran darah kecil.. Buktinya walaupun masa jururawat tu cucuk dan ambil darah langsung tak sakit tapi tak lama lepas tu tangan Sha mula lebam dan bengkak.. Sakit bila dah mula timbul lebam tu.. Hari ini kesan lebam tu baru mula memudar.. Nampak tak.. Cerita dia, sakit ke tak sakit lepas kena cucuk jarum lebam dan bengkak tu tetap akan jadi sebab urat darah Sha halus dan agak susah nak dicari.. kikiki..
Bila Sha google memang keluar kenyataan ini - "Ianya muncul kerana saluran darah kecil pecah ketika jarum dimasukkan ke kawasan tersebut. Lebam mungkin juga terjadi sekiranya tekanan yang tidak mencukupi setelah jarum dikeluarkan. Kebiasaannya lebam selepas pengambilan darah biasanya tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan." Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.


No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..