Assalamualaikum..
Hye semua..
Tengahari tadi Sha dan anak-anak ikut encik suami Ke Ulu Slim menghantar sepupu suami untuk majlis bertandang.. Kami mewakili pengantin lelaki.. Kendurinya buat di dewan.. Cantik betul baju songket yang dipakai pengantin.. Rezeki mereka bila menjadi penyewa pertama untuk baju songket tu.. Warna ungu seakan-akan kulit buah manggis masak..
Berkumpul di rimah pengantin lelaki.. Jam 12.30 bergerak ramai-ramai ke dewan.. Selepas pengantin naik duduk di pelamin, keluarga belah lelaki diminta naik untuk salam restu dan bergambar.. Lepas tu keluarga belah perempuan.. Bacaan doa dan pengantin dkminta turun ke meja makan untuk makan beradab.. Kami gerak balik jam 1.30 petang selepas makan..
Ini kek untuk pengantin potong.. Mereka gunakan brownies.. Cantik dan kelainan yang menarik..
Ini kami dapat masa nak keluar pagar dewan.. Walaupun Sha dah dapat goodies bag semasa makan beradap pengantin, nak keluar tu mereka bagi lagi.. Rezekikan.. Terima sahaja..
Isi dalam kotak tu ada tuala tangan, buku Yassin dan biskut..
Ini pula dari meja wakil pengantin lelaki.. Bunga telur tu diberikan pada kami masa kami bergambar dengan pengantin.. Sha dapat yang warna merah dan encik suami dapat yang warna putih..
Ini isi dalam goodies bag tu.. Ada biskut dalam tin, air kotak dan bag..
Besar juga bag wooven tu..

























Wahh meriah goodies bag. Tiba2 Cuya teringat masa wedding sepupu Cuya, sampai satu bag plastik besar dia bagi goodies sebab melambak goodies dia. Yang datang tetamunya sikit ajer. Memang rezekilah
ReplyDeletekelainan brownies bertingkat tu. selalu kek saja
ReplyDeleteBaru nak tengok baju pengantin. Takde pulak. Meriahnya goodies.
ReplyDeleteAlhamdulillah mewah rezeki Sha & keluarga hari ni 🤲🏻
ReplyDeleteSelamat Pengantin Baru buat kedua mempelai
Hiasan bunga dan kue cantiiiiik. Pasti sedaap juga. Dan sukaaa melihat aneka goodies yg diberi 🤩🤩. Semoga kedua mempelai selalu rukun, langgeng setelah menikah ini
ReplyDelete