Monday, December 22, 2025

Tamat Sudah Sesi 2025 - Van Sekolah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berakhirlah sekolah untuk sesi 2025.. Habislah sudah anak Sha, Imani di sekolah rendah dan sekolah agama.. Tiadalah lagi makluman untuk bayar dan naik van sekolah.. Sedihlah pula.. huhuhu.. 

07 Februari 2022 Imani mula naik van putih untuk balik dari sekolah pagi.. Sha pakai van ini sebab van sebelum ini dah tak beroperasi.. Kiranya ini van dan pemandu yang ketigalah.. Sebelum tu pemandu perempuan nama dia Kak Zah.. Kak Zah ini dia buat kerja ambil dan hantar anak ini sebab dia uruskan anak dia juga.. Bila anak dia dah masuk sekolah menengah, tak adalah dia buat dah.. Kemudian anak Sha naik dengan van En. Bob, yang ini sekejap ja.. En. Bob ini tak lalu nak layan kerenah mak ayah.. Van yang terakhir dan sampailah Imani habis sekolah, Imani naik van putih dan pemandunya nama Ustaz Din.. Memang baik sangatlah pemandu ini.. Rajin layan kerenah Imani.. Hari terakhir Imani naik van ini pada waktu tengahari Jumaat (19.12.2025).. 

Hari Jumaat (19.12.2025), hari terakhir Sha bayar yuran van untuk sekolah agama.. Lama juga Imani naik van sekolah ini untuk ke sekolah agama.. Bermula 22 Mac 2023 dan berakhir pada 18 Disember 2025.. Jumaat (19.12.2025) tu Imani dah tak naik van untuk ke sekolah agama.. 

Bayaran untuk sekolah pagi sehala dari sekolah ke rumah transit hanyalah RM30.. Manakala untuk ke sekolah agama sehala sahaja, hanyalah RM5 untuk hari yang naik sahaja.. Pergi sekolah pagi Sha hantar dan balik sekolah agama Sha ambil.. 

Lepas ini tak naik van atau bas sekolah dah..

3 comments:

  1. Anak2 Cie tak pernah ada pengalaman naik bas sek.

    ReplyDelete
  2. banyak kenangan tu dgn bas sekolah... boleh jd modal utk bersembang nanti ;-)

    ReplyDelete
  3. Sudah libur sekolah ya kak. Di sinipun dah libur, tapi belum tahun ajaran baru. Libur tengah semester. Nanti July baru tahun ajaran baru start.

    Bagus juga kalau sedia Van begini. Sayapun kalau ada mau. Tp tak banyak yg seperti itu di sini. Rata2 parents membayar single driver pakai motor utk hantar dan jemput anak ke sekolah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com