Saturday, February 21, 2026

Thailand | Death Whisperer 3 (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau filem pertama fokus kepada “apa yang berlaku”, filem kedua pula buat kita letih serta cemas dan filem ketiga ini lebih kepada “kenapa semua ini berlaku”.. Memang lebih mendebarkan.. 

Filem bermula dengan asal usul Black Spirit dan Yee yang telah diculik oleh kultur pelik dan dibawa ke hutan Bongsanodbiang.. Asalnya Yak dan Sarjan Paphan ja yang ke hutan Bongsanodbiang ini tapi bila sampai, diorang jumpa Yod dan Yos dekat belakang jip.. Maka bergeraklah mereka berempat ke hutan tu untuk selamatkan Yee.. Kali ini perjuangan mereka bukan mudah.. 

Kekacauan bukan hanya pada mereka yang mencari Yee tapi yang tinggal di rumah turut dikacau tambahan pula Yad mengandung.. Kalau ikutkan roh jahat tu, Yak dah bunuh tapi ada yang masih menyeru dan nak jadikan ahli keluarga Yak sebagai perumah sebab Yak yang bunuh roh jahat tu.. Tapi tu lah, Sarjan Paphan mati.. huhuhu..

Title: Death Whisperer 3
Also Known As: Tee Yod 3
Screenwriter: Sorarat Jirabovornwisut
Director: Kui Taweewat Wantha
Genres: Horror
Type: Movie
Format: Feature Film
Country: Thailand
Release Date: Oct 1, 2025
Duration: 1 hr. 44 min.
When Yi is kidnapped by a mysterious cult, Yak and his friends set out on a desperate rescue mission. Their journey leads them to a cursed village where dark secrets, vengeful spirits, and an ancient ritual await. As terror unfolds, survival becomes a fight against forces beyond their control.

“The Deeper They Go, The Darker It Gets.”

Friday, February 20, 2026

Indonesia | Maryam: Janji dan Jiwa Terikat (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha awalnya tak nak tengok pun cerita ini sebab seram.. Tapi bila ada yang bubuh dalam threads pasal watak utama dia punya tudung, terus rasa macam.. Cubalah tengok.. Tengok tu memang semata-mata sebab tudung yang dipakai watak utama tu ja.. Hahaha..

Bila dah tengok rasa macam pening pula.. Cerita dia lebih pada gore dari seram.. Lepas tu macam tak ada sebab pula cerita tu jadi.. Macam tengok cerita tapi tak tau kenapa.. Kisah Maryam yang terikat dicintai jin Ifrit tapi kenapa dan mengapa tak diulaskan.. Kesianlah pada semua yang jadi mangsa dalam filem ini.. 

Kalau nak ulasan yang lebih sedap boleh ke Blog Farhana..

Inilah threads yang Sha cakap tu.. 

Maryam: The Untold Story
Original title: Maryam: Janji dan Jiwa yang Terikat
2025 ‧ Horror ‧ 1h 32m
Maryam has lived in the shadow of perpetual terror since childhood. Mysterious letters frequently appear to her, unknown to the sender. Even after being burned or thrown away, the letters always return, as if with a will of their own.

ebook | I'm A Backpacker: Germany oleh Khairul Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini mengajak pembaca menyusuri Jerman dari perspektif seorang backpacker yang ringkas, jujur dan sangat membumi.. Ia bukan sekadar catatan destinasi, tetapi kisah tentang keberanian keluar dari zon selesa, seni menyesuaikan diri dengan budaya asing dan keindahan pengalaman kecil yang sering terlepas pandang..

Gaya penulisannya santai dan mudah dihadam, seolah-olah mendengar cerita perjalanan daripada seorang rakan yang baru pulang merantau.. Tip praktikal diselitkan tanpa terasa mengajar, manakala naratifnya membuatkan Jerman terasa dekat walaupun dibaca dari jauh.. Sesuai untuk peminat travelog, bakal backpacker atau sesiapa sahaja yang gemar membaca kisah perjalanan yang jujur dan memberi inspirasi..

Ringkasnya, ini bacaan ringan yang mampu menyalakan rasa ingin mengembara, walaupun hanya dari balik halaman buku..

Sha baca dan selesai pada 19.02.2026..

Published February 27, 2017 by Puteh Press

Thailand | Death Whisperer (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa macam dah pernah tengok tapi macam tak pernah.. Jom jelah layan.. Lama tak layan filem seram Thailand.. Hari tu dah tengok Death Whisperer 2 (2024).. Sebelum layan yang no 3, kita layan dulu yang pertama.. 

Filem pertama ini bermula dengan kematian Nart dan Yam yang jatuh sakit selepas melihat perempuan tua yang pelik.. Lepas tu mereka mula mengalami gangguan semasa mak dan ayah mereka tiada.. Mujurlah ada Yak yang balik dari tentera.. Satu hari perempua tua tu datang dan mencabut sebatang gigi Yam.. Perempuan tua tu rupanya cuba menjadikan Yam sebagai peumah kepada semangat jahat.. Memang teruk jugalah diorang berusaha untuk menyelamatkan Yam tapi tak berjaya.. Sedihlah juga.. 

Title: Death Whisperer
Also Known As: Tee Yod, Thi Yot
Screenwriter: Sorarat Jirabovornwisut, Koii Thammanan Chulaborirak
Director: Kui Taweewat Wantha
Genres: Horror, Supernatural
Type: Movie
Format: Feature Film
Country: Thailand
Release Date: Oct 26, 2023
Duration: 2 hr. 1 min.
When a bloodthirsty spirit possesses a young girl in a remote village, her older brother leads the charge to banish it before she's consumed by evil.

~~ Adapted from the novel "Tee Yod... A Distant Voice Wails Madly" (ธี่หยด...แว่วเสียงครวญคลั่ง) by Krittanont (กฤตานนท์). ~~

Thursday, February 19, 2026

ebook | Khilaf Melisa, Takdirnya Radhi oleh Shahariah Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah dua manusia yang dikahwinkan tanpa kerelaan.. Radhi terperangkap akibat kegilaan Melisa.. Perjanjian dibuat dan ketegasan Radhi membuahkan hasil bila Melisa yang degil mula mendengar kata dan berubah.. Perkahwinan yang awalnya tercipta akibat perjanjian dan ingin menutup malu berakhir dengan hubungan yang ikhlas..

Jalan cerita dia memang sempoilah cuma olahan dia nampak sedikit kaku.. Tapi masih syok dibaca..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2026..

Koleksi Sampul Duit ECOShop

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru ini masa Sha jalan ke Sekinchan, Sha sempat singgah ECO Shop Sungai Besar.. Ternampaklah sampul duit raya ini di belakang kaunter.. Memang Sha beli teruslah 2 set.. 1 set tu ada 4 corak dan setiap corak ada 10 keping.. Jadinya 40 keping tu RM2.60, memang cunlah kan.. Bukan senang nak dapat sampul duit raya ini.. Cepat habisnya.. Beli awal tak kalut.. kikiki.. Lawa-lawa corak dia.. Berbaloi sangat-sangat dengan harga yang dijual..

Ada 8 reka corak dan setiap corak ada 10 keping..

Marhaban Ya Ramadan!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Marhaban ya Ramadhan 1447H! Semoga di bulan suci ini kita SEMUA diberikan kesihatan, kekuatan, dan kelancaran dalam menjalani ibadah puasa.. Aamiin..


Wednesday, February 18, 2026

BE-KIND: Dark Chocolate Nuts & Sea Salt

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa bar ini masa masuk 99 Speedmart.. Belilah sebab tak pernah cuba.. Berbaloilah harga dan saiz serta isi dalam dia.. Rasa coklat gelap tu sedang elok ja dan tak manis.. Kacang badam tu pun meriah dan rangup.. Memang syoklah kunyah.. Tak liat tau..

Meriah dengan badam dan bahagian bawah tu coklat gelap..

BE-KIND: Dark Chocolate Nuts & Sea Salt (40g) - RM5.65

Persiapan Sahur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang encik suami ajak keluar beli barang rumah.. Tambah mana yang kurang untuk mudah masak masa sahur dan berbuka.. Awalnya kami ke TF Value Mart tapi tak jadi masuk sebab ramai orang.. Sudah kami ke Segi ja beli ayam.. Beli 5 ekor terus, minta adik tu potong 12.. Balik rumah terus bersihkan dan pek siap-siap untuk sekali masak..

Hari ini pergi lagi sekali ke TF Value Mart dengan anak-anak ja dan berjaya beli beberapa barang tambahan untuk bersahur.. Sambil tu Sha guna SARA 2026 untuk beli keperluan anak-anak dan sebalang kopi Kedah.. Kena tambah sikit duit sebab lebih RM100.. Selesai urusan.. 

Ini bahagian yang ada tulang..

Ini pula bahagian dada..

Setelah dicampur dapatlah 12 pek untuk mudah masak.. Sebelum tidur, keluarkan 1.. Bagun sahur dah boleh terus masak..

Mighty White: Raisin Brioche Bread

Assalamualaikum..
Hye semua..

Beli sebab nak rasa ja walaupun Sha tak berapa minat kismis pada roti.. Roti mentega dia memang sedaplah, lembut, gebu dan tebal.. Berbaloi dengan harga dia.. Memang kenyanglah makan sepotong ini sebagai sarapan.. Bau mentega tu pun wangi betul..

Mighty White: Raisin Brioche Bread (70g) - RM1.80

Meriah dengan bau mentega dan kismis..

Tuesday, February 17, 2026

Bertemu Mesra Sahabat Lama

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam masa tengah layan sakit selepas gigi dicabut, kenalan lama mesej Sha.. Beliau dalam perjalanan ke PSAS dan berhajat untuk jumpa Sha.. Sha maklumkan yang Sha ada di rumah.. Sejam kemudian beliau sampai.. Sha bawa ke SJ Salai sebab dah sampai waktu makan tengahari.. Pada Sha SJ Salai ini paling dekat dan makanan dia pun sedap.. Sejam lebih juga kami bersembang dan saling bertukar cerita.. Tahun lepas tak dapat nak jumpa, tahun ini ada rezeki pertemuan.. 

Sha tak habis makan, bawalah balik.. Jenuh juga nak mengunyah disebelah bahagian sahaja..

Marigold Mixed Longan Red Dates Drink

Assalamualaikum..
Hye semua..

Air campuran kurma merah dan longan ini sedap.. Memang mewah dengan rasa kurma merah dan longan.. Walaupun ada perkataan less sugar tu, pada lidah Sha tetaplah ada rasa manis tu.. Tapi masih okaylah untuk diminum.. Lepas minum air ini, memang rasa lega tekak.. 

Marigold Mixed Longan Red Dates Drink (250ml) - RM2.00

Monday, February 16, 2026

Sambal Daging Dendeng

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mudah nak bawa ke mana-mana.. Nak panaskan pun tak susah.. Boleh terus makan juga.. Isi dalam dia banyaklah juga.. Dagingnya lembut dan tak pedas.. Memang ngamlah sebagai makanan tambahan semasa sahur atau berbuka.. Manalah tahu tak sempat, bolehlah koyak dan makan..

Sambal Daging Dendeng (100g) - RM11.70

Cabut Gigi di Tanjung Malim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seperti yang dijanjikan.. Hari ini Sha menyerah diri untuk cabut gigi.. Selesai makan antibiotik seminggu, kenalah buang gigi yang rosak teruk..
Awal Sha sampai dekat klinik gigi.. Buka ja pintu terus masuk tapi kena pergi klinik kesihatan dulu untuk periksa gula.. Kenalah menunggu.. huhuhu.. Tak lama pun.. Kejap ja dah selesai.. Memang dah hancur gigi tu.. Panjang..

Wah!! Gula Sha cantik.. Ini Sha dah minum kopi tau, tapi belum makan ubat.. Semoga terus cantik bacaannya..

Ingatkan bila masuk dapat nombor akhir sebab klinik gigi ramai orang masa Sha datang balik.. Sekali orang kedua.. Alhamdulillah.. Tak adalah lama menunggu..

Pukul 8.40 pagi doktor panggil nombor Sha.. Kad Sha tak jumpa pula.. Jadinya doktor tanya masalah.. Sha bagi tahulah keadaan gigi.. Doktor ketuk gigi yang nak dicabut tu, untuk kepastian.. Lepas tu terus suntik bius.. Sementara tunggu bius jalan, doktor isikan mc untuk Sha.. Tak lama tunggu, doktor pun goyang-goyangkan gigi dan cabut.. Semuanya selesai dalam 20 minit.. Alhamdulillah, lega dah selesai..

Kenduri Kahwin di Seri Iskandar, Perak.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ahad, Sha teman encik suami bawa MIL ke kenduri kahwin di Seri Iskandar.. Cantik betul tempat majlis dibuat.. Kalau ikut kata keluarga pengantin, orang yang menguruskan deko tu agak berusia tapi deko dia up to date okay.. Kenduri ini sebelah lelaki, menyambut menantu.. Sepupu encik suami.. Kami sampai dalam pukul 2 petang.. Makan banyak dah habis yang tinggal nasi putih, nasi beriani (kot), ayam goreng dan ayam masak bawang (ini lauk tambahan yang keluarga pengantin beli dari kedai mamak).. Sha makan nasi beriani dengan ayam goreng.. Nasi beriani dia, makan gitu ja pun dah sedap..

Baru sampai ke majlis.. Majlisnya dibuat di D'Kebun Homestay Wedding Village, Seri Iskandar, Perak.

Sebelum balik, keluarga pengantin suruh kutip dulu buah tangan.. Oleh kerana kami antara yang terakhir, dapatlah banyak jajannya..

Inilah antara yang berjaya dibawa balik.. Memang keluarga pengantin bagi selagi tak penuh plastik.. Ada rempah kari Kedah, maggi, kurma ajwa, kopi dan snek ikan..

Sunday, February 15, 2026

Jalan-jalan Makan Kenduri di Sekinchan, Selangor.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha sekeluarga ke Sekinyuntuk kenduri anak buah sepupu encik suami berkhatan.. Kami keluar jam 9 pagi, sarapan roti canai dulu di Behrang Resident dan isi minyak di Behrang 2020.. Kami lalu jalan dalam ikut Selisik, Felda Gedangsa terus ke Sekinchan.. 

Pertama kali tengok bangau warna kelabu, hitam dan saiz besar.. Selalu tu warna putih dan kecil ja saiz dia..

Ini pun pertama kali Sha tengok, tanah sawah yang baru digembur sebelum di airkan dan ditanam baru..

Alhamdulillah sampai juga rumah kenduri.. Banyak lauk dia tapi Sha ambil gulai nanas, ikan masin goreng dan sayur timun bersama sambal belacan.. 

Buah tangan dari kenduri.. Ada 4 air kotak, 1 Imani dah selamat minum.. Air teh lemon.. Kerepek tu pun ada 4, 1 dah selamat dimakan..

Lepas kenduri, kami singgah sini beli kopi sawah, air matcha dan ais krim goreng..

Sempat singgah di Muzium padi Sekinchan.. Dapatlah beras ini 1 pek sorang.. Sha masuk dengan Amani dan Imani ja.. Tu yang dapat 3 pek ja.. Tiket masuk RM5..

Singgah berbelanja di ECO Sungai Besar dulu.. Asalnya nak beli roti tapi dah tak ada kedai roti ECO dekat Sg. Besar ini..

Sempat jugalah membeli belah buah-buahan di sepanjang jalan.. Jambu batu, jambu air dan limau tu dijual 1 pek RM10.. Tembikai tu sekilo RM3.50, sebiji tu RM7.50..

Ini pula kami beli masa singgah makan di Pasar Malam Sabak Bernam.. Sedap betul makanan dekat pasar malam ini.. Kebetulan dia ada buka meja juga..

Lepas makan terus gerak balik.. Sampai rumah ngam-ngam pukul 7 malam.. Penat seharian berjalan, malam tu Sha tidur awal..

Sambal Kerang Kalut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambal dia tak warna merah tapi isi kerangnya besar-besar.. Memang cunlah dijadikan sebagai lauk tambahan atau masa nak cepat.. Saiz hidangan dia sesuai untuk seorang makan.. Rasa pun boleh tahanlah.. Tak terlalu pedas.. Ngamlah untuk Sha..

Sambal Kerang Kalut (100g) - RM11.85

Kimchi Kobis & Daun Bawang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang suka kimchi, selalu tu beli jenama iikim atau CJ Bibigo ja.. Masa jalan-jalan dekat Threads, Sha ditemukan dengan post mengenai kimchi.. Melayu kita yang buat.. Makanya jomlah kita DM dan tanya.. Setelah dapat jawapan yang memuaskan, terus Sha buat pesanan.. Sha beli dua-dua jenis iaitu kobis dan juga daun bawang.. Kita rasa dulu, kalau kena dengan selera boleh beli lagi.. Susah nak jumpa yang kena dengan tekak Sha.. 

Kali terakhir Sha beli kimchi homemade dengan arwah Kak Nur Athirah Noel Abdullah pada Mac 2021.. Lepas tu beliau buat tapi tak pos sebab masalah penghantaran.. Tak lama lepas tu beliau sakit, memang terus tak buat dah.. Rindu sangat dengan arwah.. Sha sempat beli 5 kali ja dengan arwah.. 


🥬 Kimchi Kobis (500g) - RM18
🧅 Kimchi Daun Bawang (500g) - RM18
+ postage RM10

Inilah posting yang Sha jumpa tu.. Gambar dia tu sangat menggoda tau, tu yang Sha semangat buat pesanan.. Selalu makan yang kobis ja, kali ini kita cuba juga yang daun bawang tu..

Cumanya ada perkara tak best yang jadi.. Tengoklah gambar kotak tu.. Seolah-olah cuba dibuka untuk tengok isi dalam kotak.. J&T telefon Sha tapi Sha tak angkat sebab no tak ada namakan.. Lepas tu dia whatsapp maklumkan kotak koyak dan suruh Sha datang ambil di pejabat J&T.. Stress jugalah sebab bayar untuk penghantaran tapi kena pergi ambil, dah lah pejabatnya jauh.. 

Saturday, February 14, 2026

Rendang Ayam Aki

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lauk sedia dimakan.. Tempoh penyimpanan pun agak lama.. Sha saja beli, nak cuba.. Okaylah rendangnya.. Cukup rasa, tak pedas sangat sebab anak-anak Sha pun boleh makan.. Saiz hidangan pun tak adalah sikit sangat.. Sesuai ja untuk 1,2 orang makan.. Kalau nak cepat memang sesuai sangatlah..

Rendang Ayam Aki (170g) - RM11.85

Dapatlah sebekas comel.. Sesuai untuk 1 atau 2 orang makan..

ebook | Jangan Kacau Mak! oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ebuku yang diberikan percuma oleh penulis melalui laman sesawang seramlahoi.. Pendek namun penuh dengan tandatanya.. Buku ini mengajar kita supaya menjadi jiran yang penyibuk supaya sebarang kejadian tidaklah terllalu mengejutkan bila terbongkar.. Memang perlu untuk ambil tahu sesama jirang, bukan menyibuk tetapi perihatin.. 

Sha baca dan selesai pada 13.02.2026..

Published January 1, 2026 by Seramlahoi

Khawz Kopi Tarik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli masa singgah dekat Masjid Nurussalam, Gerik.. Sha tak pasti berapa harganya sebab tak ada pelekat harga pada botol dan masa bayar pun tak ada terima resit.. Beli pun sebab tak pernah nampak kopi jenama ini..

Rasa kopi dia padu walaupun agak manis.. Sha rasa terlebih dahulu sebelum tambah air.. Rasa kopi tu kekal padu walaupun Sha tambah air untuk kurangkan manis.. Bolehlah kalau nak cuba.. Sha minum sejuk ja ini.. Kalau tambah ais pun okay juga..

Khawz Kopi Tarik (280ml)

Friday, February 13, 2026

Kelas Tambahan Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu lepas bermula hari Khamis dan minggu ini jadual Amani padat.. Selepas sesi persekolahan, Amani sambung kelas tambahan pula.. Cikgu sekolah Amani juga yang mengajar Amani dan kawan-kawan yang terpilih.. Kelas tuisyen tu dipecahkan kepada 2 kumpulan.. Jadinya satu kumpulan ada 20 orang murid sahaja.. Sebelum kelas bermula, mereka diberikan makan tengahari.. Kiranya bawa diri dan buku sahajalah.. Memang betul-betul rezekilah pada Sha.. Kalau diluar bukan sikit-sikit duit nak kena keluar untuk kelas tambahan ini..

Buat masa ini cikgu ajar subjek teras sahaja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam.. Lepas raya mungkin akan ada tambahan subjek Sains Komputer dan Sains Sukan.. Amani kata satu hari satu subjek yang mereka belajar masa kelas tambahan.. Bulan puasa nanti kelas tambahan ini akan dihentikan buat sementara waktu dan disambung semula selepas rasa.. Sha memang pastikan Amani hadir dan berikan komitment.. Mereka ini kira perintis untuk program ini..


Kelas tambahan (tuisyen/bimbingan) ialah sesi pembelajaran luar waktu sekolah untuk mengukuhkan pemahaman, meningkatkan prestasi akademik, dan kemahiran menjawab soalan. Ia merangkumi subjek tertentu, ditawarkan secara berbayar atau percuma, serta memberi fokus kepada kelemahan pelajar. 

Tai Sun: Peanut Cracker, Oriental Mix & Samba Mix

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dekat 7E masa dia buat promosi Monday Madness.. Murah 50 sen untuk setiap pek tu.. Jadilah kan buat kunyah-kunyah dekat pejabat bila boring.. 

Tai Sun: Peanut Cracker (40g) - RM2
Tai Sun: Oriental Mix (40g) - RM2
Tai Sun: Samba Mix (40g) - RM2

Peanut Crackers ini memang syoklah kunyah.. Kacang tanah yang bersalut tepung berperisa.. Memang sedaplah dimakan.. Rasa dia menarik..

Oriental Mix ini ada kacang parang, keropok, kacang tanah salut tepung, kacang tanah biasa dan kacang peas.. Memang syoklah sebab pelbagai isi dia.. Puas hati makan.. 1 pek ini sekali makan ja..

Samba Mix ini ada campurang kacang shandong dan kacang tanah yang bersalut tepung.. Ada juga keropok panjang.. Memang syoklah kunyah.. 

Indonesia | Pencarian Terakhir (2025)

Assalamulaikum..
Hye semua..

Kisah bermula dengan kehilangan Sita di Gunung Sarangan meninggalkan Tito dan Drupandi.. Drupandi memendam perasaan merindui ibunya Sita dan merancang untuk memanjat Gunung Sarangan mencari Sita bersama kawan-kawan beliau dna teman lelakinya Raka.. Drupandi pergi tanpa pengetahuan bapanya Tito.. Kehilangan mereka akhirnya diketahui dan usaha pencarian bermula.. Saat pasukan penyelamat bertemu mayat dan rakan yang selamat, Tito bersama rakan-rakannya cuba mencari sendiri dan bertemu dengan Raka.. Raka memaklumkan yang Drupandi bersama dengan Sita.. Tito akhirnya meminta bantuan dari orang lama yang tahu kisah sebenar Gunug Sarangan dan berusaha menyelamatkan Sita dan Drupandi..

Seram sikitlah tapi lebih pada sedih..

Pencarian Terakhir
Release Date: 20 Nov 2025
Genre: Adventure,Horror,Mystery
Setelah hilangnya Sita di Gunung Sarangan pada ulang tahun Drupadi yang ke-10, sikap Tito menjadi dingin, membuat Drupadi sedih. Pacarnya, Raka, dan sahabat-sahabatnya, Maya, Ucok, Jamal, dan Nurul, bersama teman-teman orang tuanya, Bagus dan Oji, serta pamannya, Gancar, memberikan dukungan kepada Drupadi. ​​Namun, itu tidak cukup, dan pada ulang tahunnya yang ke-17, Drupadi berangkat ke Gunung Sarangan untuk mencari ibunya.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com