Assalamualaikum..
Hye semua..
Sekejap ja dah masuk 13 Ramadan.. Ini kali kedua Sha memandu sendiri sejak Ramadan.. Rezeki Ramadan kali ini encik suami tawarkan diri untuk hantar dan ambil Sha balik kerja.. Cumanya bila ada hari beliau kena kerja, kenalah Sha memandu macam biasa.. kikiki.. Seronok juga bila ada orang hantar dan ambil..
Hari ini menu sahur kita ringkas sahaja namun menu berbuka sedikit meriah sebab menyambut ulang tahun kelahiran Imani sekali.. Ini tahun kedua, ulang tahun kelahiran Imani jatuh pada bulan puasa.. Imani minta belikan kek keju kesukaan dan pizza sebagai juadah sambutan ulang tahun kelahiran beliau..
Sha masak telur mata, tumis bawang dengan cili padi dan tabur atas telur mata.. Lepas tu tuang kicap.. Goreng juga tempe..
Kek keju kesukaan anak-anak.. Tahun ini naik harganya.. Tapi kualiti masih sama, tak ada yang berubah..
Sha beli pizza garlic sosej dengan aloha chicken.. Dua regular ini RM22, tambah sup cendawan, kek coklat dengan kek butterscotch..

























Sedapnya cheese cake tu lama tak makan.
ReplyDeleteSanah helwah Imani 🌹
ReplyDeleteSemoga sentiasa jadi penyejuk mata ayah ibu
Semoga Imani membesar jadi anak yang solehah, sihat selalu dan membahagiakan mama ayah 🤍
ReplyDeleteBoleh juga idea saya nak masak telur, siram Cili dan kecap 🤩🤩🤩. Ini saja dah sedaaap lah
ReplyDeleteSelamat hari lahir Imani.... meriah sikit menu berbuka ya. Kek keju tu nampak sedap dengan hirisan taburan keju atasnya tu
ReplyDelete