Assalamualaikum..
Hye semua..
Hari ini hari terakhir kita berpuasa.. Semoga kita semua terus semangat mengekalkan kebaikan yang berjaya kita lakukan sepanjang Ramadan kali ini.. Semoga kita masih diberikan peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadan pada tahun hadapan.. Aamiin..
Pagi tadi kami sahur nasi putih dengan ayam McD semalam.. Berbuka pula dengan subway dan burger king.. Gerai-gerai kuih kesukaan kami dah tak berjualan.. Jadinya tak adalah kuih hari ini..
Keluar dari rumah jam 3 petang.. Asalnya nak belikan barang basah yang MIL minta sahaja.. Lepas selesai tu encik suami tiba-tiba ajak ke Tapah.. Sha ikut ja.. Sempatlah melayan kehebatan Belalang Tempur encik suami.. Memang lebih relaks dan tak sakit punggung.. Cumanya agak susah sikitlah nak menyelit-nyelit sebab ada box di kiri kanan motor.. Bila encik suami bawa laju tu tak terasa sangatlah.. Pergi lalu lebuhraya, balik pula ikut jalan lama.. Okaylah.. Tak sakit pinggang dan punggung.. Lebih selesa..

























Naik belalang tempur.. best tu jalan jauh pun tak rasa.. hujung2 ni bazaar ramadhan pun banyak yg kosong ramai tak berniaga..
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri. Maaf zahir batin.
ReplyDeleteSelamat hari raya. Maaf zahir & batin.
ReplyDeleteSalam akhir ramadan
ReplyDeletekat area sy ni smggu sblm raya dah tak jual daaa
ReplyDelete