Assalamualaikum..
Hye semua..
Kalau orang yang sudah meninggal tiba-tiba hidup semula, patutkah kita bersyukur atau mula rasa curiga? Inilah antara persoalan yang bermain dalam cerita kali ini.. π
Emmad menyiasat kes seorang banduan yang mendakwa adiknya bukan lagi manusia yang sama selepas dihidupkan semula.. Pada masa yang sama, Zaliah berdepan dengan Amira yang mempunyai kisah hampir serupa.. Dua kisah yang nampak berasingan, tetapi rupa-rupanya saling berkait..
Sha suka konsep cerita ini kerana misterinya agak unik dan membuatkan Sha tertanya-tanya siapa sebenarnya yang sedang menyamar.. Ada banyak petunjuk, watak dan kejutan yang perlu kita cantumkan untuk mencari jawapan.. Cuma jalan ceritanya agak padat, jadi kena beri perhatian bila membaca supaya tak tertinggal maklumat..
Secara keseluruhannya, Shaa enjoy ja bacaan kali ini.. Plot twist memang menarik, cuma otak kena bekerja lebih sedikitlah..
Sha baca dan selesai pada 27/11/2026..
Published April 27, 2025 by Penerbit-X

























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..