Showing posts with label Fisioterapi. Show all posts
Showing posts with label Fisioterapi. Show all posts

Friday, April 13, 2018

Khamis yang Hectic

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sha patutnya tak cuti pun hati Khamis ini.. Tapi klinik pakar dari Hospital Teluk Intan call bagi tahu temujanji Amani diawalkan sebab minggu yang sepatutnya, pakar semua sibuk dalam dewan bedah.. Sha pula ada temujanji fisioterapi.. Alang-alang, Sha pun amiklah cuti.. Itulah gunanya cuti rehat.. Untuk waktu kecemasan macam ini.. 

Sha punya temujanji pukul 10 pagi.. Jadi ya kita lepak-lepak baca novel dulu.. Kikiki.. Sha kena buat semula fisioterapi yang terhenti ini sebab pinggang Sha masih lagi sakit.. Sha mulakan dengan kayuh basikal 30 minit.. Lepas itu bubuh arus elektrik dekat pinggang 15 minit dan hot pad 15 minit.. Part akhir ini yang syok.. Doktor ajar senaman.. Ada 3 cara senaman yang perlu Sha buat dirumah.. Sha jumpa 2 gambar je.. Yang satu lagi tak jumpa la pula.. kikiki..

 Flexion knee to chest
Kena kira sampai 10, lepas tu lepas.. Kena buat 30 kali..

 
Yang ini nama Bridging..
Masa angkat tu kira sampai 10.. 

Lepas selesai fisioterapi Sha balik rumah.. Rehat kejap.. Sebab pukul 1.30 petang, nak kena gi amik Amani pula.. Amani ada pemeriksaan gigi dekat Klinik Pakar Teluk Intan.. Mujurlah Teluk Intan tak jauh sangat.. dalam 40 minit macam itu dari Behrang.. Kena tampal sikit gigi dia.. Sepatutnya 6 bulan sekali perjumpaan nya, tapi kali ini doktor bagi tempoh 3 bulan je.. Mungkin sebab tengok gigi dia dah mula ada kaviti dekat gigi dia.. Jenuh dah suruh gosok gigi..

Sampai rumah memang flatlah.. Kikiki.. Jauhkan memandu itu.. Dapat baring rasa lega pinggang..

Thursday, August 17, 2017

Fisioterapi #4

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Semalam Sha ke Klinik Fisioterapi..
Sambung buat fisio..
Alhamdulillah.. Seronok dan melegakan..
Walaupun bukan kesembuhan terus, namun ada sedikit perubahan..

20 minit Sha kayuh basikal ini..
Maaflah, gegar pula gambarnya.. hehehe..
Lepastu hari ini buat terapi elektrik cam terkuat lak..
Hotpad pun terpanas..
Berpeluh-peluhlah Sha dibuatnya..
Tapi lepas tu lega sikit pinggang..

Tuesday, July 18, 2017

Rawatan Fisioterapi + Cucuk Perancang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa tu?? Rajin you all blogwalking ye..
Terima kasih singgah blog Sha..
Isnin (17.07.2017) pagi, Sha ada temujanji untuk rawatan Fisioterapi..
Disebabkan tak suka keluar banyak-banyak kali..
Makanya Sha terus buat sekali cucuk perancang (cucuk ini 3 bulan sekali)..
Sepatutnya awal lagi.. Tapi ada masalah sikit.. Tu yang lambat..

Pinggang ini memang tak berapa okay..
Tapi biasalah.. Kerja still kena buat..
Walaupun tak okay..  Ye tak..
Cumanya lebih berhati-hati..
Rawatan fisioterapi pagi ini bermula dengan kayuhan basikal selama 15 minit.. 
Lepas tu sha kena pakai karen.. 
Yang ini memang best.. 
Legakan sakit.. 

Lepas tu kena buat dua jenis senaman.. 
Pertama.. 
Baring.. Kemudian kaki dibengkokkan.. 
Lepastu angkat punggung, tahan dan kira sampai 10..
Buat sebanyak 10 kali.. 

Senaman yang kedua.. 
Masih dalam keadaan baring.. 
Angkat kaki dan rapatkan ke dada.. 
Kira sampai 10 juga.. 
Buat senaman ini 10 kali.. 

Dua senaman ini kena teruskan dirumah.. 
Pagi buat 10 kali.. 
Petang 10 kali dan malam 30 kali.. 
Kena rajinlah.. 
Owh ya.. Satu lagi pesanan doktor.. 
Bangun dari katil, kena mengiring dulu baru bangun.. Bukan terus bangun je.. 

Sunday, June 18, 2017

Fisioterapi Pinggang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang ada masalah dekat bahagian pinggang dan tulang punggung..
Kebetulan bulan dua hari tu Sha jatuh motor..
Lepas tu kena buat fisioterapi untuk lutut..
Lutut dah okay tapi pinggang pula sakit..
Teruk juga kali ini.. Sebelum ini pun ada juga sakit..

Cuma kali ini berlarutan lama sangat..
Dekat seminggu jugalah sakit berdenyut-denyut..
Tak tahan, Sha pergi klinik untuk cucuk tahan sakit..
Doktor suruh X-Ray dulu.. Risau patah or retak..
Alhamdulillah, tak ada apa..
Jadinya doktor tulis surat rujukan ke bahagian fisioterapi..
Lepas tu dapat cucuk tahan sakit..
Tak sampai 10 minit, sakit pun lega..
Malam tidur lena.. hehehe..

First fisioterapi Sha pada 29.05.2017..
Rawatan sama macam masa fisio lutut..
Terapi menggunakan hotpad, elektrik, kayuh basikal dan juga senaman..

Kali kedua pula pada 15.06.2017..
Kali ini ada kelainan sikit..
Sha mulakan rawatan dengan hotpad selama 15 minit..
Lepas tu, dalam keadaan menerap, doktor tu tekan/urut belakang pinggang Sha..
Pergh!!! Kena kat tempat yang sakit memang rasa macam nak menjerit...
5 minit juga dia urut.. Lepas tu baru letak terapi elektrik..
Memang legalah lepas tu.. Serius best..
Last sekali Sha buat kayuhan basikal..
Berpeluh-peluh kali ini sebab kayuh guna mod lost weight... Lega..
Next fisio lepas raya..

Friday, March 10, 2017

Fisioterapi #3

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sha pergi buat fisioterapi lagi hari Khamis (09.03.2017)..
Kali ini Sha datang awal..
So menunggu lah kejap..
Mujurlah tak ramai orang..
Cepat sikit settle fisio..

Hari ini awal sebab kaki Sha just nak checkup dan senam sikit je..
Alhamdulillah kaki Sha dah makin sembuh..
Jalan pun dah laju balik.. Hehehe..

Tadi just mengayuh basikal..
Seronok sangat mengayuh sampai tak sedar dah 20 minit..
Hehehe.. Basikal mahal kan..
Lepas tu buat terapi elektrik..
Settle.. Masa nak balik doktor bubuh pelekat untuk support lutut..

Alhamdulillah.. Allah mudahkan proses penyembuhan lutut Sha..
Terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan Sha..

Friday, February 24, 2017

Fisioterapi Sesi Kedua

Assalammualaikum..
Hye semua..

Meneruskan sesi Fisioterapi di Klinik..
Sha pergi semalam untuk buat sesi yang kedua..
Kali ini sampai je klinik terus kayuh basikal.. 15 minit.. Terbakar gak la kalori..
Kalau banyak duit, teringin gak nak ada satu basikal tu kat umah.. hehehe..

Lepas mengayuh, bubuh Hotpad dekat lutut.. 15 minit.. Best..
Kali ini memang tak kalih langsung Hotpad tu.. Biar je kat lutut..
Dah cukup 15 minit.. Biar lutut rest sekejap.. Baru buat terapi elektrik lak..
Yang ini pun 15 minit.. Sebab buat dalam keadaan baring kan.. Mata nak pejam je..
Lepas buat terapi elektrik, Sha kena buat senaman kaki..
Duduk je dekat tepi katil, pastu doktor tu bubuh getak dekat kaki..
Kemudian Sha regangkan kaki.. Pergh!! Berpeluhlah juga..
Alhamdulillah.. Banyak dah perbezaan berbanding sebelum ini..

 
Mengayuh Basikla..
 
 
Hotpad..
 
 
Mesin renjatan elektrik..
Best tau..

Friday, February 10, 2017

Fisioterapi Bermula

Assalammualaikum..
Hye semua..

Rabu (08.02.2017) Sha mulakan rawatan fisioterapi untuk lutut Sha..
Alhamdulillah sesi pertama berjalan lancar..
Sha mulakan sesi fisioaterapi dengan Hotpack..
Hotpack tu dia balut dengan tuala pastu letak kat lutut..
Tempoh dia 15 minit..

Kemudian buat rawatan terapi eletrik..
Mesin dia kecik je..
Yang ini pun 15 minit juga..
Last sekali kena buat senaman..
Kayuh basikal selama 15 minit..
Berjayalah Sha bakar kalori sikit.. Hehehe..

Lepas selesai semua sesi ini..
Sha diberi nasihat untuk tuam lebam dikaki dengan Icepack..
Buat sekali sehari..
Untuk lutut pula Sha kena buat senaman..
Angkat kaki dalam kiraan 10 sebanyak 30 kali..
Kena buat pagi, petang dan malam..
Buat setiap hari sampailah temujanji yang seterusnya..

Selain itu Sha juga dinasihatkan untuk mengayuh basikal dirumah..
Buat paling kurang 15 ke 20 minit..
Sha juga tidak dibenarkan untuk berdiri terlalu lama..
Berjalan terlalu lama..
Tempoh masanya mestilah tidak lebih 30 minit..
Supaya lutut tidak terbeban..

Berusaha sehabis daya..
Yang menyembuhkan Allah yang maha kuasa..

Fisioterapi Bermula
Surat rujukan untuk buat fisioterapi..

Fisioterapi Bermula
Ini nama dia strapping (kalau salah boleh betulkan).. Bubuh kat lutut untuk support.. Sepatutnya pakai 5 hari tapi disebabkan doktor pesan kalau rasa gatal-gatal, boleh buka.. Makanya Sha pakai tak sampai sehari.. Huhuhu.. tapi memang best pakai mende nie..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com