Wednesday, February 18, 2015

Nasi Mandy Segera

Alhamdulillah..
Hari Ahad tu berjaya masak nasi mandy segera dgn resepi yg diubah suai..
Tidak menggunakan Tomato Puree dan juga minyak dari ayam yg dipanggang..
Sebaliknya digantikan dgn minyak bunga matahari..
Ayam tu pun x dipanggang.. hanya digorng dan dibakar sahaja..
Simple.. guna apa yg ada dalam rumah jer...

Tips dari En.Suami : Setelah rempah ratus tu ditumis, masukkan air dan biarkan mendidih kemudian baru dimasukkan kedalam rice cooker bersama beras yang telah direndam tadi..

Bukan saya yang masak.. hehehe..
En. Suami yang rajin...

 Dalam pek nie ada beras dan rempah ratus sahaja

 Cara-cara memasak dibahagian belakang kotak

Nasi yang siap dimasak tanpa tomato puree..

 Ayam yg diperap menggunakan rempah dan digoreng

Ayam yg diperap  dgn rempah dan dipanggang atas dapur...

Korea | The Chaser (2012)

Review ini untuk drama ye.. Bukan film..

Drama yang sangat menarik untuk ditonton..
Pelakon xde yang hensempun..
Biasa-biasa jer..
tapi performance diorang mmg superb..
Kisah pasal seorang detektif yang kehilangan anak akibat langgar lari...
kemudian isteri dia bunuh diri disebabkan undang2 x mampu membela mereka..
kalau ko tgk anak dia kena bunuh ko pun akan rasa sangat geram...
Kalau ikutkan budak tu selamat walaupun dah nyawa2 ikan..
Tapi disebabkan pelanggaran tu melibatkan orang yang sangat berpengaruh dan berduit maka
nyawa budak tu jd taruhan..
dibunuh oleh kawan baik ayah dia sendiri..
Memang kejam gila cerita ni..
Yang berpengaruh bergaduh sesama mereka berebut kuasa..
Yang tertindas adalah orang biasa2..
kerana salah guna kuasa mende yg simple jd complicated..

Cara dia persembahkan cerita ini buat ko nak keep going sampai penamat...
pengorbanan seorang ayah dalam menegakkan keadillan diatas kematian anak dia..
Memang touching giler..
Macam mana duit mengubah pendirian manusia...


SINOPSIS :- The series tells the story of Detective Baek Hong-suk, a happily married family man whose life is shattered when his 15-year-old daughter is killed in a car accident, causing his wife to go into a state of shock, eventually killing herself and leaving Hong-suk a widower. He later discovers his daughter's death was the result of a conspiracy led by politician Kang Dong-yoon, to secure his political future as a presidential candidate. Hong-suk goes from loving, doting father and cop to harrowed man hellbent on revenge, as Kang continues to rise in power. With the help of Kang's sister-in-law, a reporter, Hong-suk takes revenge against the man who ruined his life.

Tuesday, February 17, 2015

Hantu Punya Bos oleh Dekna Lee


Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom membaca..
Novel nie mampu release korangnye tension..
Cerita yang sangat kelakar..
Mampu mebuatkan korang gelak sorang-sorang..
Gaya penulisan yang simple..
Jalan cerita yang ringkas dan menarik..
Yang bestnya bukan takan kelakar..
Geram menyampah dan marah pun boleh feel bila baca novel ini..
Sesuailah dengan tajuk dia "Hantu Punya Bos!"

Sinopsis : BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. 

“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula. 

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu? (SUMBER : https://www.goodreads.com/book/show/18478713-hantu-punya-bos?from_search=true)

Monday, February 16, 2015

Mengejar Ajal oleh Khairulnizam Bakeri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini dah lama habis baca..
Baru sempat nak review..
Seriously kalo nak baca buku ini, kena baca dengan teliti..
Jangan nak skip-skip..
Kalo korang skip-skip memang korang pening..
Jalan cerita agak berkecamuk tapi menarik..
Penuh debaran tersendiri..
ko tak kan sangka siapa yang jahat sebenarnya..
Sangat menakutkan..
Kalo baca novel ini akan membuatkan korang terfikir..
betul ke dia nie macam ini..
Personaliti seorang manusia tu ko memang x kan jangka..
Yang baik mungkin akan jadi jahat..
yang jahat sebenarnya sangat kejam..

Definasi jahat tu ko sendiri xle nak rungkai..
So selamat membaca..


Sinopsis : Timbalan Pendakwaraya Raed digelar The Hangman dan Undertaker kerana tidak pernah tewas dalam perbicaraan. Adani, pelukis masyhur di seluruh dunia. Walau buta sejak lahir akibat kecacatan genetik, dia mampu melukis hanya dengan menggunakan deria rasa. Takdir Ilahi mempertemukan mereka.

Segalanya berubah apabila Raed mengendalikan kes Datuk Buyong, bekas menteri yang dituduh membunuh seorang pelacur kelas atasan. Buat kali pertama, Raed tewas dan kematian Datuk Buyong beberapa hari kemudian menjadikan Raed sebagai suspek utama. Dia dituduh dan dibicarakan.

Di hari perbicaraan, Raed diculik. Polis sangka itu helah lalu dia diburu. Penculiknya membery syarat paling sukar. Bunuh tiga orang dalam masa tiga hari, atau nyawa Adani jadi pengganti. Siapakah tiga mangsa Raed? Siapakah yang menculiknya? Benarkah dia yang membunuh Datuk Buyong? Bagaimana harus memburu, andai dia diburu? Bersama Raed, MENGEJAR AJAL. (Sumber - https://www.goodreads.com/book/show/18168836-mengejar-ajal)

Sunday, February 15, 2015

JJCM - Nasi Buluh Sg. Klah, Perak (07 Disember 2014)

Cerita tahun 2014

Jalan-jalan cari makan...
Saja jer ngajak adik pergi try nasi buluh yang semakin femes nie..
Merata-rata orang duk cerita..
Memang unik la sebab dia kukus dalam buluh..
Malangnya masa kami pergi tu ramai orang..
Weekend kan.. so layanan agak kurang memuaskan..
Lauk pauk sampingan memang marvelous.. Seriously recommend..
Tapi yang ayam-ayam kg tu mahallah..
So pandai-pandailah pilih lauk ye...
Nasinya biasa-biasa je.. Istimewa sebab buh dalam buluh..

Lokasi.. sangat senang mencarinya..
Keluar je tol sungkai, amik kiri.. jumpa simpang ke Hot Spring Sungai Klah masuk.. depan sikit je dalam 300 meter camtu.. tepi jalan..

1 Set Nasi Bamboo - RM2.50
(ada 1 nasi buluh, Ulaman sikit, sambal kelapa kering,sambal belacan dan kuah kari)


Pilihan Lauk :-
1)Ayam Kg Bunian - Rm7 sepotong
2)Ayam Kg Percik - RM7 sepotong
3)Ayam Kg Serabut - RM7 sepotong

4) Dan macam-macam lagi pilihan lauk kg yg best2 dan mengancam..


Antara lauk yang kami amik

Kerabu mangga dan kerang rebus

Ayam bakar biasa ngn ikan keli bakar

Nielah nasinya..
Dapat nasi jer.. (Ulaman ngn sambal2 tu dia lupa nk bg)


Saturday, February 14, 2015

Jalan-jalan Naik ETS - 27 Disember 2014

Cerita tahun 2014..
Baru berkesempatan nak berkongsi..

Menunaikan hajat anak dara ku Amani...
Tetibe ngajak naik keretapi..
So bawaklah dia naik ETS dari Ipoh ke Tanjung Malim..
Seronok bukan main.. Meriah jer dia..
Kami bertiga jer ditemani adik..
Seronok juga sesekali bawa mereka menaiki kenderaan awam...





Friday, February 13, 2015

It's Okay, That's Love (2014)


Drama yang berkisarkan mengenai pesakit psikologi..
Menarik walaupun boleh dikatakan 90% sakit yang ditunjukkan dibesar-besarkan..
Namun kelainan dalam cerita ini membuatkan kita berfikir...
Kita selalu mengabaikan saat kita melihat sesebuah keluarga itu punya masalah dari segi penderaan...
Tidak kira penderaan itu berbentuk fizikal atau pun mental..
Kita selalu tidak punya keberaniaan untuk melaporkan kepada pihak yang berkuasa..
Seringkali pula kejadian seperti itu akan menjadi besar dimana berlaku kematian atau kecederaan yang serius barulah orang ramai menunjukkan sikap perihatin...
Masalah ini sering terjadi namun kita sering buat-buat tak nampak..
Selain itu kita juga selalu memperlekehkan manusia-manusia yang istimewa ini.. sedangkan mereka juga manusia biasa.. Punya hati dan perasaan..
Sikap kita yang suka memandang pelik kepada mereka menyebabkan emosi mereka lebih terganggu sehingga melakukan perkara di luar jangka...
Cinta juga bermaksud sanggup melepaskan orang yang kita sayang.. Sanggup berkorban untuk orang yang kita sayang.. Sanggup menerima susah dan senang orang yang kita sayang...
Tapi ingat hubungan tanpa perkahwinan adalah tidak bagi kita yang beragama Islam.. Ambil isi yang baik2 sebagai pengajaran ye.. Yang x elok tu letak tepi..

Kepada mereka yang minat akan drama mengenai betapa cinta itu adalah saling melengkapi, memahami dan menerima kekurangan pasangan seadanya, maka cerita ini menarik untuk anda tonton...

Sinopsis : Jang Jae-yeol is a writer of bestselling mystery novels and a radio DJ. Playful and a bit arrogant, he also suffers from obsessive–compulsive disorder. Ji Hae-soo is a psychiatrist on her first year of fellowship. Driven and ambitious with her career yet compassionate towards her patients, Hae-soo has a negative attitude towards love and relationships in her personal life. Once Jae-yeol and Hae-soo meet, there is much contention between them caused by their strong personalities and refusal to give in to each other. But slowly their bickering turns into love and they begin to learn how compatible they are. Jae-yeol and Hae-soo attempt to heal each other's deep-seated wounds, but their fledgling relationship takes a blow when they learn that Jae-yeol's mental health issues are more serious than they initially suspected. (Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/It%27s_Okay,_That%27s_Love)

Pelakon : Pada saya watak utama cerita ini sangat sesuai dan serasi.. Pelakon-pelakon yang membantu juga sangat superb..

Thursday, February 12, 2015

Berniaga Sempena Minggu Suai Kenal Sesi Dis 2014

Lama punya cerita...
Baru ada masa nak update..

Berniaga lagi..

Kali ini dah pandai sikit..
Jual nasi goreng, kek, air kelapa, air mineral, air kotak dan jeli kelapa..
Pastu minta kengkawan letak kuih muih, buah-buahan, mee goreng, mee hoon goreng dan western food.. Baru le dapat untung lebih...
Alhamdulillah... Dah ada khemah sendiri.. cuma tinggal nak beli meja lipat dan kerusi lipat...
Kali ini air x brape laku...
Makanan alhamdulillah...

Seronok betul..
Banyak lagi nak kena belajar...
Pengalaman berharga yang bukan senang nak dikutip...
Belanja gambar sikit..




Jalan-jalan di iOi City Mall Putrajaya

Aktiviti kami suami isteri bila berkelapangan..
Sesekali kenalah keluar berdua..
Dating macam sebelum kawin..
Kebetulan en.suami nak beli kasut (Peruntukan Kerajaan Bagi setiap tahun)
So kami pun ke iOi City Mall di Putrajaya..
Tempat yang baru buka pada November 2014..
So masih ada lagi kedai2 yang belum buka..
Kebtulan GSC tengah buat promosi tayangan percuma..
Tapi kami x tgk wayang pun...
Cari kasut jer dah makan masa.. turun naik..
Alhamdulillah walaupun jenuh pusing mall tapi en.suami berjaya dapat dua pasang kasut..
Siap dapat percuma sepasang lagi kasut..
So dapatlah kat saya... Kebetulan Kickers tengah buat promosi..
Beli sepasang percuma sepasang lagi...
Sampai 17.02.2015.. Layanan dari pekerja dia pun first class..
tapi kena pergi hari biasalah ye.. time x ramai orang...
Paling best tempat makan..
Macam-macam restoran ada...
Kami makan dekat Dubu-dubu ini pun disebabkan customer services..
Pelayannya memang sangat best dan superb...
Makanannya not bad.. hehehe.. kenyang sampai ke malam walaupun portionnya kecik jer..

Selain dari kedai kasut, kedai makan, ada kedai eksesori...
Kedai baju, kedai gadjet.. kedai makanan ringan..
Fast food dan yang best ada ice skate..
xcuba pun.. takut tergolek..
Dalam tu juga ada tesco (pergh.. design dia superb..)
Farmasi pun ada.. (Akhirnya jumpa gak produk Cosmoderm)..
Bowling x buka lagi...


Makan : Dol Sot Bibimbap (daging) dan Honey Soy Souce Chicken Wings
Minum : Roasthead Barley Tea and Citron Tea


Gelanggang ice skate..
Weekdays kan.. so x ramai r orang..



Inilah kasut Kickers saya..
Percuma je Uolls...
Sampai 17.02.2015.. dan lagi nie kalo nak gi Usha..
Seriouslly kasut nya sangat selesa dipakai.. berbaloi dengan harga yg uolls bayar..



Wednesday, February 11, 2015

Peristiwa Banjir 2014

Tahun 2014 meninggalkan banyak memori duka kepada rakyat Malaysia..
Antaranya ialah Banjir...
Walaupun tidak seburuk di Kelantan, Perak juga turut menerima tempiasnya..
Dan antara kampung yang terlibat ialah kampung mak mertuaku...
Lama juga baru air bah surut..

Dah lama x melalui banjir sebegitu...
Saya melaluinya masa zaman kanak-kanak...
Tahun 80 - 90an.. di Kg. Berembang, Ampang..
Masa tu bebudak.. jd banjir adalah satu keseronokan untuk bermain air..
Tapi bila dah dewasa nie.. Banjir adalah satu musibah yang diturunkan Allah kepada hambanya...
Alhamdulillah sekarang semuanya dah kembali pulih...
Walaupun tidak seteruk di Kelantan namun turut terasa...
Semoga semua mangsa banjir tabah melalui ujian yang diturunkan Nya...


Bersedia setelah mendengar berita mengenai kenaikan air sungai...




Air dah mula memasuki rumah..



Semakin tinggi..

Masih tinggi tanpa ada penyurutan..

Setelah 2 minggu banjir.. Selepas dibasuh.. masih tertinggal kesan2 air..


Tuesday, February 10, 2015

Taman Botani Shah Alam

Alhamdulillah..
Berjaya melaksanakan Aktiviti bersama pelajar..
Berbasikal di Taman Botani, Shah Alam.. Pada 17.01.2015

Memang menarik dan menyihatkan.. Namun ada beberapa tempat tidak boleh dijelajah..
Tidak pastilah sama ada memang ditutup ataupun dalam proses pembaikan..

Tempat yang sesuai untuk bawak seisi keluarga beriadah...

Belanja gambar sikit...






Tahun 2015

Alhamdulillah dah sebulan lebih berada di Tahun 2015..
Anak-anak pun dah makin membesar..
kita dah makin tua..
hehehe..
Sedar diri...
Semoga Tahun 2015 ini memberi seribu memori untuk disimpan..
Tahun 2014... Mengajar dan meninggalkan berjuta pengalaman serta pengajaran..
Pahit manis, suka duka dan segala memori kekal di ingatan..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com