Sunday, June 14, 2015

Tarikh Lahir Mengikut Kalender Islam

Assalamualaikum...
Meh nak share macam mana nak tengok tarikh lahir kita mengikut kalendar Islam
Klik Link nie http://www.al-islam.com/Loader.aspx?pageid=922
Saya jumpa info ini dekat blog SayidahNapisah.com
Menarik.. Cubalah.. hehehe..

Ini saya punya


Sabtu Ahad Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Ahad yang mendung dan sejuk..
Pagi ini sambung aktiviti mengemas..
Persiapan menyambut Ramadhan..
Nanti xde la penat sangat..
Semalam da settle ruang dapur..
Tinggal nak simpan pinggan mangkuk yang x pakai..
Hari ini sambung mengemas di bilik study lak..
Kemudian gosok baju kerja..nasib baik baju sekolah anak da settle minggu lepas..
Walaupun berkerjaya, kerja rumah still kena bereskan..
Jangan lupa waktu rehat untuk diri sendiri..
Salam ceria buat semua suri rumah sepenuh masa dan ibu2 yang bekerjaya...
Walau siapa pun kita, kita adalah perempuan, ibu, isteri terhebat..
Semoga sentiasa kuat dan sihat..

Gambar tiada kaitan..

Saturday, June 13, 2015

Rempah Ayam Madu BBQ

Sedap tau..
Pedas pedas manis..
Rempah nie walaupun dia tulis kat situ perkataan ayam,
Tapi boleh jer guna kat sotong ke, udang ke..
Ikut suka kitalah..
Saya beli kat member FB Nor Azwa
Kalau nak bolehlah order dekat beliau..
Cara nak guna dia, senang jer..
Basuh ayam, udang or sotong tu..
Lepas tu buh rempah nie.. Agak2 lah ye..
Perap la ikut suka.. saya x perap lama..
Lepas tu bolehlah dipanggang atau di goreng..

Inilah rempahnya

Yang nie perap ngn Sotong

Birth of a Beauty 2014

Korean lagi..
Drama bersiri yang sangat menarik..
Bagaimana seorang perempuan bangkit dari perasaan cinta yang membuta tuli..
Seorang isteri yang berkorban segala-galanya untuk seorang suami namun kemudian ditinggalkan kerana perubahan fizikal..Bukan sahaja ditinggalkan tapi juga dibunuh..
Seorang mertua yang terlalu mementingkan status..
Seorang lelaki yang cuba melupakan kisah silam..

Mengisahkan seorang isteri yang dikahwini atas niat tertentu, kemudian cuba dibunuh namun bangkit untuk berubah.. Dari seorang perempuan yang xbrape cantik bertukar menjadi perempuan yang sangat cantik.. Bagaimana proses memikat semula suami berubah menjadi proses membalas dendam.. Cerita pasal perempuan, isteri dan menantu.. Seronok..

Kekurangan drama ini adalah pembedahan plastik..
Jangan tiru ye..Xsesuai.. Kecuali sebab perubatan..
Tapi di penghujung cerita ada nasihat diberikan...
Kecantikan dalaman itu datangnya dari keyakinan kita...
Serta kasih sayang terhadap diri sendiri...

Sinopsis :- Han Tae Hee is the heir of a large company. He is suffering from a broken heart syndrome due to a psychological shock. To get the woman he loves back, he completely changes an unattractive and overweight Sa Geum Ran to beautiful Sara. In the process, Han Tae Hee falls in love with Sara.



Friday, June 12, 2015

Aduhai Bos Bertuah! oleh Zan Zarida

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk dengan isi cerita x kena..
Cerita okaylah tp x brape suka dgn watak utama iaitu Zamil dan Dian..
Watak Asmidar memang best..
Ada pengajaran diselitkan..
Rahsia hanya mengundang masalah..
Perkara yang kita nampak belum tentu perkara yg sebenar..Novel ini x sesuai untuk di adaptasi menjadi drama..Banyak negetifnya..
Berkisarkan hubungan suami isteri yg berantakan hanya kerana satu peristiwa..
Isteri meninggalkan suami tanpa izin..
Suami yg tidak berusaha memujuk isteri..
Kekasih lama kembali menagih cinta..
Tapi berakhir dengan bahagia..


Sinopsis belakang buku :- Berkahwin dengan bekas tunang? Bukankah seperti sudah ludah jilat balik? Namun, entah kenapa Dian tidak mampu berkata tidak kepada arahan ayah dan ibunya.

Zamil pula mengamuk sampai demam tiga hari gara-gara dipaksa berkahwin. Tetapi, setelah berjumpa dengan Dian, dia pula yang bagai tidak sabar-sabar hendak menuju gerbang perkahwinan! 
Siapa kata kahwin tanpa cinta tak bahagia? Zamil dan Dian menjadi pasangan yang romantik dan serasi bersama. Namun, tatkala bahagia menyulam cinta, tiba-tiba jarum pengaitnya hilang. Zamil jadi sasau apabila isterinya pergi tanpa sepatah kata. 

Cinta tetap cinta… berpisah bukan bermakna kasih telah hilang. Dian tersepit antara cinta Danish yang tidak pernah padam dan kasih Zamil yang tiada berpenghujung. Peluang hanya sekali datang bertamu. Bagaimana dia hendak memilih, andai dia tidak memiliki hatinya sendiri?

Charity - Projek Braille Slate

Assalamualaikum..
Sempena hari Jumaat yg barakah..
Marilah sama-sama kita menderma.
Support Syed Azmi project.
Nak tau lebih lanjut leh klik SINI

Bread Lasagna

Assalamualaikum..
Resepi yg ringkas dan mudah..
Maaflah x brape cantik..
First time buat..

Resepinya:-

Bahan - Bahan :
• 1/2 Bawang Besar Holland (dipotong dadu)
• 1/2 biji Cili Capsicum (dipotong dadu)
• 1/2 Tin Cendawan Shiitake (dipotong dadu)

• 200gm Daging cincang
• 3 sudu Cili Giling
• Sos spaghetti Prego (tin merah - tradisi)
• Hotdog (dipotong dadu)
• Roti (apa2 jenis roti pun boleh)
• Telur 1 butir
• Susu (agak-agak je, untuk rendam roti nanti)
• Mozarella Cheese (Saya pakai cheddar dgn cheese slice)

Cara- Cara Penyediaan :
1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar sampai empuk/masak
2. Masukkan Cili capsicum, 3 sudu cili giling dan hotdog. Masukkan sos spaghetti dan sedikit gula. Masak sampai kering sikit. Kemudian masukkan cendawan. Rasa masin manis inti tu.
3. Siapkan bahan roti. Pukul telur & susu.
4. Celupkan roti dalam telur & susu tadi. Then letak inti yang dah masak then tabur cheese buat 2 layer.
5. Bakar pada suhu 180c sampai garing sikit. Jangan lupa panaskan ketuhar terlebih dahulu.




Tips:- Bahan inti boleh dipelbagaikan mengikut selera kita.. Olah mengikut citarasa masing-masing..

Thursday, June 11, 2015

"First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek"


Assalamualaikum...

Yeah.. Akhirnya yang di tunggu-tunggu dah muncul..
Hadiah menarik.. Syarat senang.. jom lah..

Oven baru

Alhamdulillah..
Akhirnya dpt juga beli Oven..
Kebetulan Tesco ada wat sale, harga asal oven ni RM495, lps sale jd RM299..
Sambar terus la..
Dpt buku masakan percuma..
Banyak nak buat dgn oven baru ini..
Tarikh dimiliki 04.06.2015..



Menu pertama di masak menggunakan oven baru..

KL Zombi by Adib Zaini

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wargh!!!Makan budak.. hehe..
Terkejut x??jangan marah ye..
Novel ini adalah Movie Tie-In, dibuat berdasarkan novel buku FIXI Zombijaya..
Filemnya Sha da tgk, agak lucu dan bolehlah..
Namun perasaan bila membaca buku agak berlainan..
Lebih menyeramkan..rasa kita yg berdepan dgn situasi tersebut..Perasaannya lebih realistik..
Bila baca novel nie anda kena lebih bersedia untuk berada pada emosi kacau bilau, cemas dan semangat keterujaan..hehe..bila baca novel nie, anda harus lupakan Zizan Razak..
Lupakan terus filem yg awak tgk..

Sinopsis belakang buku :-Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?

Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Anabakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri.

Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini.

Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA.


Wednesday, June 10, 2015

Jangan Baca Novel Ini oleh Ismi Fa Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..
Novel lagi...
Jangan jemu ye..
Mana lah tau dengan perkongsian saya ini boleh membantu untuk memupuk minat membaca.. hehehe..

Tajuk jer dah membuatkan jiwa mengebu-gebu nak baca..
Semangat tuh.. Hahaha..
Biasalah kita ni lagi dikata jangan, lagi seronok nak buat..
Menarik cara novel ini dikarang..
Cerita dalam cerita.. Kena baca dengan teliti kalau tak memang tak akan faham..
Ngeri dan juga seram..
Kadang-kadang membuatkan bulu roma meremang..


Sinopsis Belakang Buku : Kalau asyik baca novel cinta saja pun kadang- kadang bosan jugak kan?
Try novel ini.Tapi jangan baca seorang diri. Make sure ada teman. Sebab ada kemungkinan anda akan berasa aneh. Juga berhalusinasi benda yang bukan-bukan. Novel ini bukan untuk mereka yang lemah semnagat. Tapi untuk mereka yang nak menjana minda dan menguatkan jantung, sebab semakin jauh membaca otak ada akan semakin ligat berputar dan jantung anda akan semakin kuat berdebar-debar. Tak percaya? cubalah..

Tuesday, June 9, 2015

Berminat Nak Setup Homestay??

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..
Doa saya buat kawan-kawan serta pembaca blog saya,
semoga berada di dalam keadaan yang sihat gembira dan bahgia..
Sajalah nak share, mungkin boleh membantu..

Kepada yang berminat nak set up homestay bolehlah cuba...
Manalah tau boleh membantu mengisi masa lapang..
Menambah pendapatan..
Membantu membina kerjaya..
Sila klik SINI
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com