Showing posts with label Charity. Show all posts
Showing posts with label Charity. Show all posts

Thursday, November 22, 2018

Crowdfunding Campaign For Sarah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Post ini untuk membantu Blogger Sarah pemilik Blog Lullabyssz untuk meneruskan pengajian beliau.. Sama-samalah kita menghulurkan untuk beliau terus belajar.. Banyak lagi jumlah yang beliau perlukan.. Maklumat lengkap boleh tengok di Blog Sarah atau Klik Sini..

Untuk terus menderma pula, klik link dibawah:-

Friday, November 9, 2018

BGRC dan McDonald's Telah Bersatu Untuk Riangkan Hati Adik-adik KAFA Di Kuantan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pada 07 November 2018 bersamaan dengan hari Rabu telah berlangsung satu aktiviti amal yang telah dianjurkan oleh 2 (dua) buah pihak yang sememangnya telah dikenali di Malaysia. 2 pihak ini tidak lain dan tidak bukan adalah Bukit Gambang Resort City dan juga McDonald's.


Aktiviti amal ini dilangsungkan demi untuk meraikan anak-anak tahfiz seramai 74 orang anak-anak tahfiz termasuk guru dari Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah Perkampungan (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang sebagai tanda sokongan untuk adik-adik ini terus berusaha di dalam pelajaran masing-masing meskipun kebanyakan daripada mereka datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.


Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah Perkampungan (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang 

Keperihatinan pihak Bukit Gambang Resort City ( BGRC ) dan McDonald's yang telah sudi meraikan adik-adik ini pada hari tersebut telah merakamkan sebuah lagi sejarah kerana secara tidak langsung ia adalah merupakan kerjasama rasmi pertama di antara BGRC dan juga McDonald's Jalan Gambang yang selama ini hanyalah terletak lebih kurang setengah jam saja perjalanan di antara keduanya. Ini patut dibanggakan oleh warga Kuantan itu sendiri kerana di tempat mereka masih ada pihak-pihak yang sudi menyumbang semula kepada pihak masyarakat setempat.

Sedikit info ringkas mengenai majlis riadah setengah hari antara Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah , Bukit Gambang Resort City dan McDonald's Malaysia. 

Kehadiran adik-adik comel di BGRC

Kehadiran adik-adik ini di nanti oleh wakil BGRC yang bertugas sejak daripada jam 9pagi lagi dan turut sama ada ketika itu adalah wakil daripada pihak bloggers dari Pantai Timur yang telah siap sedia dari awal pagi lagi untuk meraikan kedatangan adik-adik ini di pintu utama bahagian Waterpark. Setelah tiba, perkara pertama yang diambil kira adalah soal tiket masuk dan syukur alhamdulillah pihak BGRC sudi menaja tiket masuk untuk semua dengan murah hati. Terima kasih banyak pihak BGRC!


Senyuman yang terukir di wajah adik-adik ini sangat-sangat bernilai untuk semua yang terlibat dan makin bermakna apabila pihak BGRC sudi juga membantu adik-adik ini dengan wakil crew mereka di sepanjang aktiviti riadah ini berlangsung dari awal hingga akhir. 


Adik-adik ini bebas bermain di mana-mana bahagian yang mereka inginkan dengan di kawal tahap keselamatan oleh pihak BGRC yang berwajib. Jika anda ke Kuantan, silalah singgah ke BGRC ini kerana di sana ada pelbagai aktiviti bermain air yang sangat best! Ada ombak buatan, ada slide dan bermacam jenis lagi sesuai dengan mengikut usia dari kanak-kanak hingga dewasa.




Apabila di tanya , masing-masing sangat berpuashati dan gembira dengan layanan yang diberikan oleh pihak BGRC ketika berada di sana. Wajah penuh senyuman dengan suara layanan yang ramah daripada pihak BGRC melalui staff staff yang bertugas juga amat terbaik sekali. Tiada apa yang kurang malah terlebih pula rasanya. 

Kedatangan Happy Meal McDonalds Meriahkan Suasana

Ketika pihak Bukit Gambang Resort City (BGRC) sedang bertungkuslumus meraikan adik-adik ini di kawasan waterpark, pihak Mc'Donalds pula dari sedang beruasaha untuk menyiapkan makanan tengahari untuk diedarkan di pintu keluar setelah selesai aktiviti bermain air itu nanti sebagai kejutan istimewa untuk menggembirakan lagi hati adik-adik yang seramai 60 orang ini. 


Penyiapan makanan tengahari dalam bentuk Happy Meal sengaja di pilih sesuai dengan usia adik-adik itu sendiri dan persiapan ini dilakukan secara terus melalui McDonald's cawangan Jalan Gambang dengan di pantau oleh pihak manager yang bertugas sepenuhnya. Meskipun jumlah yang perlu disiapkan agak banyak namun staff yang bertugas tetap tampak relaks, cekap dan tersusun dalam melalukan kerja mereka dari awal hingga akhir.


Semangat berpasukan sebegini sememangnya sudah lama dipraktikan di kalangan semua staff McDonald's kerana sebelum dibenarkan bertugas melayan para pelanggan mereka sebenarnya telahpun di latih dengan asas yang cukup. Walaupun sibuk perlu melayani pelanggan secara terus namun staff yang bertugas tetap terus mempercepatkan tugas mereka menyediakan segalanya sambil sesekali membalas senyuman untuk pelanggan lain yang ada di premis.


Kenangan Terindah Yang Tak Mungkin Akan Dilupakan

Meskipun majlis ini tampak biasa namun sebenarnya ia amat bermakna dan sangat luarbiasa untuk adik-adik ini. Kehadiran maskot daripada Bukit Gambang Resort City telah menambahkan lagi keceriaan di wajah adik-adik ini. Masing-masing terus tersenyum lebar meskipun hakikatnya telah penat bermain dengan sepuas hati tadi.


Setiap pertemuan ada perpisahan dan ketika salaman terakhir di beri, pihak BGRC dan McDonald's tukarkan saat sedih berpisah ini dengan Happy Meal untuk terus mengukir senyuman di wajah mereka sehingga ke akhirnya. Semoga ingatan setengah hari bersama BGRC dan McDonald's ini akan terus tersemat di ingatan dan moga-moga dapatlah hendaknya kembali ke sini lagi di lain kali bersama keluarga masing-masing. 


Senyuman manis di wajah semua adik-adik comel ini teramat mahal untuk dinilaikan dengan wang ringgit.



Wakil Blogger Turut Hadir Dengan Di Layan Bagaikan Keluarga

Menyentuh isu tentang blogger, suka untuk diceritakan serba ringkas mengenai blogger ini kerana hakikatnya masih ramai lagi yang belum mengenali apakah tugas blogger itu sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, blogger ini ada komunitinya yang tersendiri dan tidak semua blogger itu hanya tahu untuk menulis berita panas , viral dan hot tanpa tahu asal usul demi untuk meraih perhatian pembaca. Bak kata pepatah, janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


Hakikat sebenarnya, di kalangan blogger ( penulis blog ) ini masih ramai yang aktif membuat amal dengan berada bersama masyarakat untuk memberi bakti sedaya yang termampu dalam bentuk penulisan bagi merapatkan ukhwah antara mana-mana syarikat dengan masyarakat dalam bentuk menjayakan aktiviti amal, menghebohkan berita-berita baik yang patut diketahui umum dan sebagainya.


Kerana itu tidak mustahillah mengapa pihak BGRC dan McDonald's sendiri dengan penuh rasa gembira, sangat suka untuk menerima kehadiran para penulis blog ini untuk pelbagai acara dari dulu hingga kini demi untuk memberikan lebih banyak info yang sepatutnya kepada masyarakat di seluruh Malaysia. Bagi pihak blogger pula, kesudian pihak-pihak ini menerima kewujudan kami sejak dulu hingga kini dengan ikatan bagaikan sebuah keluarga amatlah dihargai dengan penuh rasa terima kasih dari hati.

Keprihatian BGRC dan McDonald's Memang Patut Dipuji
Harapan di masa akan datang semoga akan ada lebih banyak pihak yang akan mengikut jejak langkah BGRC dan McDonald's ini. Siapa sangka meskipun ke dua-duanya ada nama yang agak besar di Malaysia namun masih sudi untuk terlibat dengan projek amal sebegini. Bagi yang masih tercari-cari destinasi untuk bercuti, singgahlah ke Bukit Gambang Resort City kerana segala-galanya ada di sana dan pada yang sedang tercari-cari menu yang sedap untuk dinikmati, jejakkan kaki ke McDonald's di mana-mana cawangan yang berhampiran dengan anda. Sambil itu jangan lupa juga untuk menderma melalui tabung yang disediakan supaya dapat turut sama berbakti untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald di HUSM yang sedang berlangsung sekarang ini.


Terima Kasih BGRC, Terima Kasih McDonald's Malaysia!! 

Bukit Gambang Resort City

McDonald's Malaysia

Wednesday, October 10, 2018

Membeli dan Menyumbang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom membeli dan menyumbang.. 
Beli novel penulis Imaen 10 buah dengan harga RM195 (free postage).. Boleh klik gambar atau WhatsApp no ini 0192624380.. Dana yang diperlukan masih tidak mencukupi.. Jom sama-sama membantu..

https://www.facebook.com/noorsuraya.adnansallehudin

https://www.facebook.com/noorsuraya.adnansallehudin

Sunday, June 3, 2018

The Wakaf Buku oleh Roman Buku

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Sha kongsikan projek dari page Facebook Buku Roman buat semua.. Manalah tahu, anda bermurah hati nak menderma.. Projek ini mereka buat sepanjang Ramadhan.. Link asal boleh klik SINI..

Agak menyedihkan bila mendapati kebanyakan perpustakaan di sekolah di seluruh Malaysia adalah memiliki bahan bacaan tak yang best dan ketinggalan. Jadi bila aku fikir-fikirkan balik, siapa nak kita salahkan bila budak tak minat membaca?
Lagi satu segera aku terfikir, kenapa korupsi bermaharajalela di Malaysia? Inilah puncanya juga. Sebab tak membaca. Masyarakat yang tak membaca adalah masyarakat yang senang ditindas. Jadi selagi mana masyarakat kita BUKAN MASYARAKAT MEMBACA, selagi itulah negara kita macam ini. Jangan mimpi la berubah konon.

Aku menyokong projek The Wakaf Buku untuk menyalurkan buku-buku baru yang sesuai ke sekolah di seluruh negara. Targetnya adalah 1000 buah sekolah. Namun untuk fasa 1 ni kita jalan 100 sekolah dulu. Dan tak sangka sekolah aku sendiri tersenarai di kedudukan ke-3 dari 100 sekolah itu.

Dalam projek ni Roman bertindak sebagai pemegang amanah ini kerana terbukti kami adalah sangat beramanah dan kami memiliki pengurusan akaun yang cekap. Jadi aku menyeru kepada semua untuk membuat sumbangan bagi projek ini. Anda boleh menderma RM 50 atau RM 100 bergantung kepada kemampuan.

Sesiapa yang berhajat nak menderma boleh ikuti arahan mudah di poster-poster ini. Ada pelbagai cara. Paling mudah bank in dan whatsapp. Jangan tak whatsapp. Supaya urusan menjadi mudah dan kita tahu nilai derma tu.

Jadi kepada semua. Jemput menderma dan share projek ini supaya lebih ramai yang tahu.


Sasaran Bulan Ramadhan.. 

Senarai buku.. 

Derma melalui WhatsApp - Taip BUS dan hantarkan ke +60126642858

Boleh derma terus ke akaun Roman Buku Sdn Bhd - 512754533254 (Maybank) 

Boleh juga derma di DuBook Store di Bandar Baru Bangi.. 

Ini adalah pakej buku yang akan didermakan.. 

Saturday, October 28, 2017

Projek Beg Sekolah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perkongsian buat semua..
Sama-samalh kita membantu..
 
PROJEK BEG SEKOLAH BUAT ANAK-ANAK YATIM PIATU,  ASNAF, LUAR BANDAR DAN DIJAGA OLEH IBU/BAPA TUNGGAL DI SARAWAK.
ADAKAH ANDA #PEDULI KEADAAN MEREKA YG DAIF? 
JIKA YA, #VIRALKAN POSTER INI.
MASIH JAUH LAGI UNTUK KITA MENAJA 1000 ANAK-ANAK KURANG BERKEMAMPUAN UNTUK KE SEKOLAH..

Setakat ini hanya 204 beg sahaja yang dapat dikumpul setakat ini sedangkan WLC kesuntukkan masa untuk mengumpul baki beg sekolah.
JIka tidak sampai pada target 1000 beg, WLC hanya menghantar berapa sahaja beg yang dapat dikumpul dan besar kemungkinan tidak ramai pelajar yang akan mendapat bantuan beg sekolah ini...
Anda yang membaca jom bantu WLC untuk jadikan ini adalah satu CABARAN MENAJA 1000 ANAK-ANAK SARAWAK YANG KURANG BERKEMAMPUAN...

DANA YANG DIPERLUKAN:
1000 BEG X RM30.00 =RM 30,000.00
DANA TERKUMPUL SETAKAT INI : 204 BEG X RM30.00 = RM 6120.00
BEG YANG MASIH LAGI BELUM DI TAJA SEBANYAK 796 BEG
PELUANG UNTUK MENAJA BEG SEKOLAH BERAKHIR PADA 15 NOV 2017 TETAPI AKAN DILANJUTKAN SEGINGGA 30 NOV 2017.

Anda hanya perlu viral atau menaja seorang atau lebih utk WLC bawa segala amanah anda semua ke Sarawak pada awal bulan Disember ini.
Jangan berlengah lagi kerana tajaan anda adalah bekalan dihari akhirat nanti....
======================================
Jom jadi salah seorang penaja beg sekolah untuk anak-anak yang kurang bernasib baik menggalas ilmu ke sekolah..

BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG
Terdapat 2 cara sama ada menggunakan akaun rasmi WLC

5621 0666 0054
WE LOVE CHARITY CLUB
MAYBANK

ATAU

Klik URL dibawah , sumbangan anda akan ditolak melalui Kad Kredit/kad debit atau menggunakan internet banking

TARIKH TERAKHIR
Projek ini akan ditutup pada 30 NOV 2017

PERLUKAN RESIT RASMI?
Email kepada : admin@welovecharity.org
atau hubungi : En Faizal Pengurus projek WLC Sarawak 016-579 2088
=========================================
Jom sebarkan mesej ini kepada keluarga , kawan-kawan, teman ofis mahupun di media sosial seperti whatsapp atau wall FB anda agar kita semua dapat melihat 1000 senyuman anak-anak ini menerima sumbangan dari anda semua.
“Bagi mereka yang suka bersedekah, dia sangat dirindukan oleh Allah SWT, para rasul, syurga dan seluruh makhluk. Malah seluruh alam akan mendoakan buatnya termasuk burung-burung, semut, ikan serta pohon-pohon bumi yang dipijak senang dengan dirinya yang bersifat dermawan,”

TAJA 1 BEG SEKOLAH UNTUK 1 PELAJAR..
KERANA ANDA SEDANG MENGUBAH NASIB HIDUP MEREKA SERTA AKHIRAT ANDA..

#spreadthelove
#welovecharity
#bagtoschool
#sarawak

Saturday, September 16, 2017

Charity : Hands Project

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perkongsian bersama dari page Kaizan Nazlan.. Post asal di SINI.

Sebuah Rumah Anak Yatim Perlukan Bantuan.

Bismillah. Bulan hadapan Hands.Project akan mengadakan program motivasi kebajikan bersama anak-anak yatim di Rumah Amal Raudhatul Jannah (RARJ).

RARJ merupakan rumah perlindungan untuk asnaf (anak-anak yatim, mualaf, fakir dan miskin) Yang menampung seramai 31 orang penghuni daripada 7 tahun ke 18 tahun.

Kepada mereka yang berminat untuk menyumbang dana kewangan bagi menampung kos pendidikan dan kebajikan anak-anak ini boleh pm saya.

Saya akan berikan kertas kerja untuk maklumat lebih detail.

Moga ada Keberkhatan dariNya..

Thursday, June 15, 2017

Rezeki Ramadhan #2

Assalamualaikum..
hye semua..

Ada sekali Sha pergi Pasar Ramadhan..
Dapat bubur lambuk..
Sambil-sambil dia bagi Bubur lambuk tu..
Ada dia bagi risalah..
Kalau korang nak menderma bolehlah tengok info dibawah..

 
Bubur lambuk dia sedap..

Tuesday, June 13, 2017

Belajar Bahasa Inggeris Percuma

Assalamualaikum..
Hye semua..

Info diperolehi dari post Syed Azmi's di Facebook:
Untuk mereka yang mahu belajar Bahasa Inggeris percuma dalam tempoh 6 bulan ini. Sila contact kami.
Tau tak kebanyakan Cikgu-cikgu semua yang retired? Hebat kan sebab kita bagi mereka peluang.

Ni team saya. Ada ramai lagi.

Kelas terbuka untuk remaja, dewasa, surirumah dan banyak lagi module. Kalau student yang nak free Cambridge exam dan sijil pun ada dan Free.
Kalau cikgu, ada tambahan Google Training siap dengan sijil lagi. Biasanya yang ni beratus-ratus ringgit orang charge but it's free!

Kalau berminat nak belajar Bahasa Inggeris, sila layari website di bawah, print borang, isi dan photocopy IC dan bawa ke kelas untuk mendaftar.
http://www.bi1m.my/join-us-students/

Call dulu sebelum datang pun ok. Ada kelas pendek dan kelas panjang.

Atau kalau ada sebarang pertanyaan, sila hubungi melalui call atau whatsapp untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kelas.

Kolej Komuniti Selayang, Selangor.
Syed (0162184769)

Perpustakaan Pantai Dalam, KL
Amiza (0176775021)

UTC Kuching, Sarawak
Syed (0162184769)

UTC Tawau, Sabah
Syed (0162184769)

Bagi area berikut boleh menghubungi
Farouk (011-3757 0783) 
1. UTC Johor
2. Kolej Komuniti DarulAman
3. RTC Gopeng
4. UTC Kedah

Hamdan (+60 19-332 4731)
1. UTC Melaka
2. UTC Pahang
3. UTC Kelantan
4. UTC Terengganu

And one more in UTC Sentul. 

Kalau masih berminat menjadi guru bahasa Inggeris atau post lain di lokasi diatas, submit cv!
Click here
http://www.bi1m.my/work-with-us/

Tuesday, June 6, 2017

Program Semarak Kasih Ramadhan

Assalamualaikum..
Hye semua..
Jom menderma..

Program Semarak Kasih Ramadhan
Misi mencari 2000 penyumbang untuk RM5 setiap orang.
Anjuran Team Celiq Dakwah dan rakan-rakan pertubuhan lain.


Monday, March 27, 2017

Book Donation for Nilam Programme

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa pasal ini dekat blog Ana Fatihah..
Disebabkan buku-buku Sha semua bacaan dewasa..
Maka Sha share dekat blog tanda sokongan buat Syifa..
Pada rakan-rakan yang ada buku-buku yang Syifa nak nie..
Bolehlah contact beliau ye..

http://mylittlepad-syifa.blogspot.com/2017/03/book-donation-for-nilam-programme.html

Mesej dari Syifa.
Assalamualaikum w.b.t
Salam Mesra, Salam Sayang.
How are u today?Hopefully we're all fine and happy with family.

Actually , I ada sedikit permintaan. Kepada Para Blogger yang Baik Hati, I nak minta pertolongan untuk war2 kan dan hebahkan mengenai Program Book Donation I ni.

Book Donation ni dianjurkan bersempena memenuhi keperluan anak2 remaja lingkungan umur 13- 17 tahun (menengah rendah dan atas) untuk Program Nilam, iaitu Galakan Budaya Membaca.

Jadi, kepada rakan2 Blogger sekalian, I dengan rendah hati ingin memohon pertolongan untuk menghebahkan program Book Donation ini kepada sahabat handai rakan taulan adik beradik tuan puan sekalian yang mempunyai buku2 terpakai yang sudah tidak mahu disimpan lagi untuk didermakan kepada anak2 ini.

Antara Kategori Bahan Bacaan Yang Boleh didermakan Termasuklah:


  1. Majalah Berkonsepkan Pendidikan (Asuh, Fikrah, IQ, IT dlln)
  2. Novel Genre Remaja (Yang Positif dan memberi Tauladan)
  3. Buku Cerita (Bersesuaian dengan umur remaja)
  4. Buku Rujukan PT3 dan Latih tubi (Tingkatan 1-3 PT3)
Kalau tak pasti sila tanya/ hubungi I di blog atau email.

Kawan2 Blogger boleh copy post I ni dan Banner di bawah, sharekan di wall masing2. Marilah sama2 beramal dan tambahkan saham akhirat. Mudah-mudahan budak2 ni nanti dapat memanfaatkan buku2 yang disumbangkan dan menambah ilmu pengetahuan.

Macam mana nak derma? Boleh hantar by post atau pun kalau sekitar Lembah Kelang boleh PM alamat mungkin kita boleh arrangekan perjumpaan untuk kutip buku tu. TQ All.

Thursday, November 24, 2016

Aman Palestin - Jualan Kembali ke Sekolah & Kanak-kanak

Jualan Kembali ke Sekolah & Kanak-kanak

Sempena musim cuti persekolahan, Aman Palestin dengan kerjasama Kompleks PKNS Bangi akan mengadakan jualan kembali ke sekolah & kanak-kanak bermula 17 November 2016 sehingga 4 Disember 2016. Pelbagai aktiviti menarik bakal menanti anda, dan kami bawakan bersama Busking "CHAR-COUSTICA Aid For Freedom" bersama kumpulan Aurora Busker pada 19 November 2016 (Sabtu) pukul 12 tenghari hingga 2 petang. Jom, sertai kami !

Tempat : Kompleks PKNS Bangi
Masa : 10 pagi - 10 malam

Save the date!!

#beatsforhumanity
#SavePalestin
#SaveSyria
#Aidforsyria
#AmanPalestin



Sunday, March 13, 2016

GOLD: Kindness Cookies

Assalamualaikum..
Isnin (07.03.2016), Sha pergi Kompleks Pembangunan Masyarakat (3C)
untuk mengambil sumbangan buku dan membuat lawatan..

Semasa dekat sini, kami dibawa melawat ke kelas kanak-kanak istimewa..
Memang mereka sangat istimewa..
Masa kami datang tu, mereka tengah buat cookies..
Pergh!!! Dia punya bau....
Memang harum semerbak..

Disebabkan x mampu nak melawan bau biskut yang ohsem nie,
maka Sha telah membeli dua bekas..
Satu Red Pearl Cookies dan satu lagi Chocolate Chip Cookies..
Sebekas RM10.00 sahaja..

Mereka juga ada menyediakan Cookies in jar dengan harga RM100/1 jar..
Besar owh jar dia.. memang best r kalau letak kat rumah..
 
 
 
 
 
 Hasil kraf mereka.. Book Tag, Velvet Book Charm
(Ish.. tangan gegar lak)
Selain dari ini, cawan or mug pun ada juga.. Klik Sini kalau nak tengok gambar yang lebih jelas.

Kalau berminat, sini Sha sertakan maklumat mereka..

Alamat
Level G, Kompleks 3C MPSJ
Jalan PJS 11/2, Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya, Selangor Darul EhsanMALAYSIA

Email : goldstrmy@gmail.com

Tel : 03 56124001

Blog
Association of Learning Disabilities [GOLD] District of Petaling, Selangor
(tapi blog nie last update tahun 2015)


Facebook
GOLD - Generating Opportunities for Learning Disables

Wednesday, February 17, 2016

Lawatan Sempena CSR di Teluk Intan

Assalamualaikum..
Hye kengkawan..
Buat apa??

Sha nie walaupun pembantu Perpustakaan tapi multitasking...
Hehehe... Hari ini (11.02.2016) gi buat lawatan kat Teluk Intan..
Kami kena buat CSR dekat Rumah Anak-anak yatim..

Kami kena buatkan Perpustakaan Mini..
Tapi bila dah sampai dan tengok tempat rasanya cam lebih dari Mini kot..
Mungkin boleh dibuatkan ruangan santai..
memang ohsem lah..

Sebab kawasan yang nak dijadikan Perpustakaan tu sebenarnya luas..
Sebuah rumah yang ada ruangan lapang..
Mereka memang dah ada Perpustakaan Mini..
Sumbangan dari

Jadi kami mungkin akan melaksanakan program CSR nie secara berterusan..
Yallah bukan setakat menjadikan rumah tu Perpustakaan..
Kami akan memberi tunjuk ajar bagaimana keluar masuk buku..
Buat iventori dan sebagainya yang berkaitan dengan Perpustakaan..

So CSR ini akan berterusanlah..
Semoga semuanya berjalan lancar..

 Ruangan yang nak diubahsuai menjadi Mini Perpustakaan..

 Ruangan Perpustakaan sedia ada sumbangan orang besar...
Dalam bilik kecil je.. So agak crowded la..

Wednesday, November 25, 2015

Mohon Bantuan Buat Adik Qiss Yang Comel Ini... JazakAllah!

Assalamualaikum..
Buat semua rakan-rakan yang ingin menyumbang...
Kepada yang ingin mengikuti perkembangan adik Qiss, bolehlah follow FB : Nabilaa Razuan
Kredit untuk Kedahnews.com

Secomel namanya, Dhiya Nur Qistina Kaisyah Akmal dahulunya sangat periang dan cerdik. Keletahnya anak kecil berusia hampir 2 tahun itu amat menambat hati bagi mereka yang mengenalinya.
Tapi itu dulu...
Kini, anak comel itu terlantar di katil hospital, menderita sejak lebih sebulan akibat sejenis penyakit kronik "hydrocephalus" yang menyebabkan kepalanya ditebuk di merata bahagian.
"Kepala Qiss dah ditebuk merata-rata", kata ibunya, Siti Nabilah Md Razuan, yang dipetik dari laman sosial Facebooknya.
Difahamkan bahawa Dhiya Nir Qistina atau nama mesranya, Qiss, mulanya menghidap demam selama hampir sebulan dan sejak itulah anak kecil itu tidak terdaya lagi untuk berjalan atau berlari riang sebagaimana dulu.
Susulan dari keadaan itu, keadaan Qiss bertambah buruk apabila dia mula muntah-muntah sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk tujuan pemeriksaan lanjut.
Setelah diperiksa, doktor yang merawat Qiss mendapati bahawa anak kecil itu mengalami ketumbuhan yang berbentuk cecair yang terkumpul di dalam kepalanya, namun tidak terlalu serius.
Sehingga kini, Qiss masih lagi terlantar di katil wad Hospital Sultanah Bahiyah ditemani ibunya yang tidak putus-putus mendoakan agar anaknya dikembalikan kesihatan seperti sedia kala.
Namun hati ibu mana yang mampu melihat anaknya terlantar derita tanpa sebarang perkembangan positif yang menunjukkan penyakit anaknya itu akan sembuh serta sihat seperti sedia kala.
Perkembangan terkini, ibu Qiss memaklumkan kepada Kedahnews.com bahawa adik comel kita ini akan menjalani satu lagi operasi pembedahan bagi tujuan membuang cecair yang yang terkumpul di bahagian kepala anaknya.
Pun begitu, Nabilah turut meluahkan rasa bimbangnya terhadap kos operasi pembedahan tersebut yang mungkin tidak mampu dibiayai.
Kerinduan pada tawa riang dan melihat anaknya kembali normal seperti anak-anak lain menyebabkan Nabilah nekad merayu dari rakan taulan dan pihak-pihak yang bersimpati pada derita adik Qiss untuk menghulurkan bantuan sewajarnya.
"Kat sini, Eyla dengan rendah diri mintak tolong kawan-kawan dalam ni. Walau seringgit dah bermakna buat Qiss," rayu Nabilah yang merupakan suri rumah sepenuh masa itu.
Justeru itu, kami menyeru kepada seluruh warganegara Malaysia, khususnya anak Kedah yang prihatin dan bersimpati dengan Dhiya Nur Qistina Kaisyah agar beramai-ramai menghulurkan bantuan seikhlas mungkin buatnya.
Selain doa yang tulus mendoakan kesihatan Qiss kembali pulih, orang ramai boleh menghulurkan sumbangan masing-masin ke akaun peribadi ibunya, 1521 7021 6864 - Maybank, di atas nama Siti Nabilah Md Razuan.
Semoga adik Qistina segera sembuh dan dipermudahkan menjalani rawatan pembedahan nanti. Segala sumbangan dari orang ramai amat dihargai dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. -Kedahnews.com

Thursday, August 6, 2015

Khidmat masyarakat : Rumah Jagaan Orang Tua al-Ikhlas Puchong

Assalamualaikum wbt. 
Sekadar tolong forwardkan rayuan dari Pengurus Rumah Jagaan Orang Tua al-Ikhlas Puchong.
Maklumat lanjut mengenai Rumah Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas Puchong ini boleh klik SINI.
Keratan Akhbar mengenai Rumah Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas ini boleh baca di SINI.

Bantuan yang diperlukan:
Bantal
Tuala
Cadar / Tilam
Selimut
Pampers Dewasa (Pakai Buang)
Ubat-ubatan
Mesin Dialysis / Kereta Sorong
Beras / Telur / Biskut / Nestum / Susu / Cornflakes dan lain-lain makanan kering.
Sejadah / Telekung / Al-Quran

Rayuan ini dibuat kerana semakin ramai orang tua yang menghuni rumah ini:
1. Tiada waris yang mengambil mereka dari Hospital Serdang yang terpaksa menerima pesakit baru yang kian meningkat. Kebanyakan kes adalah menunggu masa untuk kematian.
2. Dihantar oleh waris tanpa sebarang sebab, malahan ada yang ditinggalkan terbaring di tepi pagar pada malam hari dan hanya dijumpai keesokan harinya dalam keadaan kesejukan dan ketakutan.
3. Menampung kos yang semakin meningkat. Kos bagi pengkebumian sahaja RM1,120. Kadar kematian di sini ialah 3-4 org sebulan.

Jika kita ingin melihat kematian sebahagian daripada bakal ahli syurga di sinilah tempat yang paling sesuai. InsyaAllah.
Semoga bantuan kita dapat meringankan beban mereka dan menjadi saham akhirat. Insya Allah!

SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA RUMAH JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS

Lokasi:
Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong

Alamat Penuh:
Lot 3530, Jln Bt 18, Kg Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor

No. Handphone : 016-6786364
Diuruskan oleh:
Muji binti Hj Sulaiman (Jururawat)
Jumlah Pekerja : 5 Org
Status Rumah : Masjid Lama (Diwakafkan)
Jumlah Orang Tua : 30 orang
Nama Bank : Al Rajhi
Nama Akaun Bank :
RUMAH JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS
No. Akaun Bank:
1270 0106 1101 131

Sebarkan jika anda peduli. Semoga usaha kecil kita ini dihisab diakhirat nanti.

Saturday, July 11, 2015

Jom KLIK DAN KUMPUL Bersama TM

Assalamualaikum...
Jom kita bantu mereka..
Bukan susah pun KLIK DAN KUMPUL..
Semoga dengan usaha kita yang x seberapa ini dapat menggembirakan mereka..
Usaha TM dalam melaksanakan kempen KLIK DAN KUMPUL ini sangat bagus..
Saya dapat tahu mengenai Kempen KLIK DAN KUMPUL ini dari Blog Yan Ty
Marilah kita sebarkan kebaikan ini bersama..

Kena klik laju-laju tau.. baru boleh kumpul banyak syiling..
Satu klik mewakili RM0.01

Jom klik sini https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/

Sedikit mengenai kempen TM KLIK DAN KUMPUL..

Cerita penuh mengenai Pakcik Misteri boleh klik SINI




Friday, June 12, 2015

Charity - Projek Braille Slate

Assalamualaikum..
Sempena hari Jumaat yg barakah..
Marilah sama-sama kita menderma.
Support Syed Azmi project.
Nak tau lebih lanjut leh klik SINI

Wednesday, August 29, 2012

Memerlukan Buku-buku Terpakai untuk Disumbangkan Kepada Rumah Anak-anak Yatim, Teluk Intan

Assalamualaikum... Selamat pagi semua..

Lama dah x update blog... Kali nie nak minta pertolongan kawan-kawan blog untuk menyumbangkan buku-buku terpakai, tidak kira novel, majalah ilmiah, majalah ringan, kamus, buku-buku rujukan sekolah rendah & menengah atau apa-apa sahaja bahan bacaan. Buku-buku ini akan diberikan ke rumah Anak-anak Yatim & Miskin Al-Barakah, Teluk Intan Perak.

Sekiranya ada yang ingin menyumbang bolehlah tinggalkan komen kat bawah ini ataupun email saya kat coklat.funky@gmail.com

Semoga pertolongan dan pemberian kawan-kawan akan memberi sinar baru kepada anak-anak ini.

TANGAN YANG MEMEBERI ITU LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG MENERIMA.

Wednesday, January 18, 2012

Pray for Ahmad Raif Nufail

Assalamualaikum...

Cite nie aku jumpa maser aku tgh jalan2 n tgk2 tweet owg... gambar nie dari Blog Nisa Kay : Saya Suka Menaip ( http://nisamenaip.blogspot.com/2012/01/pray-for-ahmad-raif-nufail.html ) sangat comel adik nie... lebih kurang baya anakku Nur Amani.. 

"Ya Allah sekiranya sudah sampai masa adik Ahmad Raif Nufail nie bertemu Mu Ya Allah kau permudahkanlah segalanya, jangan lah kau berikan kesakitan padanya. Amin."

Sama-samalah kita berdoa semoga Allah mempermudah kan segalanya buat adik Raif..

raif1
Ahmad raif Nufail

Berita lanjut pula aku baca di twitter nie, kalo x silap aku die nie sepupu adik Raif nie.. Amy Lazaroo @AmyLazFTW

Kalau nak baca lebih lanjut try surf Internet ngn nama adik nie...

kat sini pun ade gak cite pasal adik nie.. http://www.twitwheel.com/s?query=%23PrayforRaif


raif2

credit to Blog Nisa Kay : Aku Suka Menaip.

Update terbaru : 
Ahmad Raif Nufail yang telah meninggal pada pukul 5.40 18.1.2012 Hari Rabu. He went away peacefully..
Arwah's funeral will be at tanah perkuburan USJ 23 arnd 9.30am 19th Jan . Let us all be there together & sedekah some prayers
Al-Fatihah kepada Arwah adik Ahmad Raif Nufail.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com