Thursday, July 16, 2015

Juadah Hari Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum..
Hari ini, 16.07.2015 (Khamis) da last kita puasa..
Sayu je perasaan.. x sangka panjang umur kita semua dapat melalui 29 hari puasa..
Kepada yg x penuh, jgn lupa ganti..
Kepada yg penuh, nanti bolehlah buat puasa enam..

Hari terakhir berbuka, rezeki dtg tanpa diduga..
Xyah g Bazaar Ramadhan pun, makanan yg diterima dari jiran berjaya memeriahkan suasana berbuka..
Semoga murah rezeki beliau sekeluarga..Aminn..

Hadiah Drypers Baby Club

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..Terima hadiah dari Drypers Baby Club pada 13.07.2015..
Excited giler bila dapat beg LadyBird yang comel nie..
Beg nie hadiah sebab kita sign up dengan Drypers Baby Club..

Comelkan Bebg nie..

Kalau daftar sekarang dapat Hand Towel nie..

#Cabaran20Hari : Pengalaman Main Mercun Masa Raya

#Cabaran20Hari
Hari Keduapuluh..
Last entry untuk #Cabaran20Hari

Assalamualaikum dan selamat pagi...
Yeah!! hari ini last entry untuk #Cabaran20Hari... Berjaya juga menghabiskan cabaran #Cabaran20Hari..
Untuk entry last nie adalah Pengalaman Main Mercun Masa Raya..
Pengalaman saya kalau bab2 mercun nie memang xde.. hehehe.. yang ada main bunga api jer.. Nak wat cam maner, x brape nak berani.. hehehe..
Tapi saya nak citer perbezaan bebudak sekarang dengan bebudak seusia saya..
Bebudak zaman sekarang lebih asyik dengan gadget2 canggih mereka berbanding dengan bebudak zaman dulu..
Bebudak zaman dulu memang havoc.. Kalau balik kampung boleh dengar dentuman2 mercun..
Berlawan-lawan.. Setakat bunga api tuh untuk kekanak jer..
Lepas jer solat terawikh mesti akan dengar dentuman mercun..
kebanyakkannya mercun buatan sendiri.. hehehe.. 
Bebudak zaman sekarang mungkin kenal bunga api dan mercun sedia ada sahaja..
Yallah kalau balik kampung kat tangan mesti ada gadget.. x seronok..

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Semoga kegembiraan 1 syawal disambut bersama yang tersayang.. Jangan main mercun ya.. Bahaya.. hehehe

Tamat sudah cabaran #Cabaran20Hari...
Terima kasih pada yang membuat #Cabaran20Hari ini...blog ARZMOHA

Wednesday, July 15, 2015

Bazaar Ramadhan Kg. Gajah

Assalamualaikum..
Hari ini da hari ke 28 kita puasa..
Baru hari ini sempat nyinggah Bazaar Ramadhan Kg. Gajah.. Disebabkan hari ini da second last, maka banyaklah kedai yang tidak beroperasi..
Harga kuih lebih kurang je dengan tempat2 lain..
5 ketol RM2..
Yang best dekat Bazaar Ramadhan Kg. Gajah ini, air soya panas dia memang mengancam..
Ada soya dan soya cincau..kalau soya je RM2 untuk yg besar manakala soya cincau RM3..dapatlah 1 jag..

Wordless Wednesday #10

#Cabaran20Hari : Senarai Kuih Raya Pilihan Hati

#Cabaran20Hari
Hari Kesembilan belas..

Assalamualaikum...
Dah nak habis dah #Cabaran20Hari.. Pejam celik pejam celik dah nak penghujung #Cabaran20Hari..
Entry kali ini nak bercerita mengenai kuih raya / biskut raya pilihan hati selain batang buruk dan biskut makmur ye.....
Banyak sangat yang jadi pujaan hati.. Antaranya :-

Semperit
Almond Landon
Dulu terror owh buat almond landon nie.. Siap buatkan untuk mak sedara.. Tapi sekarang skill dah lari.. hehehe.. Lama dah tinggalkan..
Biskut Mazola
Biskut Kacang Hijau
Biskut Nestum
Biskut Arab
Putu Kacang
Biskut Suji

Banyakkan.. hehehe..
Tapi dah lama x membuat.. Asyiklah membeli.. Xtaulah bila nak membuat pula..
Oven dah ada.. Masa jer x jumpa lagi.. hehehe..

Tuesday, July 14, 2015

Projek Limau Nipis

Assalamualaikum...
Hari ini nak share sikit macam mana nak tambah duit poket..ini pada yang minat menanam..
Kalau yang ada laman luas dan tanah extra lagi bagus..kalau xde, dalam pasu pun boleh..
Apa kata kita tanam pokok yang boleh mengeluarkan hasil..yang boleh digunakan dalam masakan harian..
Banyak jenis pokok yang mengeluarkan hasil untuk kegunaan harian..

Macam saya dan suami, kami memilih untuk meneruskan Projek Limau Nipis yang telah diusahakan oleh ayah mertua saya sebelum ini..
Disebabkan En. Suami yang rajin mengemas kebun tersebut maka kami pun merancang meneruskan usaha ayah..
Untuk permulaan ini kami mengutip limau nipis dari pokok yang sedia ada dan menghantar ke pasar..
Alhamdulillah.. Sekilo dapatlah RM2.50..
Ada juga pasar yg ambil RM3 sekilo..
Depends pada pembeli..hehehe..
Selalunya dapat dalam 5 kilo ke atas..
En. Suami bercadang untuk menambah lagi pokok limau nipis..Penambahan ini untuk memastikan bekalan Limau Nipis kami sentiasa ada..

Saya cadangkan supaya limau itu kami pelbagaikan..
Bukan sekadar Limau Nipis, tapi turut menanam Limau Kasturi dan Limau Purut..
Jadi survey harga anak pokok pun dilakukan..
Bagi pokok-pokok yang baru ditanam penjagaan perlulah dilakukan secara berterusan..
Seronok sebenarnya bila berbudi pada tanah..
Hasil yang diperolehi lebih memberi nikmat..
Bawah nie saya kongsikan gambar pokok limau kami..


Limau yang berjaya dikutip

Cuba teka apakah itu??
Ini antara masalah biasa yang akan dihadapi oleh petani..
Masalah serangga perosak..

InsyaAllah nanti saya kongsikan entry bagaimana saya mengatasi masalah diatas..

Hijab Style Raya 2015

Raya 2015 bakal menyerlahkan lagi kepelbagaian Hijab Style yang semakin menjadi trend masa kini. Hijab Style bukan sekadar bawal ataupun shawl biasa. Sebaliknya tudung-tudung instant mula mendapat tempat dihati hijabista. Jika sebelum ini, hijab style yang menjadi kegemaran ramai wanita adalah seperti satin shawl, halfmoon shawl, tudung bawal dan glitter shawl.
Namun, untuk tahun 2015 ini, rata-rata berpendapat bahawa Raya Hijab Style yang paling praktikal dan paling trending dipakai ketika raya adalah seperti berikut;

 Trend hijab no 1 yang paling digemari di Malaysia buat masa ini adalah instant shawl ala Neelofa. Paling sesuai dipakai untuk mereka yang mempunyai bentuk muka yang bulat.

 Untuk mereka yang tidak mempunyai bentuk muka yang bulat pula, boleh cuba untuk bergaya dengan rekaan tudung yang kedua iaitu instant shawl dengan inner dimana bahagian shawl tersebut dicantumkan sekali dengan inner. Jenis instant shawl ini memberikan pemakaian yang lebih kemas dan menarik.

 Hijab style yang ketiga pula adalah dengan pemakaian basic shawl seperti berikut. Tutorial pemakaian shawl yang kreatif ini boleh di tonton di youtube.

Jenis hijab style yang terakhir menjadi pilihan ramai hijabista adalah pemakaian tudung hood seperti berikut. Tidak dinafikan, pemakaian tudung hood adalah amat mudah dan memberikan keselesaan yang ideal kepada si pemakai dan juga mampu menyerlahkan personaliti pemakai.

#Cabaran20Hari : Nostalgia Kad Raya

#Cabaran20Hari
Hari ke lapan belas..

Assalamualaikum semua...
Selamat pagi... Lagi berape hari je kita dah nak raya kan..
Banyak dapat kad raya?? Sha, x de pun..
Kad Raya... Dulu 5 keping RM1.00 jer..
Ada kad raya yang bermuzik..
Ada kad raya yang gambar kartun.. Ada kad raya mahal.. Ada yang murah..

Zaman sekolah dan zaman belajar di kolej memang rajin hantar kad raya..
Berkeping-keping.. Seronok hantar dan menunggu balasan kengkawan..
Setem pun baru 30 sen jer untuk sekeping kad raya..
Paling suka kad raya yang ada gambar kartun..
Kemudian pantun wajib "Pecah kaca pecah gelas, Sudah baca harap balas"
Lepas tu gantung kat ruang tamu..
Hiasan di Aidilfitri...

Seiring waktu berlalu, kad raya pun mula dilupakan..
Tinggalah sms, whatsapp, weechat.. mail elektronik dan bermacam-macam lagi yang kini hanya dihujung jari.. Tanpa perlu beratur untuk membeli setem...
Zaman teknologilah katanya...

Kredit Gambar : En. Google

Monday, July 13, 2015

Dia Yang Kucari by Cempaka Qistina

Assalamualaikum..

Novel yang okay2 sahaja..
Remaja perempuan yang terlalu bebas pergaulannya..
Terabai akibat kesibukan ibu bapa berkerja mencari duit
Terlanjur hingga mengandung kemudian menggugurkan anak yang dikandung..
Membawa diri jauh dan mula berubah menjadi lebih baik..
Seorang lagi hidup dalam penyesalan tapi tidak berubah menjadi lebih baik..Kemudian berjumpa kembali, yang lelaki meluahkan rasa penyesalan dan ingin bertanggungjawab..
Maka bermulalah pancaroba hidup berumahtangga..
Kepercayaan adalah kunci yang paling penting..Tanpa kepercayaan pasti rapuh hubungan suami isteri..


Sinopsis Belakang Buku:- Pertemuan Dania dan Haiqal bermula di sebuah kelab malam yang terkenal di ibu kota. Dania seorang gadis lincah sering menghabiskan masanya di kelab malam. Manakala bagi Haiqal pula kelab malam ini adalah tempat untuknya berhibur. Sikap Dania yang tidak mengendahkan Haiqal benar-benar membuatkan Haiqal tercabar. Dalam diam dan tanpa sedar Haiqal sudah jatuh hati kepada Dania. Haiqal bertekad untuk menundukkan Dania.



Dania yang merupakan anak tunggal kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga. Menghabiskan masa di kelab malam merupakan cara untuk membuang rasa bosan apabila dirinya sering ditinggalkan oleh papa dan mamanya yang sentiasa sibuk bekerja. Pertemuan kedua Dania dengan Haiqal terus disambar oleh Haiqal apabila dia mendapat tahu hubungan Zack dan Dania bermasalah hingga masing-masing terlanjur. Dania sekeluarga kemudiannya berpindah ke London tanpa pengetahuan sesiapa pun. Haiqal yang menyesali tindakannya, cuba mencari Dania tetapi gagal.



Lima tahu berlalu. Atas urusan kerja Haiqal berkenalan dengan Maisara, seorang gadis yang sopan bertudung. Maisara berbeza dengan gadis-gadis yang pernah dikenalinya sebelum ini. Sedikit sebanyak kehadiran Maisara telah menarik perhatian Haiqal. Dalam masa yang sama Haiqal sering berpelesiran dengan Linda. Bagi Haiqal hubungannya dengan Linda sekadar suka-suka, tetapi tidak pula bagi Linda. Dengan penuh harapan Linda benar-benar mengharapkan yang Haiqal akan menyukai dirinya.

Akhirnya, Haiqal mengetahui Maisara adalah Dania yang dikenalinya lima tahun lalu. Pada hari pertunangan Emir iaitu rakan baik Haiqal, Haiqal dikejutkan dengan berita Maisara adalah tunang rakan baiknya itu. Maisara adalah sepupu kepada Emir. Emir memang mencintai Maisara sejak kecil dan ikhlas menerima Maisara seadanya. Maisara tidak menyangka yang Emir berkawan rapat dengan Haiqal, lelaki yang punya kisah silam bersama dirinya suatu ketika dahulu. Tidak sanggup mahu mengkhianati rakannya sendiri, Haiqal mengkhabarkan rasa hatinya kepada Maisara, tetapi sayang Maisara tidak mempunyai rasa yang serupa.

Akhirnya terbuka juga pintu hati Haiqal untuk berubah. Sebelum ini Emir banyak menasihati Haiqal tetapi Haiqal beralasan yang dirinya masih belum bersedia. Haiqal perlahan-lahan berubah dan menjadi lelaki yang lebih baik.

Suratan menentukan Haiqal kemalangan lalu koma. Maisara yang datang bersendirian ketika melawat Haiqal di hospital mengalirkan air mata apabila melihat keadaan Haiqal. Emir yang kebetulan datang ke hospital untuk melawat Haiqal hairan melihat Maisara datang bersendirian dan tidak pula mengkhabarkan kepadanya. Maisara akhirnya memberitahu Emir siapa Haiqal dalam kehidupan silamnya.

Demi kebahagiaan Haiqal dan Maisara, Emir mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Maisara.

Setelah Maisara sah menjadi isteri Haiqal dugaan datang menimpa. Maisara keguguran. Linda menabur fitnah hingga mengundang kesengsaraan Maisara.

Setelah sedar akan kesilapannya, Haiqal segera meminta kemaafan daripada Maisara. Puas Haiqal cuba meyakinkan Maisara yang dirinya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Namun, Maisara enggan menerima kemaafan suaminya.

“Kucari dia yang jauh di mata.... rupa-rupanya dia dekat di hati....”

GST: Surat Terbuka Pelajar Sekolah Untuk PM


Sedihnya.. Bukan luahan adik nie jer tapi semua rakyat rasa terbeban dengan GST..
Harga barang mencanak-canak naik...
Macam mana lagi nak berjimat.. Belum apa-apa, harga Minyak pula naik...
Baca lebih lanjut di SINI dan SINI

#Cabaran20Hari : Menu Wajib Pagi Raya

#Cabaran20Hari
Hari ketujuhbelas

Assalamualaikum...
Lagi berape hari sahaja #Cabaran20Hari akan berakhir.. Alhamdulillah momentum masih lagi kekal..
Untuk entry kali ini Sha nak citer pasal Menu Wajib Pagi Raya...

Zaman sebelum Kahwin..
Rumah mak sha kalau pagi raya mesti ada nasi berlauk..
Wajib ada.. sebab semua saudara mara akan berkumpul di pagi raya..
Memang sudah ditetapkan rumah kami kena ada nasi berlauk..
Tradisi turun temurun.. Cuma semenjak Ibu sha sakit kami share dengan Mak Lang (umah sebelah jer) masak ala kadar.. Bukan apa, bila Ibu dah sakit dan pak lang pun x sehat sambutan raya lebih pada menziarahi lah.. Kalau sha raya first umah ibu sha masaklah juga..

Zaman Lepas Kahwin
Rumah MIL mesti ada lemang dan rendang kerang..
Malam raya husband akan bakar lemang dengan FIL dan adik2 dia..
Biasanya masak banyak sebab nak bagi jiran, saudara mara dan anta umah mak sha..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com