Shoplinks.Asia

Tuesday, July 14, 2015

Projek Limau Nipis

Assalamualaikum...
Hari ini nak share sikit macam mana nak tambah duit poket..ini pada yang minat menanam..
Kalau yang ada laman luas dan tanah extra lagi bagus..kalau xde, dalam pasu pun boleh..
Apa kata kita tanam pokok yang boleh mengeluarkan hasil..yang boleh digunakan dalam masakan harian..
Banyak jenis pokok yang mengeluarkan hasil untuk kegunaan harian..

Macam saya dan suami, kami memilih untuk meneruskan Projek Limau Nipis yang telah diusahakan oleh ayah mertua saya sebelum ini..
Disebabkan En. Suami yang rajin mengemas kebun tersebut maka kami pun merancang meneruskan usaha ayah..
Untuk permulaan ini kami mengutip limau nipis dari pokok yang sedia ada dan menghantar ke pasar..
Alhamdulillah.. Sekilo dapatlah RM2.50..
Ada juga pasar yg ambil RM3 sekilo..
Depends pada pembeli..hehehe..
Selalunya dapat dalam 5 kilo ke atas..
En. Suami bercadang untuk menambah lagi pokok limau nipis..Penambahan ini untuk memastikan bekalan Limau Nipis kami sentiasa ada..

Saya cadangkan supaya limau itu kami pelbagaikan..
Bukan sekadar Limau Nipis, tapi turut menanam Limau Kasturi dan Limau Purut..
Jadi survey harga anak pokok pun dilakukan..
Bagi pokok-pokok yang baru ditanam penjagaan perlulah dilakukan secara berterusan..
Seronok sebenarnya bila berbudi pada tanah..
Hasil yang diperolehi lebih memberi nikmat..
Bawah nie saya kongsikan gambar pokok limau kami..


Limau yang berjaya dikutip

Cuba teka apakah itu??
Ini antara masalah biasa yang akan dihadapi oleh petani..
Masalah serangga perosak..

InsyaAllah nanti saya kongsikan entry bagaimana saya mengatasi masalah diatas..

10 comments:

  1. sihat-sihat limau dia hehe. Mak Anim pun ada tanam limau nipis dan limau purut di kampung Limai purut laku sekarang ni, sebiji boleh dapat lima posen ke tujuh posen.

    ReplyDelete
  2. Oh macam ni rupanya serangga perosak....
    1st time ASSAM tengok...geli geleman dibuatnya...

    ReplyDelete
  3. Kecur air liur tgok limau2 ni. hahaha

    ReplyDelete
  4. Kecur air liur tgok limau2 ni. hahaha

    ReplyDelete
  5. apa name serangga perosak tu
    tak pernah tgk pon

    ReplyDelete
  6. Bestmye kalau ada tanah yang luaskan. Berbudi pada tanah banyak hasilnya ^-^

    ReplyDelete
  7. itulah untungnya berbudi pada tanah.. dapat jugak hasilnya.. tu ulat bulu kan?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI