Status Hati : Dia Milikku by Ayumi Syafiqah - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Saturday, July 18, 2015

Status Hati : Dia Milikku by Ayumi Syafiqah

Assalamualaikum...

Novel lagi..
Novel yang menarik.. 
Novel ini menceritakan bagaimana seorang perempuan berusaha membuat tunangnya untuk jatuh cinta kepadanya..Banyak aksi-aksi yang lucu dan juga hati kering.. hehehe.. 

Boleh baca online di Penulisan2u


Sinopsis Belakang Buku:- Illsya Kirana, gadis cantik berkerjaya yang punya ramai peminat. Namun, masih tiada walau seorang lelaki pun yang mampu menawan sekeping hati miliknya. Bagi Kirana, selagi seorang lelaki yang kacak, kaya, berkerjaya, berpelajaran tinggi, romantik dan setia tidak muncul di depan mata, selagi itulah dia tidak akan berkahwin. Sikapnya yang pemilih itu nyata amat merisaukan emaknya, Kamariah.

Bagi Kamariah, usia dua puluh enam tahun telah melayakkan seorang gadis untuk mendirikan rumah tangga. Lantas atas persetujuan Kirana, dia bertindak mencarikan jodoh untuk anak gadisnya itu. Dengan bantuan adik perempuan Kirana, Kamariah menemui rakan lamanya, Dahlia di Facebook. Kebetulan ketika itu, Dahlia juga sedang mencari jodoh untuk anak lelakinya.

Saat bertentang mata dengan Edryzal, Kirana sedar ada satu perasaan halus menyentuh hatinya. Tetapi sayang, lelaki itu langsung tidak menunjukkan minat untuk menjalinkan hubungan dengannya. Sikap dingin lelaki itu seakan-akan melumpuhkan impian perkahwinan indah Kirana.

Kirana terkejut apabila Edryzal setuju untuk menyuntingnya sebagai isteri. Tetapi dia tahu, lelaki itu
menerimanya atas dasar permintaan orang tua mereka. Puas berbolak-balik dengan hati sendiri, Kirana akhirnya menerima tetapi dengan syarat, pertunangan mereka haruslah diikat untuk tempoh setahun. Dia tidak mahu lelaki itu menikahinya tanpa rasa cinta dan semata-mata kerana orang tua mereka.

Berjayakah Kirana menjadikan impiannya satu realiti? Mampukah dia membuat lelaki itu jatuh cinta padanya sebelum tarikh pernikahan mereka tiba? Dan, bisakah dia menerima seandainya dia tahu ada nama gadis lain yang sudah terukir indah di hati Edryzal?

“Mungkin dia dingin, mungkin dia kaku, mungkin juga dia kayu... tetapi apabila status hati hanya tertulis namanya, maka hanya dia milikku dan hanya aku yang berhak atas cintanya.”
 

4 comments:

  1. sinopsis dia mcm best , tadi ada jugak usya2 novel dkt popular. hehe . macm nak beli tapi taktaw novel apa. hehe tq sis

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..