Shoplinks.Asia

Tuesday, July 7, 2015

October - Dia... Aku Punya by Izma Qahiera

Assalamualaikum..
Marilah mari...Kita membaca...
Hehehe..Jangah marah ye.. Kita nak citer pasal Novel lagi..Novel yang menarik dibaca..
Kisah budak montel yang comel, cantik dan baik hati..
Bagaimana dia dihina tapi masih lagi berjaya menjadi manusia yang berpendidikan dan berkerjaya..
Mempunyai lelaki yang menyukainya kerana hati bukan fizikalnya..
Pada saya Novel ini bagus dibaca untuk motivasi diri..
Kita adalah apa yang kita nak jadi bukan apa yang orang lain mahu kita jadi..Fizikal yang besar bukanlah penghalang untuk kita berjaya dan bahagia..
Novel yang bermula dan tamat dengan baik..

Ingin Mengenali Penulis novel ini boleh ke Blog Beliau Hasil Tenyehan Izma Qahiera

Sinopsis belakang buku:- “Jadi kaulah Fakhri? Satu-satunya lelaki yang sanggup membeli perempuan paling comel dalam kampung ni? Hmmm...boleh tahan! Pandai kau pilih Gee! Dia berwang. Dan kau pula beruang! Hahaha!!!”

Aku tak pernah berangan untuk dipuji cantik. Apatah lagi datang jejaka mengatakan dia jatuh cinta pandang pertama dengan aku. Tak pernah dan takkan terjadi. Sebab aku sedar diri aku, hanya seorang gadis yang biasa-biasa saja dan mungkin…. luar daripada kebiasaan? Aku bahagia dengan kehidupan aku, tapi kenapa ada saja yang mengganggu emosi aku?
Dan… cinta. Aku bukan tak percaya kepada cinta. Aku juga ingin dicintai seikhlas dan sepenuh hati. Tapi untuk mencuba sekali lagi, aku tak berani. Cukuplah sebelum ini aku dikecewakan oleh cinta seorang lelaki.
Tapi… tanpa aku sangka, perkara yang aku tak pernah angankan selama ini, akhirnya muncul. Ya, rasa itu memang ada dan dia juga memang benar-benar wujud! Dia muncul saat aku sudah serik untuk percaya kepada janji-janji lelaki. Bagi aku, dia sama seperti mereka, hanya ingin menduga aku.
Setelah aku cuba melepaskan rasa ini terhadapnya, setelah berbagai-bagai fitnah dan cemuhan yang hadir antara aku dan dia, adakah masih ada peluang untuk aku mendapatkan cinta itu? Adakah lelaki itu yang sememangnya aku nantikan untuk menjadi yang pertama dan terakhir dalam hayatku ini?
“Sayang I kepada you, sama macam I sayang kepada nyawa I sendiri. Cinta I kepada you tak pernah mengharapkan lebih daripada apa yang I dapat sekarang. Kalau you cuba mengubahnya, itu bukan cinta namanya. Itu kompromi. Dan dalam percintaan tidak wujud sifat kompromi. Yang wujud hanya rasa ingin saling melengkapi. Kita menerima antara satu sama lain seadanya.”

4 comments:

  1. novel library ek?

    dl ms dok building lama rjin gak p library pnjam novel.time lunch x turun mkn boleh baca.skrg dh pndah building baru...jauh nau nk p pnjam buku...

    ReplyDelete
  2. Zai, kita pinjam dekat Shahida je..

    ReplyDelete
  3. novel library,...hihi....sebab ada lekat spine label

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI