Friday, January 22, 2016

Goosebumps

Assalamualaikum..
Sha baru je menonton Filem Goosebumps ini.. Memang ohsem.. 
Seriously, kita nie lagi orang kata jangan lagi syok kita nak buatkan..
Memang best bila menonton filem ini..
Sha peminat setia karya-karya R.L. Stine ini masa zaman sekolah..
Minat Bahasa Inggeris kerana novel-novel beliau nie..

Bila dapat menonton filem Goosebumps ini memang rasa ohsem sangat..
Pada sha cerita ini memang best..
Aksinya.. ketakutannya...
Hubungan sesama kawan dan keluarga..
Usaha untuk menangkap semula makhluk-makhluk fantasi..
Memang bestlah.. Trylah tengok..

Macam tengok citer kartun dan cite real dalam masa yang sama..


Sila Berhati-hati Semasa Menginap di Hotel/Homestay

Assalamualaikum...
Hye semua.. Sha nak sharing pasal isu ini..
Walaupun mungkin ramai yang dah sharing tapi sekadar mengingati sesame kita..
Kalau apa yang sha sharing nie salah, boleh maklumkan sha...

Hati-hati dengan hotel-hotel sekarang ni...

Kamera pun dah canggih...

Jenis kamera muncung jarum adalah kamera yg digunakan oleh sindiket yg suka ambik keuntungan dari orang yang sengaja dizalimi terhadap penghormatan mangsa.

Pesan pada sahabat yang nak berhoneymoon, ataupun bercuti bersama keluarga.

Bagaimana nak pastikan tiada kamera tersembunyi dalam bilik hotel/homestay?

Semasa menginap di hotel/homestay, mcm mana kita nak tau xde lubang kecil untuk kamera tersembunyi?

Semasa bercuti atau urusan kerja, pernah terpikir tak semasa menginap di hotel/homestay gerak geri kita diperhatikan dan dirakam?

PERINGATAN UNTUK SEMUA!!!

Semasa menginap di hotel/homestay, anda boleh gunakan kaedah-kaedah ini untuk memastikan tiada kamera tersembunyi dalam bilik anda:
1- Setelah memasuki bilik, padam semua lampu,tutup tingkap dan langsir.
2- Pastikan bilik dlm keadaan segelap yg boleh.
3- ON kan camera phone anda tetapi jgn ON flash camera.
4- Pusing sekitar bilik anda dgn phone ditangan.

Sekiranya anda menjumpai DOT/TITIK MERAH kelihatan dlm skrin kamera anda,

ITU BERMAKNA ADA KAMERA TERSEMBUNYI DIPASANG DLM BILIK TERSEBUT

Pastikan ianya betul-betul kamera dan buat laporan polis.
Sekiranya tiada dot/titik merah itu bermakna bilik anda selamat.
Hantar dan kongsilah peringatan ini kpd sesiapa shj yg akan/selalu melancong/urusan kerja.

Boleh baca artikel ini juga :-
Info Berguna : Berhati-Hati Ketika Menginap Di Hotel
Tip Melancong: Berhati-hati pilih hotelTip
Tip Melancong: Berhati-hati pilih hotel
Tip Melancong: Berhati-hati pilih hotel

Thursday, January 21, 2016

Chicken Kuk-Doo-Koo – Bajrangi Bhaijaan

Assalamualaikum...

Baru-baru ini sha ada terjumpa pasal Filem Bajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan dan Karisma Kapoor Kareena Kapoor ini.. Apa yang menarik adalah mengenai cerita yang dipaparkan..
Bagaimana seorang lelaki India membantu kanak-kanak Pakistan yang memakai nama Shahida dalam filem ini untuk pulang semula ke Pakistan.. Nama budak tu sama ngn nama kita.. (Sila jangan muntah ye... wakakaka) Umum sedia maklumkan Pakistan dan India pernah berperang...
So banyaklah dugaan yang terpaksa mereka lalui sebelum budak Shahida ini berjaya balik ke Pakistan semula..Tapi Sha belum berjaya tengok lagi filem ini ye.. Masih mencari..

Lagu yang ada dalam filem ini pun not bad lah..
Yang paling best adalah lagu dibawah ini...
Cam unik lak bila buat lagu pasal ayam..


Chicken Kuk-Doo-Koo – Bajrangi Bhaijaan
(Bhook lagi, bhook lagi
Zoron ki bhook lagi
Murge ki baang humein
Koyal ki kukk lagi)
Chowk chandani
Chaudhary dhaba
Raat din yahaan shor sharaba..(2x)
Aadha hai nonveg
Aur veg hai aadha
Spasht kijiye kya hai iraada
Chahiye naan ya roti
Chahiye raan ya boti
Mangalo ram kasam kasht ho jaaye
Thodi biryani bukhari
Thodi phir nalli nihari
Le aao aaj dharam bhrasht ho jaaye
De kitchen se awaaz chicken kukduku
Teri bhook ka ilaaj chicken kukduku
Yehi kehta hai aaj chicken kukduku
Teri bhook ka ilaaj chicken kukduku..(2x)
Pet mein thesh lagi
Chuhon ki race lagi
Gala sukhe kuve ka pump hua
Bhud bhud ghud ghud bholta har ang hua
Haye re tan mein hai bhukanp huwa
Ho til ka taad huwa
Raai ka pahaad huwa
Udda chehre ka bhi rang huwa
Bhud bhud ghud ghud bholta har ang hua
Haye re tan mein hai bhukanp huwa
Laao kofta laao korma
Laao shorba laao shorma
Saare upvaas bhale nasht ho jaaye
Thodi biryani bukhari
Thodi phir nalli nihari
Le aao aaj dharam bhrasht ho jaaye
De kitchen se awaaz chicken kukduku
Teri bhook ka ilaaj chicken kukduku
Yehi kehta hai aaj chicken kukduku
Teri bhook ka ilaaj chicken kukduku..(2x)
Hai khaao pio mast raho
Raho almast raho
Kal ka sochna yeh ant karo
Karo to karo kuch aaj ka prabandh karo
Nahi to chup raho munh band karo
Chammach thaali baje
Katori khali baje
Kuchh parosna aarambh karo
Karo to karo kuch aaj ka prabandh karo
Nahi to chup raho munh band karo
Zara tangdi zara tikka
Zara meetha zara teekha
Sabhi ek plate mein adjust ho jaaye
Thodi biryani bukhari
Thodi phir nalli nihaari
Le aao aaj dharam bhrasht ho jaaye
De kitchen se awaaz chicken kukduku
Teri bhook ka ilaaj chicken kukduku
Yehi kehta hai aaj chicken kukduku
Teri bhook ka ilaaj chicken kukduku..(2x)

Lyric Ini Ambil dekat sini : Hindi Lyric

Pesanan Untuk Ibu Bapa

Assalamualaikum...
Perkongsian bersama..
Semoga kita sama-sama bertolak ansur dan memahami..

Pesanan untuk ibu bapa (dan diri sendiri)
Pesanan untuk ibu bapa (dan diri sendiri)
Pesanan untuk ibu bapa (dan diri sendiri)

Terima kasih cikgu!!

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.
Kita kat rumah paling banyak anak 6 atau 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu. Tidak ada salahnya meletakkan sedikit keraguan pada anak kita.

4. Anak kita layak dimarah.
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.
Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.
Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru-guru. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam Al Quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan bagi menjalani kehidupan di dunia dan juga diakhirat.

Tepuk dada, tanya hati.

sharing is caring


Pesanan ini Sha perolehi dari Facebook Zuera Burn.

Wednesday, January 20, 2016

Pesanan Khidmat Masyarakat #1

Assalamualaikum...

MOHON SAHABAT TOLONG SHARE JER KAT KAWAN2...
TERIMA KASIH...
JOM BINA SAHAM AKHIRAT.

Alhamdulillah, Dar Al Quran Datuk Keramat KL telah mula beroperasi dengan Kelas Celik Al Quran pada Hari Jumaat 2hb Okt 2015. Sehingga kini, seramai 60 Orang Pelajar dewasa dan 30 Orang Kanak-Kanak telah mendaftar.

Kelas Celik Al Quran ini hanya mengambil SEKALI SAHAJA
- Yuran Pendaftaran Dewasa RM20 dan Kanak-Kanak RM10.
- Manakala, Yuran Bulanan adalah PERCUMA.

Ia adalah bertujuan untuk memberi Khidmat Masyarakat & Komuniti Penduduk supaya Celik Al Quran dan melahirkan semua peringkat umur yang mahir membaca Al Quran mengikut Tajwid.

Justeru, mari sertai kami dalam Melancarkan dan Menjalankan Rumah Dar Al Quran ini.
Boleh bank-in ke Akaun:

Dar Al Quran Datuk Keramat :-
1. CIMB Islamic 8602237985
2. BSN 1410041000244601
3. Affin Bank Islamic 105040029713

Keterangan Lanjut, Boleh Hubungi :-
Ust Khir Firdaus
+60 10-297 8301 atau

Ust Abdul Mutalib
+60 12-223 3596

Maklumat ini Saya share dari Facebook seorang Sahabat..
Klik FB Suhaime Mat Rasul untuk post asal.

Tebus Point WOOP #8

Assalamualaikum...
Tebus point WOOP lagi...
Kali ini rewards yang ditawarkan memang ohsem sangat...
Tunggu apa lagi... Jomlah daftar di WOOP.

Limited Edition Toolkits dari Castrol MAGNATEC...
Toolkit yang sangat comel..

Sha memang camnie.. Ada point jer, mulalah nak tebus rewards..
ini pun sebenarnya berbelah bagi nak tebus yang mana...
ada satu lagi rewards yang ohsem iaitu Horlicks Exclusive Combo (Includes 1 box of Nanoblocks, 1 Horlicks tumbler and 1 Horlicks lunch box.. Points yang diperlukan 1200 jer..

Xpe.. kalau ada rezeki kita tebus yang nie pula.. hehehe..

Tebus pada 16.12.2015

 Rewards sampai pada
Ce tengok gambar dibawah.. memang ohsemkan..

 Dalam kotak..

 Setelah dikeluarkan dari kotak..

 Bahagian dalam.. sesuai untuk kaum hawa letakkan dalam kereta..
Tools serba guna nie..

Wordless Wednesday Special #2

Assalamualaikum...

Burung ini melanggar cermin Perpustakaan..
Kejadian mungkin berlaku di malam hari..
Sebab masa Sha jumpa dah dihurung semut...
Selalu juga dengar dan lihat kawan2nya melanggar cermin Perpustakaan..
ini first time jumpa yang mati...
Sedih... 
Kejadian berlaku pada 13.01.2016

Tuesday, January 19, 2016

Permohonan Rayuan Haji Musim 1437H/2016M

Assalamualaikum..
Perkongsian bersama..
Semoga bermanfaat..

Permohonan Rayuan Haji Musim 1437H/2016M
Untuk makluman, permohonan rayuan haji musim 1437H/2016M telah dibuka pada 18 Disember 2015 dan akan ditutup pada 20 April 2016

Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Isi kandungan surat rayuan:
i. Nama penuh
ii. Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad
iv. Tujuan rayuan
v. Tandatangan

Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut.
Surat rasmi rayuan tersebut boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui:
i. Email : th-info@lth.gov.my,
ii. Faks : 03-77284959, atau
iii. Menghantar surat rayuan haji ke cawangan TH berhampiran.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 – THCC atau Laman Web Tabung Haji : http://www.tabunghaji.gov.my/

* mohon sebarkan

1. Prosedur untuk rayuan ada kat laman web Tabung Haji (boleh masukkan faktor usia dan bank statement TH - utk tunjukkan yang kita fulfill requirements)
2. Lepas buat rayuan, sentiasa update dengan status via phone call.

In The Heart Of The Sea

Assalamualaikum...
Jom nonton wayang...
Baru ini Sha tengok filem In The Heart Of The Sea..

Ohsem sangat sebab filem ini menceritakan kisah pemburuan ikan paus..
Pelakon yang ohsem adalah
  1. Chris Hemsworth sebagai Owen Chase, the First Mate 
  2. Benjamin Walker sebagai Captain George Pollard, Jr.
  3. Cillian Murphy sebagai Matthew Joy, the Second Mate
  4. Tom Holland sebagai Thomas Nickerson (muda), the cabin boy
Walaupun cite ni agak boring pada sesetengah bahagian tapi secara keseluruhan cerita ini memang memberikan kita pengajaran.. Kita boleh tengok macam mana mereka survive selepas diserang Paus Putih (The sperm whale) yang besar. Hanyut ditengah lautan tanpa makanan dan terpaksa makan kawan mereka sendiri.. Pergh!! Memang sangat-sangat ohsem.. Sha suka masa aksi paus putih tu serang kapal mereka.. memang nampak seolah-olah paus putih tu seperti mempunyai fikiran. Paus putih tu berusaha melindungi kawanan paus di kawasan itu...

Kalau tengok badan paus putih tuh memang banyak kesan cedera diserang manusia..
Sedih owh...Kalau tengok kat Poster dia ada tulis filem ini adalah kisah benar yang menyebabkan buku Moby-Dick ditulis..

Part yang nie memang ohsem..
Paus tu serang bot pemburuan diorang sebelum serang kapal diorang..

Pokok Mulberry di Kebun KOPSAS

Assalamualaikum...
Sebelum ini Sha pernah share pasal Pokok Mulberry ini seperti di artikel
1. Mulberry
2. Pokok Mulberry
3. Pokok Mulberry
4. Khasiat Mulberry

Kali ini Sha nak sharekan Pokok mulberry yang ada di kebun KOPSAS.
Sebelum ini buahnya biasa-biasa je.
Kali ini hasil yang dikeluarkan sungguh luar biasa..
Besar-besar buahnya..
Banyak pula tu..
Memang geram menengokkannya...
X caya.. Tengoklah gambar dibawah ini..


 Pokoknya..
Bila kita nak dia berbuah lagi, batang tu kita kena cantas..
Barulah dia merimbum dan mengeluarkan buah lagi..


 Buah Mulberry yang sedang memerah dan masih hijau..

 Berdekatan dengan buah nie ada sarang kerengga...
So tengok jelah..

Hasil yang saya kutip..
Yang ini rasa dia masam manis..
Kalau nak yang manis kena tunggu dia berwarna hitam..
Yang tu memang sedap..

Monday, January 18, 2016

Kalender Latihan Perpustakaan Negara Malaysia 2016

Assalamualaikum..
Perkongsian untuk Pembantu Perpustakaan.
Jom mohon latihan di Perpustakaan Negara Malaysia..
Boleh kita bersua muka..
Kalender ini mula disiarkan pada 13.01.2016
So cepat-cepatlah mohon dan rancang perjalanan anda...

Semoga permohonan kita diluluskan..


Borang Permohonan Latihan Klik SINI ye..

Nawrah Muslimah Salon

Assalamualaikum..
Ahad (10.01.2016) Sha bawa Amani untuk gunting rambut..
seminggu sebelum sekolah buka dia dah minta nak potong rambut..
Kawan ada yang rambut pendek..
So untuk menunaikan janji yang tertunggak, Sha bawa Amani ke Nawrah Muslimah Salon.
Terletak di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Tau pasal Salon nie pun sebab ada member share dekat IG ke FB aritu..
Kebetulan member opis pun ada yang dah pergi..
Yang paling penting Salon nie untuk Muslimah.. 
Tiada lelaki..

Senang sangat nak cari Salon nie sebab ada Signboard dah..

Komen sha mengenai salon nie..
Cantik, kemas dan selesa sangat...
Pekerja pun ramah dan ohsem..
Yang x best sebab pekerja masih baru (Fresh Graduate) so agak lambat sikit dia memotong rambut..
Potongan kemas tapi masih boleh diperbaiki..
Sha suka dia potong rambut anak Sha.. Cantik jer.. 
Apapun semoga ditambah baik...
Sha doakan semoga Nawrah Muslimah Salon ini akan bertambah maju..

 Kaunter pertanyaan dan Bayaran

 Ruangan mencuci rambut..

 Sementara menunggu boleh membaca..




https://www.facebook.com/Nawrah-Muslimah-Salon-907495552673696/?fref=ps_result
Waktu Operasi :
Selasa - Ahad : 10.30pagi - 8.00malam
Isnin - Tutup
Boleh call untuk pertanyaan atau temujanji - 054583091
0193827404 - WhatsApp sahaja

Untuk detail boleh pergi ke:-
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com