Saturday, February 6, 2016

Pesanan Khidmat Masyarakat #8 - Sumbangan Ikhlas

Assalamualaikum..
Jom menyumbang...
Semoga sumbangan kita mampu meringankan mereka..

Friday, February 5, 2016

Filem Melayu | Keranda Tok Wan Terbang (2015)

Assalamualaikum..
Lama sebenarnya x layan filem Melayu..
Kali ini sajalah Sha Cuba tengok filem-filem Melayu..
Kali ini Sha tengok Keranda Tok Wan Terbang..
Menariklah juga sebab berjaya buat Sha bergelak ketawa.. 
Memang boleh release tension..
Semuanya bermula dengan pesanan yang salah disampaikan.. 
Kerana tersilap maklumat, mayat yang sebenar terbiar tidak diuruskan..
Orang yang hidup disangka mati.. 
X pasal-pasal Tok Wan yang pelupa di sangka mayat.. 
Memang lawak.. Menarik dan ohsem..

Walaupun citer dia agak loose.. Tapi oklah..
Masih boleh layan..
Sha pun x expect tinggi..

Watak Tok Wan yang pelupa dan disangka hantu memang best..
Sha suka..

Pesanan Khidmat Masyarakat #7 - Menu Ringkas Semasa Berpantang

Assalamualaikum...
Sekadar berkongsi..
Bolehlah dijadikan panduan pada suami ..
menu yang ringkas dan mudah disediakan..

Isteri yang sedang berpantang akan rasa bahagia kalau suami boleh menjaganya dan lebih seronok boleh juga masakkan makanan berpantang. Terasa diri begitu disayangi apabila dapat dimanjakan oleh suami tersayang. Yang bergelar suami pula jangan pula pening kepala memikirkan macam mana hendak masak. Maklumlah selama ini tak pernah pula pegang sudip dan kuali.

Jangan bimbang walaupun anda tak pernah masuk dapur sejak kecil lagi. Resipi masakan untuk ibu berpantang sangat mudah. Bagi si isteri, apa yang penting perhatian dan kasih sayang si suami yang lebih dihargai. Lagipun masakan ibu berpantang tak perlu banyak rasa yang sedap.

Menu-menu dibawah ini hanyalah cadangan.. Boleh juga google untuk menu-menu yang lain..
Kena rajinlah ye..


Sambal Bilis Kunyit



Bahan-bahannya:

100 gm ikan bilis
3 sm kunyit tua dikisar halus
3 sm lempoyang dikisar halus
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu minyak untuk menumis


Cara menyediakannya:

1. Goreng ikan bilis tanpa minyak.
2. Tumbuk kasar ikan bilis goreng bersama lada hitam.
3. Dengan kuali bersih, tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
4. Masukkan ikan bilis dan lada hitam yang ditumbuk tadi ke dalam kuali dan gaul rata.
5. Sedia dimakan bersama ulam-ulaman dan nasi panas.


Daging Lada Hitam



Bahan-bahannya:

250 gram daging batang pinang dihiris nipis
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu minyak masak
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin


Cara menyediakannya:

1. Rebus daging dengan api sederhana hingga empuk. Toskan tetapi jangan dibuang air rebusan tadi.
2. Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan daging, kicap manis dan kicap masin serta lada hitam. Gaul rata dan biar seketika.
4. Kemudian masukkan sedikit air rebusan dan biarkan sehingga pekat semula agar daging lebih lembut.
5. Taburkan lada hitam dan siap dihidang.


Bawal Kukus Berhalia



Bahan-bahannya:

1 ekor ikan bawal (bersaiz besar)dilumur sedikit garam
150 ml air
2 sudu makan jus limau nipis
3 ulas bawang putih diracik halus
2 sm halia diracik halus
1 biji bawang besar dihiris
1 tangkai daun ketumbar dihiris
10 biji kurma merah
2 sudu makan minyak
2 sudu kecil sos ikan
Garam secukup rasa


Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama halia di dalam kuali.
2. Masukkan air, jus limau, bawang merah, kurma merah dan sos ikan, biarkan mendidih.
3. Masukkan bawal, taburkan sedikit gula dan tutup kuali supaya naik wap. Kecilkan api. Biarkan seketika sehingga bawal masak dan mesra dengan ramuan.
4. Hidang bersama daun salad.


Sawi Putih Tumis Air


Bahan-bahannya:

20 gram ikan bilis
2 sm halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris halus
5 tangkai sawi putih dipotong (boleh juga digantikan dengan Sawi Bunga)
Garam secukup rasa
½ cawan air


Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama halia di dalam kuali.
2. Masukkan air, ikan bilis dan sawi. Biarkan mendidih sebentar.
3. Tambah garam secukup rasa.
4. Siap dihidang.


Menu diperolehi di SINI.

Thursday, February 4, 2016

Pesanan Khidmat Masyarakat #6 - Senarai Semak Semasa Berpantang

Assalamualaikum...
Sekadar perkongsian bersama..
Semoga bermanfaat..

Senarai Semak Ini Mesti Ada Kalau Pilih Berpantang Sendiri

Selepas bersalin, wanita perlu menjalani tempoh berpantang. Berpantang bertujuan untuk memulihkan kembali kesihatan dan tenaga yang hilang semasa proses melahirkan bayi.

Kalau dulu, orang Melayu sahaja yang mengamalkan berpantang selepas bersalin. Tetapi kini, kaum lain turut mengamalkannya kerana kesannya positifnya kepada tubuh badan wanita lepas bersalin.
Biasanya wanita akan memilih untuk balik ke kampung sendiri bagi menjalani tempoh berpantang dan dijaga oleh ibunya. Tetapi kini ramai yang mengambil keputusan untuk berpantang sendiri tanpa bantuan ibu disebabkan faktor kesihatan ibu atau ibu sudah meninggal dunia.

Jika anda memilih untuk berpantang sendiri di rumah, pastikan penglibatan suami dalam memberikan bantuan. Suami perlu menjadi orang kuat yang membantu isteri sepanjang tempoh berpantang.

Pastikan tujuh senarai semak ini memang ada dalam to do list anda.

1. Persiapan makanan
Salah satu faktor penting dalam penjagaan ibu berpantang adalah pemakanan. Ibu lepas bersalin mesti makan makanan yang berkhasiat dan tidak boleh terlepas waktu makan. Tetapi ibu tidak boleh makan sembarangan jenis makanan. Jadi, pastikan beberapa minggu sebelum bersalin, anda sudah buat persiapan menu makanan berpantang dan bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.

Ini bagi memudahkan suami membantu menyediakan masakan tersebut. Maklumlah pada minggu-minggu awal, ibu tidak boleh bergerak banyak. Menu orang berpantang mudah disediakan dan ringkas sahaja. Barang basah yang sudah dibeli, simpan di dalam peti sejuk. Pastikan sudah siap dipotong dan dibersihkan untuk satu kali masak.

Pada minggu pertama, ibu digalakkan makan makanan kering bagi mempercepatkan pengecutan rahim. Pastikan juga waktu makan tepat untuk mengelakkan perut masuk angin. Makan nasi ketika panas dalam kadar sederhana.Tetapi ibu perlu makan dengan kerap apatah lagi sedang menyusukan bayi, maka ibu cepat berasa lapar.

2. Peranan suami
Suami adalah orang yang paling rapat dengan anda. Sokongan dan bantuan suami sangat penting bagi membolehkan ibu menjalani tempoh berpantang dengan sempurna tanpa tekanan. Berbincanglah dan terangkan kepada suami bagaimana dia boleh membantu anda semasa berpantang.

Suami mesti membantu menguruskan kerja-kerja rumah seperti membasuh, menjemur dan melipat pakaian, menjaga anak, memasak makanan berpantang isteri dan menguruskan keperluan isteri berpantang.

Oleh itu sebaiknya, suami mengambil cuti yang panjang lebih kurang seminggu atau dua minggu untuk menguruskan isteri dan anak yang baru lahir. Bantuan amat diperlukan terutama jika ibu bersalin secara pembedahan

3. Sediakan jadual berpantang
Rutin harian semasa berpantang amat penting supaya ibu dapat rehat yang cukup. Sediakan jadual rutin waktu mandi, bertungku, bertangas, berpilis, memakai bengkuk, berurut, mengepam susu (untuk stok jika anda bekerja) dan menguruskan bayi. Dengan adanya jadual, anda akan berdisiplin mengikut rutin berpantang supaya cepat kembali cergas.

4. Hantar anak di taska
Sekiranya anda mempunyai anak, pastikan mereka juga mempunyai jadual aktiviti harian supaya mereka tidak membuat 'perangai' dan boleh mengganggu emosi ibu. Jika mereka memang anda tinggalkan di taska atau pengasuh ketika bekerja, maka sepanjang berpantang anda perlu tetap menghantar mereka.

Ini kerana agak sukar untuk anda menjalani tempoh berpantang sendirian tanpa bantuan orang lain dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak-anak lain terutama jika mereka berusia di bawah enam tahun.

5. Mencari bidan/tukang urut

Keperluan ini sangat penting untuk memastikan rutin berpantang dapat dilaksanakan dengan lancar.Oleh itu pastikan anda sudah membuat tempahan awal bidan atau tukang urut untuk mengurut anda semasa berpantang. Sekarang bukan sahaja ada khidmat tukang urut, kalau ada bajet lebih anda juga boleh mengupah confinement lady yang akan membantu menguruskan penjagaan ibu dalam berpantang.

Menariknya, anda boleh pilih pelbagai pakej yang ditawarkan mengikut bajet anda. Pakej yang ditawarkan termasuk mengurut, memakaian bengkuk, memasak makanan berpantang dan memandikan bayi. Ia lebih mudah dan banyak membantu ibu berpantang.

6. Kelengkapan ibu bersalin dan bayi
Pastikan kesemua kelengkapan untuk anda dan bayi sudah tersedia. Antara kelengkapan ibu yang mesti ada adalah stoking, baju sejuk, kain batik, bengkung, tungku, herba berpantang, pam payu dara, keperluan menyimpan susu ibu perahan, tuala wanita dan coli penyusuan.

Sementara keperluan bayi pula termasuk pakaian, lampin pakai buang, tisu basah, sarung kaki dan tangan, set tilam, minyak telon, bedung dan lain-lain yang penting. Bagaimanapun jika kehabisan stok barangan keperluan tersebut dan tiada sesiap boleh membantu membelikan, anda boleh beli sahaja secar online. Kini ada bermacam kedai barangan ibu dan bayi yang menawarkan khidmat jualan secara online.

7. Persediaan mental, fizikal dan emosi
Anda mungkin fikir anda kuat dan boleh menguruskannya sendirian tetapi selepas melalui tempoh berpantang sendiri, ternyata ia tidak semudah yang disangka. Oleh itu pastikan anda sudah membuat persiapan mental, fizikal dan emosi. Banyakan mencari maklumat dan info daripada pengalaman ibu-ibu lain yang pernah melaluinya.

Berpantang seorang diri memang berisiko. Anda mungkin akan bersedih dan tertekan apabila semuanya perlu dilakukan sendiri kerana biasanya ibu berpantang dilayan seperti 'permaisuri' oleh orang yang menjaganya.

Oleh itu pastikan anda sudah menjangkakan cabaran yang akan dilalui sepanjang tempoh berpantang terutama dalam bab menjaga bayi baru lahir. Elakkan daripada rasa tertekan kerana jika emosi tidak stabil,anda mungkin berasa sedih atau meroyan.

Tetapi kini dengan kecanggihan teknologi internet, anda tak perlu risau kerana boleh sahaja mendapatkan maklumat dan info yang diperlukan dengan sekali klik sahaja di telefon pintar. Yang penting ada khidmat internet!

Info diperolehi di SINI.
boleh baca juga - Bila Isteri Berpantang

Sedapnya Ketupat Pulut & Serunding Bonda

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada sharekan pasal Ketuput Pulut & Serunding Bonda kan..
Boleh KLIK SINI..

Meh sha share cara penyediaan Ketupat Pulut & Serunding Bonda..
Yang ini cara klasik.. Mudah dan ringkas..

 Ini adalah apa yang ada dalam pek Ketupat Pulut & Serunding Bonda
10 peket pulut
Serunding daging
Serbuk Santan
 
 Memula kita rendamkan pulut tadi dalam 700ml air yang dicampurkan serbuk santan dan sedikit garam
Rendam selama 45 minit..
Kemudian bolehlah rebus sehingga air santan tu kering..

Tengok dua beradik nie makan..
Memang sedap.. Bukan kata orang dewasa, kanak-kanak pun suka..
 
 Berminat??? Meh WhatsApp - 0192673703 (Sha)

Wednesday, February 3, 2016

Hindustan - Dhoom 3 (2013)

Assalamualaikum...
Hye semua.. Minat Hindustan??
Kalau minat jom layan Filem Dhoom 3..
Dhoom Machale.. hehehe..

Komen Sha la.. X best.. sebab aksinya nampak sangat x ohsem..
Pelakon semua ok.. Terutama sekali Amir Khan..
Memang ohsem bila Amir bawa dua watak..
Tapi tu lah.. Aura tu xde.. Xde yang boom bila tengok filem Dhoom nie..
Lagu pun besa-besa je..

Part Amir Khan menari tarian Tap tu memang ohsem..
Kemudian masa interview Aliya tu pun best..
Ohsem Aliya tu menari..

Jalan cite biasa je.. Part Si Ali berangan x sudah2 tu pun x syok..
Oklah untuk tengok-tengok..

Ini hanyalah pandangan Sha..
#Jangankecamsaya
#sayaxsuka
#bukankesukaansaya


Wordless Wednesday #36

Assalamualaikum


Jangan berubah.. Tetaplah menjadi diri sendiri..
Biar macam manapun kamu...
Supaya orang lain menerima dirimu seadanya..

Tuesday, February 2, 2016

Kesukaanku

Assalamualaikum..
Jom layan aiskrim..
Ini memang kesukaan Sha..
Dekat dalam peti ais rumah dan juga pejabat mesti ada stock aiskrim..

Melegakan tekak dan menghilangkan stress..

Wall’s Magnum Black Espresso
Rasa kopi yang sangat mewah dan ohsem..
Lepas makan aiskrim nie, kalau dapat tidur memang best..

 Aiskrim Malaysia - Green Tea
Seriously sedap.. Harga pun murah je..
Sebatang 20 sen..
Selalunya yang jadi feveret Sha perisa Milo, Kacang hijau dan juga Asam masin..

 Aiskrim Nestle - Milo
Ohsem dan sedap..
Part yang paling best adalah kepingan coklat yang halus-halus tu..
Bila makan aiskrim nie, rasa macam ko tengah makan milo serbuk tu..

Car Boot Sale Tanjung Malim #1

Assalamualaikum..
Jom shopping..
Macam-macam ada..
Entry ini entry #throwback..
Yang saya share ini adalah first time saya joint Carboot Sale ini..
Tarikh 24.01.2016 (Ahad)
Seawal jam 8.00pg sehingga jam 12.00 tengahari...
Lokasi : Berdekatan Pasaraya HariHari, Tanjung Malim.

Antara barang yang dijual..
Bantal, Frozen food, Mainan, minyak wangi, Susu, Baju-baju dan macam-macam lagi..
Jomlah singgah ke sini..

 Yang nie barang yang yang saya jual..
Baju-baju lama..
Novel dan juga tudung..

Monday, February 1, 2016

Filem Melayu | Ada Apa Dekat Bus Stop (2015)

Assalamualaikum..
Comel giler abam dalam cite nie..

Memang dah lama teruja nak tengok filem nie tapi x berkesempatan..
Bila dah dapat tengok, filem yang ok..
Sha x pandai nak kritik..
Ini hanyalah luahan pendapat peribadi sha..

Filem yang ok-ok sahaja..
Penuh nasihat dan perkara tersirat..
kalau faham, fahamlah..
Walaupun macam citer hantu tapi xde lah seram sangat..
Hantunya pun baik dan berniat baik...

Mujurlah di bahagian akhir diberitahu macam mana senah jadi hantu..
Kalau x, memang geram juga..
Sebab mulanya ingatkan senah kena langgar lori..
Pastu cam Abam yang terlanggar..
Ish confuse teman..

Apapun Sha terhibur menonton filem ini..
Thumbs up untuk abam...

 Poster yang sangat klasik..

Perkhidmatan Review Di Blog Saya (RM50)

Perkhidmatan Review Di Blog Saya (RM50)

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera.

Blog saya menawarkan khidmat untuk review blog/ product/ perniagaan/ service dengan harga yang berpatutan. Anda boleh mendapatkan khidmat untuk review ini bagi meningkatkan jumlah pengunjung di blog anda atau meningkatkan statistik jualan kerana blog juga adalah salah satu platform untuk pengguna menerokai tentang sesuatu produk di pasaran ataupun tempat dan kebanyakannya sebelum membeli sesuatu, mereka lebih gemar untuk merujuk review yang dibuat di blog atau mana-mana website sebagai langkah berjaga-jaga dan juga untuk membandingkan harga. Review juga membantu untuk mempromosikan perniagaan anda dan memperkenalkannya dengan lebih luas.

Saya menawarkan khidmat untuk review barangan/ pakaian/ makanan/ IG shop/ servis anda/ perniagaan/ restoran dan sebagainya. Ini termasuk review barangan yang anda jual di Instagram ataupun Facebook dan juga laman web. Sejurus review itu dipublishkan di dalam blog, saya akan share entry tersebut di laman sosial peribadi saya untuk tujuan promosi. Entry tersebut tidak akan dipadam dan kekal di dalam blog ini kecuali diminta oleh pemilik review tersebut.

Saya tidak akan menerima tawaran untuk review product yang salah di sisi undang-undang/ agama dan juga product yang sudah terang lagi bersuluh mendatangkan keburukan kepada pengguna. Ini termasuk product 18sx.

Bagaimana saya review?

Saya akan membuat entry khas tentang bisnes/product anda untuk memperkenalkan product/ barangan yang saya review tersebut. Untuk menghasilkan review yang menarik, anda disarankan untuk memberikan gambar dan juga testimoni product yang anda jual. Maklumat mengenai perniagaan anda seperti lokasi dan nombor telefon turut akan disertakan di dalam entry tersebut untuk memudahkan pembaca menghubungi anda sekiranya mereka berminat dengan khidmat yang ditawarkan.
 
Anda juga boleh memberikan sampel product/ barangan yang anda ingin saya review untuk menarik minat ramai orang untuk mencubanya. Sekiranya sampel diberikan, sampel tersebut akan diuar-uarkan kepada umum.

Bukan itu sahaja, saya juga akan iklankan product yang anda jual di dalam blog saya selama sebulan. Jadi, semua pembaca blog sy akan melihat iklan tersebut.

Harga yang saya tawarkan amat berpatutan. Harganya adalah RM50. Ini adalah termasuk review di blog yang akan dishare ke wechat, facebook, twitter dan instagram (termasuk mempromosikan barangan tersebut) serta iklan di blog selama sebulan (banner saya buat sendiri / ikut banner anda). Jika sampel diberikan, saya akan buat extra entry dan extra promotion tentang sampel anda.

Semoga entry ini dapat membantu melariskan perniagaan anda dan meningkatkan penjualan anda.
Sekiranya inginkan khidmat review daripada saya, anda boleh contact saya di coklat.funky@gmail.com / shahida_lib@yahoo.com atau 019-2673703 (WhatsApp/Weechat/Massage Sahaja)


Pembayaran adalah dibuat melalui bank-in ke Maybank sahaja. Review akan dibuat setelah bayaran dilaksanakan.

Terima kasih!


Antara Review yang pernah saya buat.

Review - Perasmian MBO Cinema Central Square Sungai Petani, Kedah

Review - Homemade Soap oleh Kathy's Homemade Soap 

Review - Jus Orlin Pemikat Hati Suami

Advertorial - Dzas Soft Ice Cream 

Advertorial - RAHSIA BORONG CHINA

Review - Cool Ghost Museum Penang

Produk Review - DwiDara Collagen Complex

Hijab Style Raya 2015

Jangan Biar Dia Masuk - A. Darwisy

Assalamualaikum..
Membaca lagi...
Baru je abis baca Novel Jangan Biar Dia Masuk karya A. Darwisy..

Pergh!!! Memang ohsem..
Start je baca memang x boleh nak berhenti...
Dalam masa sehari je novel ini habis dibaca..

Pada pandangan Sha, novel ini memang ohsem..
Selalunya penceritaan Orang Minyak ini hanya setakat gitu-gitu je..
Tapi bila baca Novel A. Darwisy nie, Sha dapat rasakan penderitaan yang dialami mangsa..
Penulisan yang begitu teliti.. dari satu perkataan ke satu perkataan..
Yang paling best sehingga ke Penghujung novel Sha gagal meneka siapakah sebenarnya waris tersebut.. pandai betul A. Darwisy menyembunyikan siapa yang jahat dan siapa yang baik..
Memang ohsemlah.. Sha suka karya begini..
Debaran yang diberikan memang real..
Selalunya Sha cepat meneka siapakah yang jahat..
Tapi kali ini memang Sha tewas..
Bukan sahaja tidak dapat meneka siapa pewaris, malah Sha juga betul-betul terasa dengan apa yang diceritakan didalam novel ini..

Dan yang sha x boleh lupa adalah mantera-mantera yang digunakan dalam novel ini..
Meremang bulu roma bila baca.. Wakakaka.. memang mengganggu tido..
Bila dengar bunyi ketukan jer terbayang-bayang..
Detail betul penceritaan yang disampaikan oleh A. Darwisy ini..
Bahasa yang digunakan pun begitu ohsem..

Tabik spring untuk Anuar Darwisy..
Semoga beliau akan terus mengeluarkan karya-karya yang ohsem..
Oh ya, rasanya Novel ini pasti akan ada sambungan..
Sha rasalah.. hehehe..
Support penulis Malaysia.. Eh!! Tetibe lak..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com