Sunday, February 5, 2017

Tutorial Sambal Telur Hancur

Assalammualaikum..
Hye semua..

Jom masak menu simple dan cepat..
Sha masak ini hari kerja..
Cepat mudah dan pantas..
Buat breakfast pagi Ahad pun sedap..
Makan dengan roti.. Bancuh kopi O..
Memang ohsem..

Tutorial Sambal Telur Hancur
Bahan-bahannya
Telur
Kentang sebiji dipotong dadu
Bawang besar dipotong dadu
(Tak ada dalam gambar - cili blend, minyak, garam, gula dan air)

Tutorial Sambal Telur Hancur
Panaskan minyak

Tutorial Sambal Telur Hancur
Goreng kentang

Tutorial Sambal Telur Hancur
Masukkan bawang dan goreng hingga naik bau..

Tutorial Sambal Telur Hancur
Masukkan cili blend dan tumis hingga garing..
Masukkan gula, garam dan sedikit air..

Tutorial Sambal Telur Hancur
Pecahkan telur dan kacau..

Tutorial Sambal Telur Hancur
Dah siap..
Makan ngn roti pun sedap..

Tutorial Sambal Telur Hancur
Sha buat lauk makan malam..

Saturday, February 4, 2017

Fobia Kumpulan Cerpen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Fobia Kumpulan Cerpen
Ditulis oleh Amirul Johari, Norhanisamila, Attoks Dikulgai, Azrin Fauzi, Dayang Noor, Eliyyah, Faizal Sulaiman, Muhammad Fatrim, Maimun Abdullah Hadi, Nensirati Supahan, Fatin Liyana, Nurharyati Ishak, Nurhayyu Fitrah, Orkid, Sharina Elisa, Hidayatus.

Antara tajuk cerpen dalam buku ini:-
Permainan
Patung
Senja Oh Senja
Komplot
Telefon  Berbunyi
Musuh Yang Nyata
Bilik F-0131-4
Aku Bersamamu
Mencari Akhir
Makna Hidup
Nama Aku Nami
Mati
Keras
Takdir
Keris Si Iblis

Buku ini mengisahkan mengenai pelbagai jenis fobia..
Memang ohsemlah kan..
Paling best bila fobia tu berkaitan mati..
Alahai.. Rasa cam nak terkucil membacanya..

Buku ini makan masa juga untuk Sha baca..
Sebab fobia tau bila baca..
Memang ngeri..

 
Start Baca pada : 18.10.2016 (1-75)
Tamat pada : 03.02.2017 (76-282)

Terbitan Roman

Beli Buku Di KarnaDya Publishing

Assalammualaikum..
Hye semua..

Jom shopping buku..
Sha memang suka beli kombo-kombo macam ini..
Pada Sha berbaloi sangat..
Tambah dalam keadaan ekonomi yang gawat ini..

Kali ini Sha beli dengan KarnaDya Publishing..
Kombo Seram macam gambar di bawah..

Kombo Novel Seram Terbaik (KOMBO TAK TIDO MALAM)

1. Ini Buku Seram - RESMANSHAH (Penulis Bestseller)
2. Revenge - MUHAMMAD FATRIM (Penulis Bestseller)
3. Klong Mai - IMAN FADIA (Penulis Bestseller)

3 buku untuk hanya 
RM65 (semenanjung) & RM70 (sabah/Sarawak)

Boleh baca Bab-bab Awal di Wattpad.

Beli Buku Di KarnaDya Publishing
Ada pertandingan review buku tau..
Hadiah pun lumayan..
Tak cuba tak tahu..

Beli Buku Di KarnaDya Publishing
Beli buku pada 01.02.2017
Buku sampai pada 03.02.2017

Lepas balut baru kita baca..
Tak sabar nie.. hehehe..

Bacaan Bulan Januari 2017

Assalammualaikum..
Hye semua..

Ini adalah catatan perjalanan membaca Sha..
Bulan Januari Sha berjaya membaca 14 buah buku..
Jumlah muka surat pula 5978..
Tak banyak..
Kena usaha lagi ini..

Buku-buku yang berjaya Sha baca:-
1. Projek Seram Kem - novel
    Maria Kajiwa, Zaifuzaman Ahmad, Aida Adia
    Buku Prima
    352 muka surat

2. Seram Sebuah Antologi - novel
    Nur Mahani
    SO Publishing
    210 muka surat

3. Keisha Imanina - novel
    Emirlya
    Fantasi Kreatif Enterprise
    701 muka surat

4. Projek Seram Hostel - novel
    Hasrudi Jawawi, Eqbal Mohaydeen,
    Noorfadzillah, Ilya Abdullah
    Buku Prima
    528 muka surat

5. Projek Seram Kerusi - novel
    Fitri Hussin, Ebriza Aminnudin, Resmanshah
    Buku Prima
    416 muka surat

6. Banglo Seksyen 12 - novel
    Hasrudi Jawawi
    Buku Prima
    528 muka surat

7. Travelove - novel
     Idora Darwina
    Tengok Press
    250 muka surat

8. Bunga Terakhir - novel
    Fatrim Syah
    Penerbitan Bes Q
    472 muka surat

9. Sumpah Sundal Sutinah - novel
    Dhieya Adlynna
    Buku Prima
    432 muka surat

10. Suara Tengah Malam - novel
      Maria Kajiwa
      Buku Prima
      528 muka surat

11. Pudina Cinta - novel
      A. Darwisy
      Buku Prima
      539 muka surat

12. I'm Backpacker : Europe - buku travel
      Khairul Abdullah
      Puteh Press
      240 muka surat
13. Kompilasi Travelog : 7 Benua - travelog
      Badrul Hisham
      MyTravelog
      210 muka surat

14. Ceritera Cinta - kompilasi cerpen & mini novel
      Syah Shah
      Diterbitkan oleh penulis Syah Shah
      572 muka surat

Bermula dengan cerita seram dan berakhir dengan cerita cinta..
Bulan Februari sudah bermula..
Kawan-kawan baca buka apa bulan Januari??

Bacaan Bukan Januari 2017

Bacaan Bukan Januari 2017

Friday, February 3, 2017

Ikan Sebelah

Assalammualaikum..
Hye semua..

Pernah makan tak ikan sebelah??
Ke tak pernah tengok?
Sha suka ikan nie..
Buat goreng, pastu makan ngan nasi..
Pergh!! Sedap tau..
Masak lain Sha tak pastilah pula..
Selalu memang buat goreng je..

Ikan sebelah ini membawa bermacam-macam kenangan kepada Sha.. Ini memang lauk Sha zaman kanak-kanak dulu.. Kewangan Abah dan ibu tak seberapa.. So makan memang kena yang berpatutan lah.. Ikan yang memang selalu abah beli ialah ikan sebelah nie sebab harganya murah dan kuantitinya banyak.. Sha adik beradik ramai.. Lagipun ikan nie memang sedap.. Walaupun murah dan tak dipandang orang, tapi bagi Sha ikan nie sedap dan sangat ohsem..

Setiap kita ada kenangan.. Kenangan tulah yang mendewasakan dan mematangkan kita.. Kerana kesusahan kita belajar bersyukur dan bersederhana.. Menghargai apa yang ada dan berterima kasih..




Peraduan Review Novel Bersama Papan Tanda

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sha memang suka menyertai peraduan kalau berkaitan buku..
Tapi bergantung juga pada syarat..
Kalau syaratnya tak susah memang tak pernah terlepas..
Terbaru Peraduan anjuran Novelis Maria Kajiwa..
Memang teruja sangat..

Peraduannya mudah je..
Baca novelet Kisah Latifah dalam Projek Seram Kem..
Kemudian tulis review..
Last sekali amik gambar buku dan tanda jalan..
Mudah je kan..
Yang tak mudah bila nak cari papan tanda yang unik..
Jenuh jugalah Sha bergambar di merata-rata tempat.. hehehe.. Semangat tau..
Sha hantar penyertaan pun last minit..
29 Januari 2017 baru anta penyertaan..

Poster pertandingan..

Penyertaan Sha merupakan penyertaan ke 11

 
Pengumuman pertandingan tamat..
Ada pengumuman yang mengembirakan peserta..
Semoga makin murah rezeki Sis Maria Kajiwa..

Inilah penyertaan Sha..

Ini antara gambar yang Sha amik untuk pertandingan..

Debaran menanti keputusan masih terasa..
Keputusan pemenang akan diumumkan pada 14 Februari 2017..

Thursday, February 2, 2017

Rawatan Ke Tiga Di Batu Gajah

Assalammualaikum..
Hye semua..

Hari ini (Selasa - 31.01.3017) Sha ke Batu Gajah..
Untuk rawatan kali ketiga..
Lepas ini Sha mungkin sambung sesi fisioterapi di Hospital..

Kaki Sha lebam bahagian bawah betis dan tumit..
Tegang je bila banyak berjalan..
Sha betul-betul terduga tahun 2017 ini..
Bila merenung kembali kesakitan ini..
Sha masih bersyukur sebab masih boleh berjalan walaupun terdengkot-dengkot..
Kena banyak usaha dan ikhtiar..
Masa ini baru nampak siapa sahabat..
Siapa yang sayang dan prihatin..
Dugaan datang membawa hikmah..

Orang tetap penuh..
Sha dapat no 73.. Sampai kul 10.30pagi..
Lambat pula rasanya no bergerak.. Hehehe..
Rupanya assistant tak ada..
Patutlah lambat je pergerakan nombor..
Uncle tu je seorang dengan tukang buat ubat..
Dah dekat kul 12 lebih baru assistant yang lelaki tu datang..
Barulah cepat.. Sha selesai rawatan jam 12.35pm..
Rasanya tak yah datang dah..
Sebab dia tak suruh pun.. hehehe..

Kena sambung rawatan moden pulalah lepas ini..
Fisioterapi owh fisioterapi..
Semoga dipermudahkan segalanya..



Delima Merah

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sha balik kampung baru ini.. Abah bagi buah delima.. Kalau tengok kulit dia.. Memang merah.. Isi dia pun sama.. Manis pula tu.. Abah Sha cakap, kalau makan delima ini tak boleh kongsi.. Sebiji tu kita kena makan seorang.. hehehe.. Katanya khasiat buah delima tu tak tau berada di ulas yang mana, sebab tu kena makan sebiji.. Betul ke tak, Sha tak pasti.. Ada yang tau mengenai nie tak??

Kulit yang merah meranum..

Merah betul isi dia..
Selalu macam nie lah.. Sha kopek siap-siap isi dia baru makan depan tv.. hehehe..
Biji dia Sha kunyah je.. korang pula??

Khasiat Buah Delima
Maklumat lain baca kat sini.
https://www.panduansaya.com/kesihatan/kebaikan-khasiat-buah-delima/

Syaakur : Pejuang Dua Dunia (Part 1) oleh Olvidado

Assalamualaikum..
Hye Semua..

Novel ini ada sambungannya..
Masih sabar menunggu..
Cerita untuk Part 1 ini lebih pada pengenalan..
Mengenakan pembaca dengan watak-watak dalam cerita ini..
Mengenalkan pembaca dengan dunia dalam cerita ini..

Menarik sebab fantasi yang ohsem..
Masih mengekalkan cerita dan juga tauladan..
Tak sabar nak tunggu sambungannya..
Perang masih belum bermula..

Baca dan selesai pada 01.02.2017

Wednesday, February 1, 2017

Tutorial Asam Pedas Telur

Assalammualaikum..
Hye semua..

Tutorial kali ini  special sikit..
Sepupu Sha yang masak..
Sha snap gambar je.. hehehe..

Jom layan..
Kalau korang tak makan telur, boleh tukar bubuhlah apa yang korang suka..

Tutorial Asam Pedas Telur

Rebus cili kering kemudian blend..
Ini cili kering sahaja tau..
Tak ada tambah bawang or halia..

Bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam ditumbuk..

Telur direbus dan kopek kulitnya..
Nak pecah macam buat gulai lemak cili padi telur itik pun boleh gak..

Tumis bahan tumbuk dulu hingga naik bau..

Masukkan cili giling..

Tumis hingga pecah minyak..

Air asam jawa..

Masukkan air asam jawa..

Last masukkan telur..Renehkan lebih kurang 5 minit.. Pastu bolehlah hidangkan..

Bahan-bahan ini korang kena pandai agak-agak ye.. Sebab. Tak ada jumlah spesifik.. nak kata sepupu Sha.. Hehehe..
Selamat mencuba.

Yeah!! Dah masak..
Jom makan dengan nasi..

Hasil Laut Jamilah di Lumut, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini bukan review berbayar ye.. Sekadar berkongsi tempat menarik.. Kalau ke Lumut jangan lupa singgah kat sini.. Selalunya nak beli hasil laut, memang akan ke sini.. Harganya berpatutan untuk dibeli..

Ramai orang tau..
Bas pun akan singgah sini..


Ada minuman percuma disediakan untuk pembeli..

Antara yang menjadi tarikan..
Ikan bilis biru..

Feveret Sha.. Sotong kering..

Wordless Wednesday Special #21

Assalammualaikum..
Hye semua..
Jom mewarna bersama Imani..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com