Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

Friday, February 3, 2017

Ikan Sebelah

Assalammualaikum..
Hye semua..

Pernah makan tak ikan sebelah??
Ke tak pernah tengok?
Sha suka ikan nie..
Buat goreng, pastu makan ngan nasi..
Pergh!! Sedap tau..
Masak lain Sha tak pastilah pula..
Selalu memang buat goreng je..

Ikan sebelah ini membawa bermacam-macam kenangan kepada Sha.. Ini memang lauk Sha zaman kanak-kanak dulu.. Kewangan Abah dan ibu tak seberapa.. So makan memang kena yang berpatutan lah.. Ikan yang memang selalu abah beli ialah ikan sebelah nie sebab harganya murah dan kuantitinya banyak.. Sha adik beradik ramai.. Lagipun ikan nie memang sedap.. Walaupun murah dan tak dipandang orang, tapi bagi Sha ikan nie sedap dan sangat ohsem..

Setiap kita ada kenangan.. Kenangan tulah yang mendewasakan dan mematangkan kita.. Kerana kesusahan kita belajar bersyukur dan bersederhana.. Menghargai apa yang ada dan berterima kasih..




8 comments:

  1. sungguh, memang sedap ikan sebelah ni, goreng pun sodap,,.

    ReplyDelete
  2. Nama lain bagi ikan sebelah ni apa ye? Tak pernah jumpa pulak... Saya selalu beli ikan selar kuning yang kecik2 tu wat goreng... ekonomi, sedap... Hehe... Orang sini panggil ikan kucing sebab selalu bagi kat kucing makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pastilah pula nama lain dia.. sebab memang panggil ikan sebelah je.. selar kuning pun sedap.. hehehe..

      Delete
  3. elsa kurang makan ikan kak :'( huhu tapi nampak macam sedap hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan nie sedap goreng Elsa.. kalau terjumpa cubalah..

      Delete
  4. suka juga ikan ni, goreng makan..sedap~ hihi

    ReplyDelete
  5. MV panggil ikan selipar ,...memang sedap

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI