Saturday, November 4, 2017

Under The Black Moonlight

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini ialah Web drama..
Ada 9 episod.. 1 episod hanya 10 ke 13 minit je..
Kalau dekat SBS 2 episod je..

Drama ini kalau tengok memang geram..
Sebab tak sangka penjahatnya siapa..
Lepastu memang ada twistlah dekat penghujung dia..

Kalau tengok dari mula memang bestlah..
Sebab drama ini kalau skip-skip nanti tak tahu siapa penjahatnya..

selamat menonton..


Koleksi Buku Bulan Oktober 2017 #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aysik lalu lalang dekat wall Facebook je..
Jiwa tak kuat..
Terus pesan dekat penulis..
Lagipun dah lama juga teringin nak baca novel ini..
Bila beli dengan Penulis, dapatlah tandatangan penulis..

Sha beli pada Jumaat (27.10.2017)..
Buku sampai pada 30.10.2017..

 
Salju Kyoto oleh Sara Aisha

 
Tandatangan ini yang mahal..

Pesakit 701 oleh Khairul Zaman Khobin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pesakit 701 itu ini cerita dia agak rumit juga..
Mengenai pesakit pusat rawatan mental bernama Aswad..
Punya cita-cita nak bangkitkan semula ayah dia dari kematian..

Cerita yang disampaikan memang berselirat dengan cara yang ohsem..
Mengenai Aswad dan juga Aina..
Apa kaitan mereka berdua dengan cerita dalam Pesakit 701 ini..
Anda sebagai pembaca kena bersabar dan baca dengan teliti..
Sebab dari awal penceritaan sehinggalah dah nak habis baru anda akan jumpa kaitan mereka berdua..
Pembunuhan demi pembunuhan..
Memang sangat mengerikan..
Cara penyampaian yang membuatkan Sha sebagai pembaca tak sabar nak tahu kesudahannya..

Sha baca dan selesai pada 31.10.2017..


Terbitan Dear Novels

Friday, November 3, 2017

Hokkaido Baked Cheese Tart - Matcha Azuki

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Bila ada peluang ke Kuala Lumpur, Sha mesti cari Hokkaido Baked Cheese Tart ini..
Sebelum ini dah rasa yang Original, Durian dan Coklat..
Kali ini nak rasa Matcha Azuki pula..
Sebelum tekak merasa, kenalah jamu mata dulu..
Warna hijau yang mengancam..
Dengan tompok hitam di tengah, memang ohsem.. 

Macha Azuki ini dibuat daripada green tea dan yang ditengah-tengah tu kacang merah..
Pada Sha okay dan sedap tapi bukan kesukaan Sha..
Sha lebih suka original dan Durian..
Memang the best yang dua ini..

 

Bacaan Bulan Oktober 2017

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, bulan Oktober menjelma sudah..
Sekejap je kita dah ada di Bulan Oktober..
Sha mulakan bulan Oktober dengan novel thriller/seram yang ohsem..
Jumlah muka surat 8748 dan 24 buah buku..

Antara buku yang Sha baca:-

1. Lelaki Neraka
    Asraf Shaari
    KarnaDya
    491 muka surat

2. Awek Skuter
    Ilya Abdullah
    Kaki Novel
    272 muka surat

3. Projek Seram Tanah
    Syaida Ilmuna, Akma Saidon & Saidee Nor Azam
    Buku Prima
    416 muka surat

4. Need
    Todd Gregory
    Kensington Books
    276 muka surat

5. The Midnight Library : Voices (Vol I)
    Nick Shadow
    Hodder Children Books
    180 muka surat

6. Awak Sangat Nakal
    Syamnuriezmil
    October
    517 muka surat

7. The Midnight Library:Blood and Sand (Vol II)
    Nick Shadow
    Hodder Children Books
    177 muka surat

8. The Midnight Library : End Game (Vol III)
    Nick Shadow
    Hodder Children Books
    210 muka surat

9. The Midnight Library:The Cat Lady (Vol IV)
    Nick Shadow
    Hodder Children Books
    184 muka surat

10. Isteri Untuk Disewa
      Syamnuriezmil
      Karya Seni
      813 muka surat

11. Dracula vs Al-Fateh
      Muhd. Nur Iman Ramli
      PTS
      120 muka surat

12. Kekasih Upahan
      Eyla Hime
      Fajar Pakeer
      525 muka surat

13. Awek Buku & Cornflakes Madu
      Annis Rizani
      Buku Prima
      499 muka surat

14. Sunan Cinta Nan Sakti
      Ramlee Awang Murshid
      Alaf 21
      662 muka surat

15. The Midnight Library : Liar (V)
      Nick Shadow
      Hodder Children Books
      179 muka surat

16. Dark Celebration (Dark, #14)
      Christine Feehan.
      Berkley
      372 muka surat

17. Projek Seram Kolej
      Fazrin Fauzi, Zyra Safiya & Jessy Mojuru
      Buku prima
      464 muka surat

18. The Midnight Library : No Escape (X)
      Nick Shadow
      Hodder Children Books
      181 muka surat

19. Mr. Boss, Miss Stalker
      Aesya Azahar
      Kaki Novel
      527 muka surat

20. The Midnight Library : Shut Your Mouth (VI)
      Nick Shadow
      Hodder Children Books
      183 muka surat

21. Hati Bila Cinta
       Lynn Allyna
       Kaki Novel
       512 muka surat

22. Jangan Jauhi Aku
       Nuroll Shazlinda Hairul
       Buku Prima
       512 muka surat

23. Pesakit 701
      Khairul Zaman Khobin
      DearNovels
      300 muka surat

24. Komplot Seram dan Thriller : Waadat
      15 penulis
      Pena Padu Press
      176 muka surat


Aplikasi Libby by Overdrive

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Jom share mengenai aplikasi Libby by Overdrive ini..
Aplikasi ini untuk peminjaman buku secara online..
Tapi buku-buku luar negara ye..
Buku cerita Melayu tak ada..
Buku-buku ini boleh dipinjam selama 7 hari..
Selepas 7 hari buku ini akan dipulangkan semula kepada sistem itu.
Aplikasi ini tidak akan menggunakan ruang yang besar di talifon kita..

Muat turun ke dalam telefon bimbit atau peranti mudah alih anda..

 
Lepas dah muat turun, pergi ke Aplikasi itu dan buka..
 Klik dekat "Find My Library"

 
 Jangan bubuh Perpustakaan Negara Malaysia ye.. Sampai tahun depan pun tak akan keluar apa-apa..
Masukkan National Library of Malaysia..

 
Nanti Klik dekat National Library of Malaysia..

 
Keluar paparan diatas, klik dekat add it now..

 
Dekat bahagian Card Number boleh masukkan mana-mana nombor bermula pnm001 sehingga pnm999.. Pilihlah randomly nombor yang anda suka contoh : pnm027
 Ataupun boleh juga sign in menggunakan akaun Facebook..
Terpulang pada anda..

 
Bila dah sign in, bolehlah mula memilih buku yang ingin dibaca..

 
Bila klik dekat buku, akan keluarlah paparan diatas..
Klik pada perkataan borrow sekiranya nak meminjam..

 
Nanti bila keluar paparan diatas, klik je perkataan borrow..

 
Yeah!! Dah boleh mula membaca..

Thursday, November 2, 2017

Mesyuarat Pengurusan Perpustakaan Khusus Gunasama Kumpulan Pelaksana 2017

Assalamualaikum..
Hye semua.

Sha kena hadiri mesyuarat di Perpustakaan Negara Malaysia..
Dah lama sebenarnya tak ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk mesyuarat ataupun Kursus..
Sha menginap di Hotel Putra Kuala Lumpur..
Bersebelahan je dengan Perpustakaan Negara Malaysia..
Senang.. Tak payah nak naik teksi ataupun keluar awal sangat..
Hari pertama ada taklimat mengenai perkhidmatan perpustakaan digital PNM..
Dapatlah Sha info mengenai aplikasi Libby.. Ni nanti Sha terang dalam entry lain ya..
Kemudian ada taklimat mengenai IFLA WLIC 2018 yang akan berlangsung di KLCC..
IFLA WLIC ini ialah International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA)
World Library and Information Congress (WLIC). Boleh tengok dekat SINI.


Taklimat yang terakhir ialah mengenai kepentingan Penyerahan Bahan Terbitan Agensi Kerajaan Bagi Memperkukuhkan Koleksi Negara..
Sebelah petang kami dibawa melawat..
Kami diberi tiga pilihan tempat lawatan iaitu:-
1. Pusat Sumber Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
2. Tunku Azizah Knowledge Centre, University Kuala Lumpur (UniKL)
3. Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Digital Library, Open University Malaysia (OUM) Kuala Lumpur.
Sha pilih Perpustakaan UniKL..
Perpustakaan dia kecik tapi 3 tingkat..
Staf ada lebih kurang 10 orang..
Perpustakaan ini gunakan sistem KOHA..
Sebelum lawatan ke Perpustakaan, kami diberikan taklimat terlebih dahulu dan jamuan minum petang.. 

Sha sampai hotel lebih kurang jam 5 petang..
Kononnya malas nak keluar, buat lah pesanan KFC..
Sekali hujan lebat.. Tak boleh buat penghantaran..
Makanya, sha dan roomate pun keluar ke KLCC..
Habis duitku.. Hehehe.. Mujur bawa RM50 je..
Dapatlah beli Hokkaido Baked Cheese Tart lagi.. Hehehe..
Sampai hotel dah jam 8.30 malam..
Gosok baju, buat draf untuk entry blog, mandi dan relax.. 

Day 2
Lepas sarapan di Hotel dan checkout, baru Sha ke PNM..
Mesyuarat mula jam 9.00 pagi sampai 1.30 petang..
Lepas makan dan solat sambung taklimat..
Mengenai Enjin pencarian berkesan dan Statistik Gunasama..
Jam 4.38 petang Sha dah gerak balik ke Politeknik..
Sampai rumah tepat-tepat jam 6.00 petang..

 
Masa Lawatan..
 
 
Sepanjang Dua hari di PNM..

Hotel Putra Kuala Lumpur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Isnin (30.10.2017) Sha menginap di Hotel Putra Kuala Lumpur..
Hotel ini bersebelahan dengan Perpustakaan Negara Malaysia..
Memudahkan Sha tak payah nak naik teksi or grab/uber...
Sha menginap dekat sini sebab ada mesyuarat di Perpustakaan Negara Malaysia..
Macam biasalah, Sha gunakan aplikasi Traveloka..
Mudah, cepat dan harganya berbaloi-baloi..
Paling penting boleh bayar menggunakan Maybank2u
  
Kemudahan yang ada di Hotel Putra Kuala Lumpur 
Almari baju dengan penyangkut baju.. 
Almari bercermin, Sejadah.. 

Satu katil queen dan satu katil single

Riang rehat di sudut comel.. 

Tandas yang bersih.. 

Shower..

Kopi, teh dan mineral

Ada tv.. 

Remote tv dia unik.. 

Iron board memang ada.. 
Iron kena minta dekat front desk.. 

Ada juga disediakan Tafsir Ar-Rahman & Buku Amalan Yang Disukai Rasulullah : Jawapan Tentang 100 Solat

Denda untuk barang yang diambil..

Peringatan untuk keluar tepat jam 12 tengaharu.. 

Breakfast Sha di Hotel Putra Kuala Lumpur.. 
Selain menu diatas, ada juga roti bakar, nasi impit kuah kacang dan kuew tiaw goreng.. 
Sha paling suka nasi lemak dan bubur nasi dia.. Memang sedap.. 

Nutrigold : 3 in 1 Instant Premix Coffee (Mild)

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Sha saja cuba coffee dari Nutrigold ini.. 
Satu sebab harga dia berbaloi-baloi.. 
RM7.99 untuk 30pcs..
Memang bestlahkan.. 
Lagipun sebelum beli dia bagi taster dulu.. 
Bila rasa.. Hurm.. Not bad..

Sekarang ini kenalah pandai pilih produk yang berbaloi dengan harga.. 
Tak boleh ikut kehendak sangat.. 
Tambah ekonomi tak berapa bagus sekarang ini..


Coffee ini ada 4 rasa.. Mild, Original, No Sugar dan Rich..
Sha baru cuba yang Mild.. 
Pada Sha yang Mild ini okaylah.. 
Kena dengan tekak Sha.. 
Rasa kopi dia kuat juga..
Tapi masih balancelah dengan gula dan susu..
Sesekali kita ubah selera..


My Nutrigold : 3 in 1 Instant Premix Coffee (Mild)

Ada juga rangkaian White Coffee dengan lima perisa..
No Sugar, Classic, Original, Durian, Hazelnut & Brown Sugar.
Yang ini mahal sikit dan ada 15pcs je dalam satu pek..

Wednesday, November 1, 2017

Jangan Jauhi Aku oleh Nuroll Shazlinda Hairul

Assalamualaikum..
Hye semua...

Masih lagi membaca novel cinta..
Yup.. Novel cinta..
Walaupun temanya cinta tapi ada. Diselitkan konflik antara adik dan kakak..
Ajal datang tepat pada masanya..
Tidak akan lambat atau cepat walaupun sesaat..
Namun ada manusia tidak mahu menerima takdir yang memang audah tertulis..
Jalan paling mudah adalah menyalahkan orang lain..

Dari sini, konflik bermula..
Pengorbanan seorang kakak lansung tidak di peduli..
Yang penting rasa marah dapat di lampiaskan..
Dari kematian si ayah hinggalah mak yang lumpuh, semuanya diletakkan di bahu si kakak..
Pada saat kakak mula ingin mengecap kebahagiaan, adik melakukan aniaya..
Menggunakan bomoh untuk memusnahkan perkahwinan kakak..
Sehingga menyebabkan mak mereka meninggal..

Cerita yang disampaikan memang menarik..
Membina konflik dalam hidup watak utama..
Kemudian memberikan sedikit cabaran..
Namun dalam masa yang sama penulis tak membiarkan watak utama untuk terus pasrah.. Sebaliknya bangkit membina hidup..  Konflik adik beradik yang menarik.. Memendam perasaan kerana merasakan layanan berbeza, membuatkan fikiran tidak bertindak baik..
Ada pengajaran yang ingin disampaikan..
Menarik novelnya..

Sha baca dan selesai pada 29.10.2017..

Oreo Thins : Tiramisu & Vanilla Delight

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha saja jalan-jalan di TF Value Mart weekands aritu.. Terjumpa pula biskut oreo yang nipis ini.. Ada dua rasa iaitu Tiramisu dan Vanilla Delight.. Tak pastilah kalau ada rasa lain ke tak.. Satu kotak ini harga dia RM3.80.. Agak mahallah juga sebab isi dalamnya sikit je.. Sha beli sekadar ingin merasa..

Ada dua rasa.. Tiramisu dan Vanilla Delight.. 
Dalam kotak ada dua peket kecil.. 
Yang ini Vanilla Delight

Tiramisu pun sama.. Ada dua peket kecil dalam kotak.. 

Yang coklat itu tiramisu dan yang putih intinya itu Vanilla Delight.. 
Sha suma rasa vanilla.. Memang gabungan yang ohsem.. Biskut yang nipis..

Hati Bila Cinta oleh Lynn Allyna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang ke 202 untuk 2017..
Mood membaca tengah okay..
Buku ini Sha pinjam dari Perpustakaan..

Kisah mengenai Fenn yang kehilangan suami pada malam pertama mereka dinikahkan..
Bagaimana Fenn terpaksa melalui kesedihan akibat kehilangan..
Dihina rakan sekerja dan dituduh pembawa sial..
Fenn yang sedih berhenti kerja dan sambung belajar..
Saat hatinya semakin pulih datang pula dugaan dari seorang lelaki bernama DZ..
Mulutnya yang celupar sentiasa menyakitkan hati..
Kemudian datang pula Angah, abang kepada arwah suaminya..
Muka yang seiras membuatkan Fenn kembali teringatkan arwah..
Bagaimana agaknya perjalanan cerita mereka bertiga ini..

Pada Sha novel ini menarik..
Memberikan realiti kehidupan..
Bila perempuan jadi janda pasti dihina..
Pembawa siallah dan sebagainya..
Walaupun mak mertua masih baik dengan bekas menantu namun untuk menerima semula sebagai menantu, tak mungkin..
Sedikit sebanyak perasaan terkilan tetap ada..
Realiti kehidupan yang memang terjadi..
Tak rugi baca novel ini..
Adakah kita cintakan orang tu kerana orang itu atau kerana muka orang tu sama dengan ex kita..?
Walaupun mungkin topiknya sama tapi olahan penulis sangat menarik..
Penulis pandai bermain dengan emosi pembaca..
Adalah setitis dua air mata Sha tumpah semasa membaca novel ini.. Hehehe..

Sha baca dan selesai pada 28.10.2017..

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh Kaki Novel
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com