Thursday, November 2, 2017

Mesyuarat Pengurusan Perpustakaan Khusus Gunasama Kumpulan Pelaksana 2017

Assalamualaikum..
Hye semua.

Sha kena hadiri mesyuarat di Perpustakaan Negara Malaysia..
Dah lama sebenarnya tak ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk mesyuarat ataupun Kursus..
Sha menginap di Hotel Putra Kuala Lumpur..
Bersebelahan je dengan Perpustakaan Negara Malaysia..
Senang.. Tak payah nak naik teksi ataupun keluar awal sangat..
Hari pertama ada taklimat mengenai perkhidmatan perpustakaan digital PNM..
Dapatlah Sha info mengenai aplikasi Libby.. Ni nanti Sha terang dalam entry lain ya..
Kemudian ada taklimat mengenai IFLA WLIC 2018 yang akan berlangsung di KLCC..
IFLA WLIC ini ialah International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA)
World Library and Information Congress (WLIC). Boleh tengok dekat SINI.


Taklimat yang terakhir ialah mengenai kepentingan Penyerahan Bahan Terbitan Agensi Kerajaan Bagi Memperkukuhkan Koleksi Negara..
Sebelah petang kami dibawa melawat..
Kami diberi tiga pilihan tempat lawatan iaitu:-
1. Pusat Sumber Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
2. Tunku Azizah Knowledge Centre, University Kuala Lumpur (UniKL)
3. Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Digital Library, Open University Malaysia (OUM) Kuala Lumpur.
Sha pilih Perpustakaan UniKL..
Perpustakaan dia kecik tapi 3 tingkat..
Staf ada lebih kurang 10 orang..
Perpustakaan ini gunakan sistem KOHA..
Sebelum lawatan ke Perpustakaan, kami diberikan taklimat terlebih dahulu dan jamuan minum petang.. 

Sha sampai hotel lebih kurang jam 5 petang..
Kononnya malas nak keluar, buat lah pesanan KFC..
Sekali hujan lebat.. Tak boleh buat penghantaran..
Makanya, sha dan roomate pun keluar ke KLCC..
Habis duitku.. Hehehe.. Mujur bawa RM50 je..
Dapatlah beli Hokkaido Baked Cheese Tart lagi.. Hehehe..
Sampai hotel dah jam 8.30 malam..
Gosok baju, buat draf untuk entry blog, mandi dan relax.. 

Day 2
Lepas sarapan di Hotel dan checkout, baru Sha ke PNM..
Mesyuarat mula jam 9.00 pagi sampai 1.30 petang..
Lepas makan dan solat sambung taklimat..
Mengenai Enjin pencarian berkesan dan Statistik Gunasama..
Jam 4.38 petang Sha dah gerak balik ke Politeknik..
Sampai rumah tepat-tepat jam 6.00 petang..

 
Masa Lawatan..
 
 
Sepanjang Dua hari di PNM..

3 comments:

  1. wow bestnya sambil melawat sambil belajar.

    ReplyDelete
  2. Saya tak sempat nak bersembang lama dengan akak.. Hihi next time kalu jumpa lagi, kita sembang lama yea kak..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »