Thursday, November 30, 2017

Koleksi Buku November 2017 #1

Assalamualaikum..
Hye semua.

Buku-buku Sha da selamat sampai.. Dua tu memang Sha pre order lama dah.. Yang satu lagi tu baru je beli lepas dapat gaji hari itu.. Memang lama tunggu buku tu terbit.. Sebab penulis pernah berkongsi sedutan-sedutan cerita itu di wall Facebook beliau.. 

 
Buku ini Sha pre order dengan Muhammad Fatrim..
Buku ini terbitan beliau sendiri.. Saiz pocket je..
Senan nak selit dalam handbag.. Ringan dan nipis..
Siap dapat coklat..

Sinopsis Gimbaran - Indah berteman baik dengan Laila sejak kecil tanpa mengetahui asal usul Laila. Namun persahabatan itu bukanlah secara kebetulan. Siapa sebenarnya Laila? Apa yang dimahukannya dari persahabatan mereka?

Sinopsis Pukau - Camelia, seorang pelajar universiti berminat dengan fenomena pukau dan kerana minat dia menyelidik dan cuba menjejaki fenomena mistik tersebut! Tapi ia bukanlah mistik sebarangan! Camelia tak sedar bahaya yang menantinya dihadapan!
 
 
Yang ini Sha beli secara terus dengan penulis.. Dekat Facebook nama beliau Asmah Kasim..

 Sinopsis Cinta Bas Ekspres - “WEH, BERANGAN!” Tepukan sedikit kuat diberikan di bahu Sarrah. Sarrah jeling. “Kau tak ada kerja ke datang tempat aku ni?”
“Kerja sentiasa ada, tapi manusia seperti kita ni perlukan rehat juga. Kena jalan-jalan makan angin.”
“Banyaklah kau jalan-jalan,” ejek Sarrah. Tangan seperti selalu, tangkas melipat pakaian yang dipunggah oleh pelanggan.
“Abang handsome kau tak ada datang ke?”
“Abang handsome mana pulak?” Sarrah berkerut dahi. Otaknya tidak mendaftar mana-mana abang handsome dalam databasenya.
“Alaa... yang datang hujung minggu hari tu, yang suruh kau pilih boxer untuk dia.”
Dengar aje penjelasan Husniah, Sarrah mencemik bibir. Tang mana yang handsomenya? Tang gatal dia nampaklah. Ada ke patut dia kena pilih boxer untuk mamat itu. Fikir balik, berdiri bulu romanya. Ada bayangan nakal melintasi akal fikiran warasnya. “Yang tu otak aku register sebagai mamat
gatal miang. Rosak imaginasi gadis baik macam aku ni,”
rungut Sarrah. Husniah mengekek ketawa. ‘Imaginasi gadis baik konon!’
“Kau terimaginasi apa?” tanya Husniah sambil berbisik. Dia tersengih gatal. Pantas jari Sarrah menyepit lengan gebu Husniah. Dijegilkan matanya.
“Bukan yang macam kau fikirlah. Gila kau! Rosak jiwa suci murni aku ni.”
“Hahaha... Aku tak cakap apa pun. Aku tanya kau aje. Kau bayangkan dia pakai boxer yang kau pilih
ek? Badan berketul-ketul. Ada bulu dada tak?” bisik Husniah.
“Huish...” Muka Sarrah memerah. Hantu betul si Husniah ini. “Badannya mesti tegap dan berketul-ketul, kan? Tapi aku rasa tak adalah macam Zul Ariffin tu. Kurus sikit... macam Jensen Ackles tu. Senyum dia manis. Terjongket bibir ke atas sikit, melting weh!” Sekali lagi lengan gebu Husniah menjadi sasaran Sarrah. Geram!
“Mengarut betul kau ni. Liar betul imaginasi kau!” “Eh, itu kira imaginasi baik apa? Liar macam
ni...” Husniah dekat bibirnya ke telinga Sarrah. “Dia peluk kau dan kiss-kiss. Dah tu kau pun terlemah dalam pelukan dia... Auwww...” Terus terhenti bisikan nakal Husniah. “Gila bisa jari kau. Dapat parut ni, kau kena top up hantaran kahwin aku nanti,” bebel Husniah.

Sinopsis Siti & Polis Comel - Mini novel yang ohsem. Genre rojak. Nak kata seram tak seram tapi Siti boleh nampak hantu. Percintaan suwit muit tak jugak tapi Polis Comel mampu membuatkan sesiapapun jatuh hati. Misteri... ada sikit. Thriller pun ada... sebab tu cerita ni ohsem. (Sangat sesuai buat filem. gerenti pecah panggung 🤣🤣🤣 -status angkat bakul.)
“Siti... Siti Haida...”
Siti dah dapat agak siapakah yang memanggilnya. Dia buat tak tahu. Marah sangat dengan polis comel itu. Pagi tadi punyalah awal dia sampai sebab nak bersarapan bersama. Tapi sampai kafe buka, batang hidung lelaki itu dia tak nampak pun.
Tiba-tiba Siti terasa badannya ditarik kasar. Dia terkejut. Dalam sekelip mata dia sudah berada dalam pelukan Aizat. Jantungnya berdegup laju. Sebuah motosikal melintas dengan lajunya di hadapan mereka. Siti terkaku. Kalau dia tak ditarik Aizat, pasti dia sudah terbaring di tengah jalan.
“Lain kali hati-hati.” Aizat berbisik di telinga Siti.
Siti angkat muka. Matanya tak lepas daripada menatap wajah Aizat. Apa perkataan yang keluar dari mulut Aizat, dia tak dengar. Taufan Katrina campur dengan tsunami membadai hatinya. Aizat pun baru lepas solat agaknya. Muka putih bersih nampak berseri-seri. Alangkah bahagianya hidup kalau dia dapat bersuamikan lelaki begini. Dah tentu dia akan sayang hingga akhir hayatnya.
“Siti Haida!”
Siti tersedar daripada lamunan. Dia menjarakkan badannya daripada Aizat. Bahaya kalau dekat-dekat, nanti hatinya melompat keluar mencari hati polis comel. Dia harus sentiasa beringat, jangan jatuh cinta!

3 comments:

  1. wah dalam satu ada dua cerita? menarik!

    ReplyDelete
  2. banyak nye buku. mcm2 saiz ye. ana buku mmg bawa ke mana saja sebab mmg letak dlm kereta. tgl baca tak baca je.

    ReplyDelete
  3. Alahai jelesnyee.. lea dah lama x baca buku ni.. Dok sibuk jerk memanjang.. HUrmm

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »