Sunday, November 26, 2017

Imani Daftar Pra Sekolah

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Hari ini Umani daftar pra sekolah.. 
Di sekolah yang sama dengan Amani.. 
Teruja dia nak bersekolah dengan kakak dia..

Imani disuruh terlibat dengan aktiviti mewarna sementara mak dan ayah dengar taklimat.. Dia boleh bantai menangis.. Mak hati kental.. Buat tak nampak je.. Lama-lama dia berhenti sendiri dan mula menwarna..

Cikgu bagi penerangan mengenai pembelajaran pra sekolah, Pra sekolah je pun tapi dah belajar subjek komunikasi, sains & teknologi, fizikal & estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohaniaan sikap & nilai u tuk menjadi insan seimbang.. Nampak tak betapa berbezanya budak zaman sekarang dengan zaman kita dulu-dulu..Penilain pun ada tau..  Gred diberi berdasarkan tahap penguasaan..  Ada tiga tahap.. Dah tak ada gred A, B, C..

Kemudian ada perlantikan jawatankuasa macam PIBG.. Sha hanya memberi sokongan untuk cadangan ditutup sahaja.. Hehehe.. Selepas selesai taklimat barulah Sha buat pembayaran untuk baju sekolah dan yuran aktiviti.. Semua sekali RM203.00, ini merangkumi 3 pasang baju sekolah RM84 (t-shirt putih berkolar, lengan panjang bertulis nama sekolah ada ada logo sekolah berserta seluar track biru gelap), baju sukan sepasang RM28(warna cikgu yang tentukan), 4 tanda nama RM6 dan yuran aktiviti RM85.. Tiada yuran bulanan.. Alhamdulillah selesai dah untuk Imani.. 

Muka mengantuk.. Campur malas nak layan mak..

Adegan menangis.. Imani memang nangis sungguh-sungguh.. 

Mula mewarna selepas puas menangis.. (Dia tak perasan Sha ambil gambar dia..) 

Yeah!! Dah siap warna.. 

Lukisan yang Imani warnakan.. 

10 comments:

  1. Wah.... selamat maju jaya Adik Imani. Masuk sekolah belajar baik2 bagi ibu happy selalu hihihi

    ReplyDelete
  2. dah nak sekolah ye imani, cantik..pandai imani mewarna

    ReplyDelete
  3. Imani ada bakat mengaler
    Kemas hasil kerjanya.

    ReplyDelete
  4. Dah besar anak Sha

    Imani tu nama anak Sha rupanya

    ReplyDelete
  5. dh masuk pra sekolah..atleast sama sekolah ngan kakaknya tkde la die rasa kekok kn

    ReplyDelete
  6. Selamat memasuki alam persekolahan Amani

    kejap dah besar

    ReplyDelete
  7. comelnyaaa lukisan dia.. mcm orgnya jgkk. hehe

    ReplyDelete
  8. Selamat masuk sekolah, Imani :)

    ReplyDelete
  9. Dah sekolah dah dia.. Nasib baik x nangis.. hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »