Saturday, November 11, 2017

Koleksi Buku November 2017

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Buku preloved Sha dah sampai..
Sha beli dekat Group WhatsApp Jual Beli Buku..
Buku-buku ini memang dah lama sha aim..
Demi buku ku korbankan topup.. Hehehe..
Sebuah nie RM15..
Selamat membaca buat Sha..

 
Sinopsis Lendu : Buku ini merupakan diari seorang yang dipercayai mahasiswa di sebuah kampus tak lama dahulu. Kesahihan apa yang terdapat di dalamnya tidak dapat kami pastikan. Diari ini kami terbitkan seadanya (dengan beberapa lakaran tambahan) tanpa mengubah apa-apa dari segi ejaan atau tatabahasa. Identiti penulis tidak dikenali, tapi dia dipanggil Blue dalam diari ini. Dan kampusnya di LENDU dipercayai masih wujud.

Sinopsis Waris Dukun HitamEMBUN, pewaris keturunan dukun hitam, seorang dukun yang benar-benar ampuh di zamman silam. Kedua-dua orang tuanya dibunuh oleh neneknya sendiri yakni NENEK KUNTUM semasa dia kecil. Sejak kecil Embun hanya didedahkan dengan segala macam sihir dan ilmu hitam. Dia diasingkan oleh masyarakat kerana dua sebab. Pertama, kerana Nek Kuntum mahu menyediakan dia sebagai pewaris ilmu tengkorak hitam dan sekali gus menjadi pewaris dukun hitam. Dan sebab kedua, kerana dia adalah cucu Nek Kuntum, seorang pengamal ilmu hitam yang ditakuti oleh penduduk kampung. Biarpun begitu, Nek Kuntum selalu sahaja menjadi tempat kunjungan penduduk yang sentiasa mahukan 'sesuatu' daripadanya.

Menginjak remaja, Embun mencintai seorang pemuda bernama YUSOFF. Cinta mereka bersemi seiring dengan usia. Embun sebenarnya tidak mahu bergelar dukun. Dia sekadar mahu menjadi seperti gadis pingitan yang lain, dicintai dan mencintai. Hubungan Yusoff dan Embun diketahui keluarga Yusoff dan Nek Kuntum. Mereka menghalang cinta mereka. Keluarga Yusoff menghalang kerana mereka mendambakan anak Orang Kaya Leman sebagai menantu. Sementara itu Nek Kuntum melarang kerana Yusoff seorang pemuda yang bakal menghancurkan harapannya.

"YaEmbun ini. Tadi bilang tidak takut sama hantu. Baru tengok Sentot sudah kecut. Hingga Embun pun abang sudah tidak kenal," - EMBUN

"Hantu? Mana ada hantu di dunia ini, Embun. Yang ada hanyalah syaitan. Yang tugasnya menyesatkan manusia," - YUSOFF

Sementara itu, TOK NYANG sentiasa menjaga keturunannya daripada menjadi hamba syaitan. Tok Nyang dan keturunannya sentiasa menjadi buruan waris dukun hitam. Cintanya pada Embun menyebabkan dia berkelana bersama keluarga untuk mengelak daripada diburu oleh waris dukun hitam. Mak dukun sudah semakin terdesak. Dia sudah terlalu lama menjadi hamba kepada janji yang dimeterai. Menginjak ke usia tua, dia perlu mencari pengganti! Antara Fatin, Aida dan Adzim yang mempunyai pertalian darah. Mereka bertiga adalah waris dukun hitam! Siapakah yang menjadi mangsa perjanjian syaitan ini? Dapatkah pengganti dicari? Nikmatilah cerita WARIS DUKUN HITAM ini sehingga perkataan tamat untuk menemui jawapan yang dicari.

4 comments:

  1. Wow Lendu tu mesti based on pengalaman penulis tu sebab lendu tu lubuk hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a.. Katanya memang daripada pengalaman penulis.. Dan tempat tu pun masih ada katanya..

      Delete
  2. Wah, mesti best kalu berkisahkan benar..

    ReplyDelete
  3. Ika ada buat review Lendu. Em personally not my fav book. em

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »