Tuesday, November 14, 2017

Bubur Nasi Udang

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Tiba-tiba teringin nak makan bubur..
Selalu buat bubur nasi bubuh ayam, kentang, lobak merah ataupun kosong je..
Kali ini nak bubuh udang pula.. 
Menunaikan kehendak anak-anak..
Mereka malas nak mengunyah lah tu.. Hehehe..
Macam best saja..
Yang ini versi tumis.. 

Bubur Nasi Udang
Bahan-bahannya:-
Udang - 1 cawan
Beras - 2 cawan
Bawang merah - 2 biji (tumbuk)
Bawang putih - 2 ulas (tumbuk)
Halia - 2cm (tumbuk)
Lada hitam sedikit (tumbuk)
Kentang sebiji dipotong dadu..

Cara Memasak:-
  1. Basuh beras dan masak atas dapur.. Setelah menggelegak ketepikan..
  2. Dalam periuk lain tumis bahan-bahan yang ditumbuk.. Setelah naik bau masukkan kentang..
  3. Setelah kentang separuh masak, masukkan udang..
  4. Setelah udang agak masak, masukkan beras yang dah menggelegak tadi kedalam periuk tumis..
  5. Masak atas dapur sehingga nasi masak..  Nak sedap bubuhlah daun bawang dan bawang goreng.. Pada yang suka.. Sha tak suka.. Hehehe..
  6. Nak lagi sedap boleh makan dengan ikan bilis goreng atau pun telur masin rebus..
Bawah ini Sha share gambar step by step untuk buat bubur nasi.. semoga membantu..

Masak beras bersama air yang banyak hingga menggelegak.. Lepas tu tutup api. 

Bawang merah, bawang putih, halia, lada sulah dan lada hitam.. Ditumbuk.. Nakkisar pun boleh juga.. 

Bahan yang telah ditumbuk, udang dan kentang dipotong dadu.. 

Panaskan minyak dalam periuk lain.. 

Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi.. 

Masukkan kentang dan masak hingga separuh masak.. Bubur nasi Sha mesti ada kentang.. Kalau korang tak nak bubuh pun tak apa.. Boleh ganti dengan lobak merah atau sayur lain.. 

Masukkan udang dan gaul sampai udang bertukar warna merah.. 

Masukkan beras yang direbus tadi dan air.. Kacau dan biarkan masak.. 
Sesekali perlu dikacau supaya tak melekat didasar periuk..  Masukkan kiub ikan bilis dan garam sebagai perasa.. 

Bubur nasi dah siap.. 
Jom makan.. Nak lagi sedap makan dengan kicap dan telur masin.. 

7 comments:

  1. Fuyooo, sedapnya kak Sha.. Rasa macam meleleh-leleh air liur saya nie haa..hihi

    ReplyDelete
  2. slalu bubur nasi ayam..ni bubur nasi udang...yummm

    ReplyDelete
  3. sedap tu bubur udang...makan plak waktu panas2

    ReplyDelete
  4. Bubur ni faveret hakak ni...tp selalu kalau buh mcm mcm, mcm ni akak buh santan. Mcm ala ala bubur lambuk gitu.

    Lama tak buat bubur

    ReplyDelete
  5. sedap pula nampaknya. bubur skrg antara makanan fav ana.

    ReplyDelete
  6. waduhh cam sedap je kak..lama da nak makan bubur dgn telur masin.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »