Wednesday, November 7, 2018

Early Celebration For Me

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan November ini bulan kesukaan Sha.. Sha dilahirkan pada bulan November.. 

Disebabkan sekarang ini masa untuk Sha dan suami berdua-duaan adalah sangat terhad, maka bila ada peluang kami buat keputusan untuk meraikan hari jadi Sha lebih awal.. Maka berjayalah kami untuk keluar berdua-duaan.. Kami meraikan dengan cara yang sangat simple.. Tengok wayang dan makan-makan di Aeon Rawang.. Owh ya, Burger King dah ada di Aeon Rawang ye..

Sha berjaya menebus 2 tiket wayang (Venom) dan kombo pop corn di TGV Cinema sempena hari jadi Sha.. Di Starbuck pula, Sha dapat sepotong kek.. Meraikan Sha, encik suami belanja tengok wayang cerita Hunter Killer.. Memang simple tapi bermakna.. Kalau ada rezeki, mungkin akan keluar makan-makan di hujung bulan pula.. 


Beli Dark Mocha Frappucino untuk rewards diri sendiri..

Sepotong kek Chocolate Tuxedo untuk hari lahir Sha dari Starbucks..

Tuesday, November 6, 2018

Top Commentator Bertuah OKTOBER di Blog Seindah Cerita

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, hari ini penuh berita gembira.. Memang November is my month... Baru je tadi singgah blog Nieyl dan ternampak pengumuman top komentator, and guest what.. Nama Sha di atas.. Yeah!! Rezeki Sha.. Nieyl bagi Sha top up.. Alhamdulillah.. Bulan ini memang betul-betul meriah Sha menerima hadiah.. Terima kasih buat Nieyl.. Sha doakan semoga Allah murahkan rezeki Nieyl sekeluarga dan semoga Nieyl sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin..

Untuk link entry Nieyl, boleh klik SINI.. Jangan lupa singgah dan komen di Blog Nieyl.. Mana tahu, lepas ini rezeki korang pula.. Klik je banner di bawah..

Nieyl, akak pinjam header awak ye..

Menang Top Komentator Bulan Oktober di Blog Shuhaida Kabdy

Assalamualaikum..
hye semua..

Alhamdulillah.. Rezeki memang tak salah alamat.. Kikiki.. Terima kasih Kak Sue sebab mesej Sha untuk maklumkan Sha menang hadiah.. Sha pun tak sangka menang.. Sebab selalunya Sha tinggalkan je komen dekat blog kawan-kawan.. Kalau menang hadiah tu memang bonus yang ohsem buat Sha.. Kepada kawan-kawan yang lain.. Jom terjah blog Kak Sue.. Mana tahu rezeki korang pula lepas ini.. Entry mengenai Top Komentator Kak Sue boleh klik SINI..

Kali ini Sha menang cash.. Kak Sue transfer dalam akaun.. Dah bayang-bayang dah hadiah dari Kak Sue tu Sha nak top up duit untuk beli buku.. Kikiki.. Sabar jelah dengan obsesi Sha ini.. Encik suami pun dah redha.. hahaha..

Jangan lupa terjah blog Kak Sue ye.. Klik je gambar di bawah..
Sha doakan semoga Allah murahkan rezeki dan merahmati Kak Sue sekeluarga.. Aamiin..

Kak Sue.. Sha pinjam header Kak Sue tau..

Hadiah Penghargaan Dari Anies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Semalam petang hadiah dari Anies selamat sampai ke tangan Sha.. Terima kasih Anies untuk hadiah yang ohsem ini.. Hadiah ini diberi kepada Sha sebab rajin komen di blog Anies.. Boleh tengok entry Sha sebelum ini di SINI.. Terharu sangat bila hadiah ini sampai ke tangan.. Semoga Allah murahkan lagi rezeki Anies.. Korang pun, jangan lupa terjah blog Anies ye.. Klik SINI..

Sebuah buku, fridge magnet, memo pad dan sekeping nota..

Domino's - It's All About You

Assalamualaikum..
Hye semua..


Domino's sentiasa di hati.. Kalau dulu nak makan Domino's kena balik kampung.. Sekarang dah tak payah.. Tanjung Malim pun dah ada Domino's.. Seiring perubahan zaman, Domino's dah boleh order secara atas talian.. Sha suka guna online order.. Senang.. Pilih je set pizza yang kita mahu, kemudian bayar secara online ataupun cash masa ambil pesanan.. Perkhidmatan Domino's sangat mesra pelanggan.. Sebut je nama, dah boleh ambil pesanan anda..

Yang bestnya Domino's ini, bila korang daftar untuk order online dia bagi satu personal pizza percuma.. Boleh order terus dengan pembelian pertama.. Sangat mudah, cuma perlu pergi ke bahagian Profile dan e-coupon akan dipaparkan.. Klik dan buat pesanan.. Bukan itu sahaja, lepas berjaya buat pesanan online untuk pertama kali, Domino's akan bagi percuma 1 personal pizza.. Pizza percuma ini boleh ditebus dalam masa 2 minggu.. Bukan itu sahaja.. Lepas selesai buat pesanan dan ambil pesanan di Cawangan Domino's yang anda pilih, Domino's akan hantar email untuk anda jawab survey mengenai perkhidmatan mereka.. Selepas jawab survey itu, anda akan diberikan Garlic Twisty Bread secara percuma.. Memang murah hatilah Domino's ini sesuai sangat dengan tagline "It's all about you".. Siapa aja yang tak suka dapat percuma kan.. Jadi tunggu apa lagi.. Jom order secara online.. 


Regular Pizza tu Sha bayar, manakala personal Pizza tu pula percuma daripada Domino's.. Sha dapat sebab pertama kali buat pesanan secara online..

Roti dan 2 tin air..

Pizza Aloha Chicken memang kegemaran anak dara Sha ini.. 

Menikmati setiap hidangan istimewa dari Domino's bersama yang tersayang! Itulah yang cuba diinspirasikan oleh Domino's buat para pelanggannya..

#ItsAllAboutYou!

Sunday, November 4, 2018

Undercover Wife oleh Zura Rahman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel pertama untuk bulan November.. Ye, Sha masih lagi membaca walaupun cabaran di Goodreads telah berjaya dicapai.. Baca tetap baca.. #MalaysiaMembaca

Novel romantik aksi yang ohsem.. Garapan penulis dalam menyampaikan cerita aksi diadun dengan romantik memang menjadi.. Usaha seorang isteri yang percaya bahawa suami yang disayangi tidak mati dan sanggup melakukan penyiasatan memang mengujakan.. Wolfe yang nampak sangat seksi tapi bahaya berjaya menjadi satu tarikan.. Membaca novel ini memang memberikan perasaan berdebar, teruja dan dalam masa yang sama kesian pada watak Elle.. Adunan romantik dan aksi memang berjaya penulis sampaikan.. Bila yang jahat berpura pura baik dan menzalimi, akhirnya tetap berjaya ditangkap.. Gandingan Roman dan Rafique memang mantap dalam melakukan aksi penyiasatan untuk membongkar kegiatan jahat yang terancang.. Terpaku mata Sha membaca novel ini hingga lewat malam demi mengetahui siapa Wolfe dan benarkah Roman dah mati.. Berjayakah Elle mendapatkan semula suaminya yang hilang..

Sha mula membaca pada 01.11.2018 dan berjaya habiskan pada 02.11.2018..

Koleksi Sha..
Published October 2018 by ZR Publishing

Saturday, November 3, 2018

Koleksi Novel November 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Buku untuk bulan November dah sampai.. Trip satu ini ada 5 buah buku.. 2 dari penulis yang Sha dah pernah ada bukunya.. 1 lagi dari penulis baru.. Pertama kali ingin membaca hasil tulisannya.. 2 buah lagi komik yang Sha beli di 7Eleven.. kedai pertama kesukaan Sha untuk cari buku-buku keluaran Gempakstarz..


Anastasia oleh Syu Ariani

Komik dari Gempakstarz
Komik Gempak Epik
Jangan Tutup Lampu...

Artikel di Surat Khabar Berita Harian

Assalamualaikum..
Hye semua..


Alhamdulillah.. Hasil penulisan bos Sha, artikel mengenai kemenangan kami dalam pertandingan InDeLiB berjaya disiarkan di surat khabar Berita Harian bertarikh 01 November 2018 di bahagian Varsiti.. Cerita mengenai penyertaan kami dalam pertandingan ini boleh baca di SINI.. Ini kali kedua artikel mengenai kami keluar di surat khabar.. Sebelum ini mengenai Program Jom Baca 10 minit.. Boleh tengok di SINI..

Friday, November 2, 2018

Imani dah Konvokesyen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Rabu, Imani bawa balik gambar Konvo.. Awal cikgu buat shoot untuk Konvo mereka.. Senang agaknya.. Sebab hujung tahun 6 tahun punya acara pula nak uruskan.. Siap berlipstick bagai Imani.. Memang dia sukalah.. Selain gambar solo, ada juga gambar group dan gambar pasport.. Konvo yang sebenarnya dalam pertengahan bulan November nanti..

Kursus ke Makan?

Assalamualaikum..
hye semua..

Minggu ini Sha berkursus di Politeknik Mersing, Johor.. Memang pertama kali sampai ke sini.. Sha bertolak dari Perak jam 8 pagi dan sampai di Politeknik Mersing, lebih kurang jam 3 petang.. Perjalanan yang agak menyeramkan bermula lepas masuk ke Kahang.. Sunyi dan ladang sawit je kiri kanan.. Siap ada amaran haiwan liar melintas tau.. Terbayang-bayang encik Tapir tu nak melintas.. 

Perkara yang mengujakan sepanjang kursus ini dah tentulah ilmu baru yang Sha dapat dalam menguruskan Perpustakaan.. Selain ilmu, dah tentulah makanan yang disediakan oleh urusetia untuk kami pesertakan.. Sha minta maaf awal-awal ye kalau anda terliur..

Menu hari pertama nasi ayam.. Lupa nak amik gambar.. Lapar sangat.. Hahaha..

Ini menu hari kedua..
Breakfast nasi lemak kukus dengan ayam berempah..

Minum petang bubur kacang hijau bersama teh o.. Makan tengahari nasi tomato (lupa nak amik gambar)

Makan malam nasi goreng chicken chop

Menu hari ketiga
Sarapan pagi kami makan Lontong - sambal dia sangat sedap.. sambal tu pedas manis dan guna udang kering..

Pukul 10.30 pagi ada minum pagi.. Aneka sandwich bersama teh tarik.. Sedap sandwich nya.. Ada telur, sardin dan yang lagi dua tu sha tak pasti..

Makan tengahari lak nasi putih lauk asam pedas ikan kerisi bersama telur masin dan ulam-ulaman.. Pergh!! Asam pedas dia pekat memikat tau..

Keropok lekor dan satar untuk minum petang bersama kopi o..

Menu malam.. Barbeque.. Nasi goreng, udang, sotong, kentang, jagung dan ayam grill.. Yang tak ada dalam gambar ikan bakar (ikan cencaru).. sha tak amik sebab besar ikannya.. sorang satu.. yang dalam pinggan tu pun jenuh nak habis..

Menu hari keempat 
Breakfast kami makan laksa johor.. Sedap, pekat memikat..

Inilah kedai yang menyediakan makanan kami..

Thursday, November 1, 2018

Johor | Wafiz Homestay Mersing

Assamualaikum..
Hye semua..

Sha ke Mersing untuk Kursus pada 29.10.2018 hingga 01.11.2018.. Patutnya sampai 02.11.2018 tapi ramai peserta yang nak balik hari Khamis, memandangkan Johor pun bercuti pada hari Jumaat.. Tu yang kursus dihabiskan awal pada 01 November 2018..

Kami peserta ditempatkan di Homestay, bukan ULPL Politeknik, sebab ULPL mereka dah penuh.. Homestay yang diberikan amat-amat selesa dan luas.. Kemudahan pun best.. Akses dengan kedai runcit dan kedai makan pun senang.. Jalan kaki je.. Memudahkan kami yang datang tanpa kenderaan..

Homestay ini ada 3 bilik.. 2 bilik katil single (2 katil) dan guna kipas dinding. 1 bilik lagi katil queen dan ada aircond.. Setiap bilik ada iron board, iron, almari, penyangkut baju, telekung dan sejadah tapi tak ada bilik air.. Kemudahan lain ialah tv dengan Njoi channel, peti ais, mesin basuh, sabun basuh baju, dapur, heater, blander, pinggan mangkuk, pencuci pinggan dan plastik sampah.. Bilik air ada 3 dan semuanya di dapur.. Bilik mandi, bilik air dengan jamban cangkung dan bilik air dengan jamban duduk..

Harga Sha tak pastilah pula.. Sebab kami tak keluar duit kan.. Pihak penganjur yang sediakan.. Tapi kalau berminat, Sha ada bubuh alamat dan no telefon untuk dihubungi..

Wafiz Homestay Mersing
No 1, Jalan Sawi ,, Taman Sri Nakhoda, Taman Mahkota, 86800 Mersing, Johor
013-713 1931



Ruang hadapan homestay ada tempat santai..


Ini laman tepi rumah.. Cantik dan boleh lepak-lepak minum kopi..

Ruang tamu..

Laluan nak ke dapur dan ke bilik-bilik.. Satu ruang yang luas dan ada penyaman udara..

Dapur yang lengkap dengan perkakas dan meja makan..

Dapur, blander, heater, gula, teh dan bahan masakan..

Peti ais..

Mesin basuh dan sabun basuh baju

Bilik 2
2 katil single bersama bantal dan selimut sebenarnya.. Tapi kami dah ambil.. kikiki.. Sha tido memang kena ada dua bantal..

2 kipas dinding

Almari, sejadah, telekung, iron dan iron board..

Bilik 1 - Bilik Sha dengan bos Sha..
2 katil single, almari, sejadah, telekung, iron, iron board dan kipas dinding ada dua.. Memang selesa sangat..

Bilik mandi

Bilik air jamban duduk

Bilik air jamban cangkung..

Perjanjian Berdarah oleh Remy Ikmal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau ikutkan untuk bulan Oktober, Sha dah berhenti membaca.. Sebab hujung bulan Oktober, Sha kena pergi Kursus di Politeknik Mersing Johor.. Tapi nak buat macam mana.. Terjumpa novel menarik pula masa tengah kursus.. Maka sambung jelah membaca walaupun lambatlah sikit habisnya.. Sambil kursus sambil membaca..

Sha ada baca novel penulis ini yang bertajuk Pewaris Senja.. Ini buku kedua beliau yang Sha baca..

Perjanjian berdarah ini mengisahkan Pak Long Jenal yang jahat dan berhati hitam, mempergunakan anak angkatnya dan juga anak saudaranya untuk kerakusan beliau kepada amalan salah dan ilmu hitam.. Kerana ketamakan Pak Long Jenal, memang huru hara kampung itu.. Kehilangan mayat dari kubur.. Kematian mengejut.. Gangguan roh mayat yang dikacau..

Sha mula membaca 29.10.2018 dan selesai pada 30.10.2018..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com