Sunday, September 4, 2022

Wall's Choco Nutty Crunch

Assalamualaikum..
Hye semua..

Oleh kerana 99 Speedmart buat jualan murah, maka sakanlah beli aiskrim ini.. Selalu harganya RM13.90 untuk 1 tub ini.. Kali ini dijual dengan harga RM9.90, memang tak lepas peluanglah.. Berbaloi sangat.. Mewah dengan coklat dan kacang.. Puas hatilah makan..

RM9.90

Ada sos coklat juga..

Setelah dicedok.. Ketulan putih tu adalah kacang..

ebook | ANOMALI oleh Syafiq Aizat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan kepada novel Entiti yang sangat ohsem dan berbaloi dibaca.. Penceritaan yang sangat menarik pada Sha.. Kali ini semua watak berkumpul dalam satu novel.. Ada Dani dan Haziq dari Kampus.. Kemudian watak Kanda, Izwan, Fa'iq dan akhir sekali Iskandar.. Mereka berkerjasama mencari 'Tuhan' yang kononnya menghukum manusia-manusia bersalah.. Iskandar berjaya jumpa 6 manusia yang duduk dalam 1 bangunan dan mempunyai kuasa luar biasa namun tanpa mereka sedari dalang sebenar adalah manusia lain.. Manusia yang dah pun mati tapi kerana kuasa jampi berjaya mengawal manusia lain.. Tindakan Dani berjaya membongkar yang hukuman tersebut hanya boleh dilakukan di sekitar Kuantan sahaja.. Kerjasama yang sangat menarik sebab Dani hanya ada kekayaan manakala yang lain pula ada kuasa sixth sense..

Ada sesuatu yang sangat menyentuh perasaan Sha tapi tak Sha tak pandai nak terangkan dalam ulasan ini.. Apa yang Sha boleh cakap walaupun ada kekurangan namun kita masih boleh ambil penganjaran yang baik dari buku ini.. Watak paling best dah tentulah Iskandar.. Kuasa dia lain dari yang lain.. Walaupun dia hampir hanyut namun sesuatu berlaku dan itu menyedarkan Iskandar dari bongkak..

Quote Best - "Hidup adalah satu nikmat dan memori adalah sesuatu yang sangat bermakna. Sahabat adalah bintang yang kita kumpul ketika belayar di lautan dunia yang gelap, yang menerangi jalan bila kita rasa sunyi. Fikiran manusia adalah tempat yang sangat mengelirukan. Tapi setiap dari kita adalah khalifah di dunia yang akan memakmurkan tempat ini. Semua yang berlaku adalah takdir, ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa."

Sha baca dan selesai pada 03.09.2022


Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published March 29th 2019 by Buku Fixi

Coretan 04 September 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Diuji bukanlah perkara yang luar biasa tapi kerana Allah sayang dan tahu kita mampu melalui ujian itu.. Bermula 01 September hinggalah hari ini.. Setiap yang berlaku tu sudah tertulis.. Tiada kebetulan.. Menguruskan hal keluarga bila ketua keluarga tak sihat.. Mujurlah ada beberapa perkara yang telah diterapkan encik suami pada Sha yang membuatkan Sha tak panik.. Coretan ini sekadar luahan.. Luahan supaya apa sahaja yang terpendam tidak mengganggu emosi Sha.. Selain padaNya, inilah antara medium yang Sha suka.. Selain membaca..

Pesan Sha pada semua.. Walau siapa pun kita, suri rumah mahupun wanita berkerja janganlah kita mengelak dari belajar memandu dan menguruskan hal ehwal rumah tangga.. Baik lelaki mahupun perempuan.. Bila dah berkahwin, perlulah saling membantu sebab bila salah seorang sakit atau tiada kita masih boleh terus melangkah..

Bawa encik suami untuk berurut.. Kita ikhtiar, Allah juga yang menyembuhkan.. Aamiin..

Booster sebelum meneruskan tugas.. Gambar ini diambil pada hari kedua encik suami duduk wad.. Hari ini belum kena kopi lagi.. hehehe..

Saturday, September 3, 2022

Coretan 03 September 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, lega rasanya bila encik suami dah semakin okay.. Cuma kena buat rawatan susulan je.. Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga ye.. Kena pantau dan pastikan beliau dapat rehat yang cukup.. Mujurlah minggu hadapan cuti sekolah.. Lega sikit..

Menguruskan ubat-ubatan encik suami..

HausBoom X Cheers: Perisa Oren

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kedai Mesra Petronas buat sale.. 1 tin ini RM1.20 je.. Selalunya harga dia RM3 lebih macam tu.. Perisa oren dan ada gas.. Apa yang boleh Sha kongsikan air ini dia punya gas memang kuat.. Bayangkan Sha dah campur dengan air batu dan biarkan dalam bekas lain tapi gas dia masih ada tau.. sha buka pagi, sampai ke malam masih ada lagi gas tu cuma tak sekuat masa mula-mula buka.. Memang kuatlah dia punya gas tu.. 

RM1.20

ebook | ENTITI oleh Syafiq Aizat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini sambungan kepada novel bertajuk Kampus.. Watak utama buku ini ialah Iskandar, seorang pelajar berusia 15 tahun.. Beliau terambil sebuah buku yang mengandungi maklumat mengenai entiti ghaib semasa menceroboh masuk ke bilik pengetua.. Iskandar juga telah membebaskan Jin Permintaan tanpa sengaja dan melakukan panggilan hantu air selepas diajak rakan sekelasnya.. Bermula dari situ, Iskandar mula mengkaji dan menyelamatkan orang sekeliling bila Iskandar tahu yang jampu dari buku ada dibelakang bangunan tempat dia berjumpa kembali dengan Jin Permintaan..

Seronoklah baca pengembaraan beliau dalam menyelesaikan teka-teki buku yang diberi nama Encyclopedia Benda-benda Ghaib ini dan kerana buku ini juga Iskandar mendapat seorang rakan baik.. 

Sha baca dan selesai pada 01.09.2022..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published June 30th 2018 by Buku Fixi

Friday, September 2, 2022

ebook | Perang Kucing oleh Bahruddin Bekri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mabuk melihat buku-buku yang boleh dipinjam di aplikasi Oakbee Buffet, tu yang membaca secara tanpa henti.. Kali ini buku bertajuk Perang Kucing menjadi pilihan Sha.. Buku ini memang dah Sha cuba nak baca tapi terhenti di muka surat pertama.. Kali ini kita cuba cari semangat dan baca sampai habis..

Kisah mengenai Penyelamat Dunia dan juga Pemusnah Dunia.. Awal-awal cerita bermula dengan pencarian, kemudian berpindah ke kisah pelajar sekolah yang kena buat projek sains.. Kemunculan sekawan kucing hitam dan seekor kucing putih yang bunting.. Penceritaan bersilih ganti diantara yang mencari dan juga pelajar sekolah.. Konflik zaman sekolah turut diselitkan.. Dihujung novel diselitkan pertempuran diantara askar Malaysia dan juga askar Pemusnah Dunia.. Menariklah..

Sha baca dan selesai pada 01.09.2022..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published 2009 by PTS One Sdn Bhd

Massimo Duetto Kopi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Kopi dan roti.. Gabungan yang menarik.. Bau dan rasa kopinya tak terlalu kuat.. Sedang-sedang je.. Memang sedaplah.. Roti biasa dengan krim kopi.. Harganya RM1 dan boleh dibeli dimana-mana kedai runcit atau pasaraya..  Selamat mencuba.. 

RM1

Thursday, September 1, 2022

ebook | Berteman Puaka oleh KF

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik seram yang bermula dengan pelik dan tak kena langsung.. Tapi Sha tetap teruskan pembacaan dan cerita makin lama makin menarik, pelik dan juga seram.. Sesuai sangatlah tajuk dia dengan jalan cerita komik-komik dalam ini.. Cuma ada satu ke dua komik yang tak ketahuan puncanya.. Lain-lain best dan boleh buat kita pandang kiri kananlah masa membaca.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 01.09.2022..


Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published August 2015 by Kadokawa Gempak Starz

7-Eleven: Mango Madness with Calpis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Crazy Wednesday di 7 Eleven.. Belinya semalam tapi lupa nak up entry ini.. hehehe.. Seronok bila masuk 7 Eleven masa hari Rabu.. Ada bermacam-macam jualan murah yang menarik.. Kali ini sha tertarik nak cuba aiskrim dia.. Sebab perisa manggis dan ada campuran air Calpis.. Pergh!! Memang bestlah.. Sha suka sebab aiskrim dia tak cepat cair.. Puas makan sebab mewah dengan rasa mangga, memang berbaloi dibeli.. Rasa macam nak beli lagi.. hehehe..

RM2 je.. Kalau tak RM3.90.. Kalau tak salahlah..

Iklan dekat pintu masuk 7 Eleven..

ebook | Keris Melayu Semenanjung oleh Abdul Muati@Zamri Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Permulaan September ini kita cuba baca ebook mengenai sejarah.. Sajalah buat tambah-tambah ilmu.. Nak cari semangat membaca balik.. kikiki..

Buku ini bercerita mengenai sejarah keris tu sendiri.. Ada juga di ceritakan mengenai Taming Sari tapi secara ringkas sahajalah.. Seronok membaca buku ini sebab ada disertakan gambar sekali sebagai membantu pembaca memahami dengan lebih terperinci.. Dalam bab 2 diceritakan mengenai bahagian-bahagian keris dan juga pengiraan lok.. Bab 3 pula mengenai adab bila berkeris..

Bila sampai bab 7, diceritakan juga mengenai senjata lain buatan orang Melayu seperti meriam, panah, lembing, tombak, parang, golok dan lain-lain lagi..

Sha baca dan selesai pada 01.09.2022..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published 2015 by UPM Press

Air Soya Sejuk & Panas, Taufu Fa, Selisik Selangor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nak kongsikan satu kedai yang menjual air soya dan taufufah.. Air soyanya asli, bila kita beli baru dia bubuh air gula dan ais.. Pilihan air gulanya pula ada gula merah, sirap dan gula putih.. Taufu fah dia pun dijual asli dengan air gulanya dibungkus berasingan.. Harganya pun masih okay dan berbaloi untuk dibeli.. Kedai air soya ini terletak berdepan dengan simpang nak ke sekolah agama Selisik, Selangor..

Mula berniaga jam 8 pagi hinggalah habis jualan..

Kedai air soyanya..

RM3 - Soya (dengan gula merah)
Sebelum minum, goncang dulu..

Taufu fah gula merah.. - RM2.50
Air gula dia asing, nak makan baru tuang..

Air soya (sirap) - RM3

Selepas digoncang jadi macam air bandung.. hehehe..

Taufu fah - RM2.50
Taufu fah ini memang dijual asing air gulanya.. Bila nak makan baru kita tuang..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com