Wednesday, January 3, 2024

Menjejak 0KM di Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kebetulan hari ini Sha bercuti dan ke Ipoh.. Sajalah cari batu 0KM ini.. Simpan sini buat kenangan.. Tak semua tempat batu 0KM ini cantik dan lawa.. Ada yang biasa-biasa sahaja.. Ada yang letaknya berhadapan dengan pejabat pos.. Ini yang sempat Sha tangkap..

Ini di Tanjung Rambutan, biasa sahaja.. Cuma batunya jelas dan bersih.. Ada di bahagian kiri dan kanan bahu jalan..

Ini di Tapah, berhadapan pejabat pos..

Ini di Bidor, di bahagian luar pejabat pos juga..

Ini di Tanjung Malim.. Sama juga di bahagian luar Pejabat Pos..

Ini di Behrang Stesen.. Agak kurang bersih.. Duduknya juga di hadapan Pejabat Pos..

ebook | Jawhar : Imperfect Gentleman oleh Sara Kyoko

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sangka jodoh mereka kuat rupanya.. Doa Mutiara untuk Jawhar akhirnya berjawab bila mereka bertemu jodoh..

Mutiara seorang yang terlalu berfikir dan main cakap je apa yang dia nak.. Dipertemukan pula dengan Jawhar seorang yang lurus dan mengikut peraturan.. Permulaan perkenalan mereka kurang baik sampailah sepanjang masa, ada sahaja yang tak kena antara mereka namun tanpa disangka, mereka nak dijodohkan.. Maka Jawhar yang dah pernah berkahwin dan kemudiannya menduda mula ambil pendekatan untuk bersuara dan berkenlaan dengan Mutiara.. Tak mudah tambahan pula bial Mutiara seboleh-bolehnya nak tahu punca penceraian antara Jawhar dan bekas isterinya.. Tapi tu lah.. Kalau dah jodohkan..

Satu yang bagus bila ibu bapa duduk berbincang bersama anak-anak yang bakal dikahwinkan.. Walaupun jodoh tu dicarikan oleh ibu bapa tak salah pun anak-anak yang ingin dikahwinkan diberikan peluang untuk bersuara supaya tak akan ada penyeslaan dikemudian hari..

Sha baca dan selesai pada 01.01.2024..

Published November 1, 2022 by Ilham Santai Enterprise

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, January 2, 2024

Coretan Kenangan Disember 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cuti sekolah dua minggu tapi tak banyak aktiviti yang dapat dibuat bersama anak-anak.. Kekangan masa, tanggungjawab dan juga kewangan.. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bawa anak-anak berjalan pada 31 Disember 2023.. Kebetulan ada kenduri kahwin yang perlu encik suami hadiri, maka sambil tu kita bawa anak-anak berjalan.. Perjalanan budget mengikut kemampuan..

Destinasi pertama Muzium padi tapi tempatnya dalam penyelenggaraan maka bergambar di bahagian luar sahaja.. Berlatar belakangkan kapal terbang dan sawah padi..

Destinasi kedua, kami ke Bukit Melawati.. Menaiki tram dengan bayaran RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.. Melihat tinggalan sejarah di Muzium atas bukit dan juga melawat muzium permainan tradisional dengan bayaran RM3 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.. Bayaran tiket tu untuk kedua-dua muzim cuma kena jalan kaki sikitlah.. Tapi okay je sebab di kelilingi pokok-pokok dan ada perigi beracun juga.. Turun ke bawah kita kembali menaiki tram.. Syok..

Jalan-jalan sambil melihat sejarah Selangor..

Kemudian encik suami tunaikan minat Sha dengan mencari kedai kopi unik ini.. Kopinya biasa-biasa sahaja tapi air coklat dia memang padu dan power.. Kopi.Peng Jeram x Nomad.kopi, Jeram Selangor..

Destinasi ketiga ialah kenduri kahwin.. Kami sampai terus salam keluarga pengantin dan tuju ke tempat makan.. Nasi minyak dia sedap betul.. Sha memang terlupa nak ambil gambar ke apa.. kikiki.. Mujurlah ada buah tangan darinkeluarga pengantin ini, bukti hadir.. Yup!! Dapat tepung..

Ini singgahan pertama sebelum ke destinasi seterusnya.. Lama owh tak jumpa Kopi Gantung Perlis ini.. Sedap betul kopi dia.. Memang berbaloilah beli.. Bekasnya besar, harganya baru RM6 tapi kopi dia padu beb..

Singgahan kedua sebelah air kopi, sedap soyanya.. Cincau dia lembut je.. Soya dia berlemak.. Berbaloilah beli..

Destinasi keempat kami ialah MYE Warung (Celup Tepung), Jeram.. Sebelum ini pernah datang tapi tutup.. Kali ini ada rezeki kami.. Disebabkan baru lepas makan nasi kenduri, kami ambil set budget je.. Buat rasa-rasa.. Memang berbaloilah singgah.. Puas hati..

0 KM Kuala Selangor (Pit Stop), Jalan Raja Lumu, Kuala Selangor.. Tak jauh dari Bukit Melawati.. Singgah semasa dalam perjalanan nak balik.. Sempatlah Imani dan Amani main buih sabun dekat sini..

Jomlah balik.. Gerak dari sini Sha pandu sampai ke rumah.. Sejam macam tu dah sampai rumah, sempatlah singgah isi minyak dulu sebelum balik..

0 KM Kuala Selangor (Pit Stop)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini memang tempat wajib cari kalau jalan-jalan.. Saja kumpul buat kenangan dalam blog ini.. Destinasi kedua untuk 0 KM yang berjaya Sha sampai.. Sebelum ini tugu dia bentuk lain, sekarang dah gini bentuknya.. Petang-petang boleh main buih sabun kat sini.. Tak jauh dari Bukit Melawati..

Berjaya sampai..

Simpan sini buat kenangan..

MYE Warung (Celup Tepung), Jeram Selangor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah kali ini singgah, warungnya buka.. Encik suami memang dah lama nak bawa kami ke sini sebab kawan dia cakap harganya berbaloi dan makanannya sedap.. Memang berbaloi sangat pada Sha.. Makanan laut dia pun sedap.. Padanlah dengan tepung goreng tu.. Kami makan berempat kat sini termasuk air dan aiskrim baru RM49..

MYE Warung (Celup Tepung), Jeram, Selangor

Set Jimat Celup Tepung - RM35
Tiga ekor ikan, sotong, udang dalam 5 ke 6 ekor dan dua ekor ketam..

Udang Celup Tepung (6 ekor kalau tak silap) - RM5

Cabaran Membaca 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah mula membaca sebenarnya, cuma tak letak sasaran je lagi dekat Goodreads.. Masih berfikir-fikir nak letak berapa.. 

Keluar dah dekat Goodreads.. Tapi tu lah, tak tahu nak letak berapa..

Sudahnya.. Kitambah 1 angka je dari tahun lepas.. kikiki.. Jomlah baca..

Kopi.Peng Jeram x Nomad.kopi, Jeram Selangor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Encik suami yang carikan kedai ini.. Tersembunyi namun keadaan dan suasana kedai tu ohsem sangat pada Sha.. Kopi dia biasa-biasa sahaja.. Tapi air coklat dia memang padu.. Berbaloilah beli.. Suasana pula memang A lah.. Cantik sangat kalau nak bergambar dan simpan sebagai kenangan..

Signage tepi kedai..

Stall dia depan rumah je..

Ada tempat lepak dan minum..

Ini pandangan dari depan..

Waktu operasi..

Menu yang ditawarkan..

Air yang kami beli:-
Oh My Chocolate (RM7)
Kopi Peng Signature Iced Shaken (RM5)

Monday, January 1, 2024

KMT Korean Hansung Honey Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ramai yang kongsikan pasal honey tea ini.. Jadinya Sha pun akhirnya terjebak juga.. kikiki.. KIta usaha, selebihnya kita serah pada yang maha kuasa.. Tak cuba dan usaha, kita tak tahukan..

Sha bancuh panas.. Sesudu honey lemon tea dengan secawan air panas.. Kacau dan minum, lemon tu kita kunyah.. Tak pahit sebab dah terendam dalam madu kan..

Honey tea aloe nie pun Sha bacuh dengan air panas.. Cuma warna dia tak ketara sangat hijau.. Tapi sedap.. Sha memang suka aloe vera pun.. kikiki.. 

KMT Korean Hansung Honey Tea (1.15kg) Lemon & Aloe - RM31.50
KMT Korean Hansung Tea is the most versatile tea you will ever see. It can be served as hot drinks, cold drinks, or can be eaten as bread or salad dressing, and can even be used as spice for cooking! No preservatives added and free from artificial colors, definitely safe to consume!

1.5kg setiap satu botol ini..
Honey Lemon Tea
- Lemon helps boost your immune system and keep your body warm during cold weather. The liquid helps thin the mucus in your throat as well.
Honey Aloe Tea
- The benefits of aloe vera include relieving constipation, treating high cholesterol and abdominal pain and regulating blood sugar in diabetics. A spoon of aloe tea a day, keeps doctor away!

My Year 2023 in Books

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah selusuri tahun 2023 Sha dengan bacaan.. Ini antara entry wajib untuk setiap awal tahun.. 

Tahun ini membaca seolah-olah terapi dan dalam masa yang sama turut menyerabutkan minda Sha.. Sha masih membaca cumanya Sha dah tak fokus pada satu-satu genre.. Sha cuba baca pelbagai genre dan dalam masa yang sama Sha cuba serabutkan kepala Sha dengan bacaan..

Ini buku yang paling sikit muka surat iaitu Alfred by Francesca Vignaga dan paling banyak mukasurat iaitu Suara Kita : Antologi Seribu Sajak Merdeka oleh Hasnida Samsudin (Editor).. Kalau korang ada buku yang lagi tebal dari ini nak cadangkan pada SHa boleh tinggalkan di ruang komen..

Walaupun Sha baca banyak buku tapi purata muka surat jadi sikit sebab ada buku yang tak punya jumlah muka surat..

Buku yang paling popular di Goodreads Sha baca bertajuk Before the Coffee Gets Cold by Toshikazu Kawaguchi , Geoffrey Trousselot (Translator) dan paling tak popular puala ialah Nah, Ambik Balik Cinta Awak! oleh Ilya Abdullah.. Buku ini tak popular bukan sebab apa tapi masa Sha baca ini baru ada orang bubuh dalam Goodreads.. Tu je..

Purata bintang yang Sha bagi untuk keseluruhan buku yang Sha baca..


Buku pertama yang Sha baca dan review di Goodreads ialah Khadam Arwah (Leman & the Geng) oleh Del Osmera..

Buku Terhempasnya Pesawat MH747 oleh Helmi Effendy ini menjadi buku terakhir yang Sha baca.. Buku yang mengujakan..

Sha berjaya baca lebih dari yang Sha sasarkan.. Sha rasa macam nak kurangkan sasaran.. Kalau korang ada nak bagi jumlah sasaran, boleh tinggalkan dekat komen..

Wonda Coffee: Extra Presso

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selamat pagi.. Sarapan apa tu? Sha minum kopi.. Pergh!! Pekat dan padu betul kopi dia.. Memang terbuka biji mata lepas minum.. kikiki.. Sedap bila minum sejuk-sejuk.. Memang layan.. Terasa kepekatan kopi tu.. 

Wonda Coffee: Extra Presso (240ml) - RM2.50

Koleksi Sepanjang 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kongsikan pembelian ebook, novel dan buku sepanjang 2023.. Hadiah juga ada Sha senaraikan.. Mana-mana tajuk yang ada link pautan tu bermakna Sha dah baca.. Bertambah dan dibaca.. Kiranya ada pergerakanlah kan.. kikiki..

ebook
5. The Undead oleh Del Osmera
11. Gadis Futuristik oleh Sharina Elisa
12. Jurugambar Hantu oleh Ilya Abdullah
13. Al-Ummu oleh Del Osmera
14. Ketukan Kum Kum oleh Ninie Othman
15. Pelesit oleh Ninie Othman
16. Dilangkah Hantu Galah oleh Ninie Othman
17. Sumpahan Hantu Bukit oleh Ninie Othman
18. Kum-kum oleh Ilya Abdullah
19. Teman Pengganti oleh Ilya Abdullah
22. Hikayat Elementalis Purba - Pewaris Phoenix oleh Novelis Dylas
23. Jelik oleh Ismi Fa Ismail
25. FANTASTIK oleh Hasrul Rizwan
26. Akan Ada Akhirnya oleh Ogy Yusof


Novel
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com