Tuesday, January 2, 2024

Coretan Kenangan Disember 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cuti sekolah dua minggu tapi tak banyak aktiviti yang dapat dibuat bersama anak-anak.. Kekangan masa, tanggungjawab dan juga kewangan.. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bawa anak-anak berjalan pada 31 Disember 2023.. Kebetulan ada kenduri kahwin yang perlu encik suami hadiri, maka sambil tu kita bawa anak-anak berjalan.. Perjalanan budget mengikut kemampuan..

Destinasi pertama Muzium padi tapi tempatnya dalam penyelenggaraan maka bergambar di bahagian luar sahaja.. Berlatar belakangkan kapal terbang dan sawah padi..

Destinasi kedua, kami ke Bukit Melawati.. Menaiki tram dengan bayaran RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.. Melihat tinggalan sejarah di Muzium atas bukit dan juga melawat muzium permainan tradisional dengan bayaran RM3 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.. Bayaran tiket tu untuk kedua-dua muzim cuma kena jalan kaki sikitlah.. Tapi okay je sebab di kelilingi pokok-pokok dan ada perigi beracun juga.. Turun ke bawah kita kembali menaiki tram.. Syok..

Jalan-jalan sambil melihat sejarah Selangor..

Kemudian encik suami tunaikan minat Sha dengan mencari kedai kopi unik ini.. Kopinya biasa-biasa sahaja tapi air coklat dia memang padu dan power.. Kopi.Peng Jeram x Nomad.kopi, Jeram Selangor..

Destinasi ketiga ialah kenduri kahwin.. Kami sampai terus salam keluarga pengantin dan tuju ke tempat makan.. Nasi minyak dia sedap betul.. Sha memang terlupa nak ambil gambar ke apa.. kikiki.. Mujurlah ada buah tangan darinkeluarga pengantin ini, bukti hadir.. Yup!! Dapat tepung..

Ini singgahan pertama sebelum ke destinasi seterusnya.. Lama owh tak jumpa Kopi Gantung Perlis ini.. Sedap betul kopi dia.. Memang berbaloilah beli.. Bekasnya besar, harganya baru RM6 tapi kopi dia padu beb..

Singgahan kedua sebelah air kopi, sedap soyanya.. Cincau dia lembut je.. Soya dia berlemak.. Berbaloilah beli..

Destinasi keempat kami ialah MYE Warung (Celup Tepung), Jeram.. Sebelum ini pernah datang tapi tutup.. Kali ini ada rezeki kami.. Disebabkan baru lepas makan nasi kenduri, kami ambil set budget je.. Buat rasa-rasa.. Memang berbaloilah singgah.. Puas hati..

0 KM Kuala Selangor (Pit Stop), Jalan Raja Lumu, Kuala Selangor.. Tak jauh dari Bukit Melawati.. Singgah semasa dalam perjalanan nak balik.. Sempatlah Imani dan Amani main buih sabun dekat sini..

Jomlah balik.. Gerak dari sini Sha pandu sampai ke rumah.. Sejam macam tu dah sampai rumah, sempatlah singgah isi minyak dulu sebelum balik..

7 comments:

  1. Alhamdulillah... Dapat jugak berjln2 sempenA cuti sek... Yg 0km k.sgor tu linda x pnh pulak pergi... Naseb baik bukit melawati pnh pergi.. Hihihi...pdhal mmg laluan balik ke kg tu

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baru 2024 Sha šŸŽ‰ Wah, menarik tempat2 ni. Next time boleh refer kat sini kalau nak jalan2 kat Selangor.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik srmua tempat beli sedap.

    ReplyDelete
  4. ammi pun ke Sekinchan juga cuti Xmas haritu..pastu ke Melawati juga tapi tak naik atas sbb malas nak naik tram

    ReplyDelete
  5. Byak juga tempatnya... tahun nie plan nak ke Perak, Kedah atau Selangor lgi... InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. sy jg laa x smpi2 bkt melawati nišŸ˜
    bleh daaa msk grup fb 0km tuuuušŸ¤£

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com