Monday, January 15, 2024

Selesai Bayar Buku Sesi Mac 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Selesai bayar duit buku Imani untuk Mac 2024.. Tahun ini tak banyak yang perlu ditambah.. Buku garis satu dan buku matematik masih ada banyak lebihan.. Sha tambah untuk buku nota penulisan, sains dan tanda nama sahaja.. Buku-buku lain kita beli ikut senarai.. Kita guna duit Bantuan Awal Persekolahan dan tambah sedikit sebab beli baju PJ dan baju Rumah Sukan.. Seluar sukan elok lagi.. 

Nanti masa cuti sekolah kita datang ambil je buku, dah tak perlu nak bayar-bayar.. Senang juga macam ini.. Tak payah dah nak pening-pening fikir.. Adik dah selesai.. Tinggal kakak je..

Senarai pembelian buku sesi Mac 2024..

Siapa datang awal dapatlah baucer diskaun Hari Hari ini.. Jadilah buat beli stoking dan tudung sekolah.. Baju semua elok lagi..

6 comments:

  1. Awal dpt senarai buku.. Sek anak linda, buku teks pun bru nk pulang mgu depan

    ReplyDelete
  2. cepat dapat list buku..anak ammi text book pun belum pulang lagi.
    dan buku tulis pun rasa semua kena beli sebb si kecik ni ada suka nau buat kapal terbang dengan kertas buku. tau-tau nipis je buku padahal buku baru.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, buat awal tidak kalut barang tidak cukup.

    ReplyDelete
  4. Cepatnya dah settle. Tini pun dok pening kepala memikior pasal buku ni. Nanti nak check dulu mana-mana buku rampaian yang belum guna tahun 2023 hari tu, bolehlah recycle guna masa sesi 2024 ni.

    ReplyDelete
  5. Tahun ajaran baru sekolah di Malaysia itu bulan apa ya kak? Kalo Indonesia bulan July. Jadi list buku biasanya dikasih dekat2 dengan tanggal kemasukan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com