Saturday, January 6, 2024

FamilyMart | Garlic Cream Cheese & Garlic Butter Sausage Bun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli roti ini dengan harapan rasa nya pasti mantap.. kikiki.. Untuk Garlic cream cheese tu, okaylah.. Tak adalah wow sangat sebab cream cheese dia secoet je kat bahagian tengah.. Tak terasa pun bila menggigit.. Kira macam tak puaslah.. Garlic butter sausage tu best.. Mantap dan padu rasa dia.. Memang puas hatilah.. Berbaloi gitu..

Garlic Cream Cheese Bun - RM4.40
Garlic Butter Sausage Bun - RM3.80

ebook | Aku. Dia. Dunia oleh AmirAminHalim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Puisinya terbahaginkepada 3 bahagian.. Bahagian pertama Aku, agak keras dan sinis.. Sentap dan bercelaru jugalah Sha lepas membaca.. Bahagian kedua pula Dia, agak lembut sedikit tapi masih menyentap emosi.. Bila sampai bahagian tiga iaitu Dunia, tak tahulah nak rasa apa.. huhuhu.. Membaca buku ini di saat emosi Sha bahagia tapi tetap mampu menyentap jiwa..  Okaylah pada Sha..

Sha baca pada 02.01.2024 dan selesai pada 03.01.2024..

Published September 1, 2013 by Merpati Jingga

Friday, January 5, 2024

FarmFresh | Choco Mint

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau suka aiskrim coklat mint, belum tentu kamu akan suka air ini.. Pergh!! Lain macam rasa dia.. hahaha.. Jenuh nak habiskan.. Tak ada pula nampak saiz kecik.. Botol besar ini je ada.. Rasa dia agak peliklah untuk lidah dan tekak Sha.. Amani pun tak suka.. huhuhu.. 

Choco Mint (700g) - RM9.90

Mahal tapi tak best.. Ini uji rasa bagi Sha tau.. Tekak kita tak sama ye.. Jangan kecam Sha..

ebook | Grab Me-lah oleh Nurdilla Zaini

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Syok betul baca perkongsian dari pemandu Grab ini.. Macam-macam pengalaman yang dikongsikan.. Bukan mudah sebenarnya nak jadi pemandu grab.. Hati kena kental.. Tu belum lagi dengan perangai manusia yang pelbagai.. Memang memcabar sungguh.. Tak terasa membaca buku ini, kejap je dah selesai..

Sha baca dan selesai pada 01.01.2024..

Published January 1, 2019 by S O Publishing PLT

Aik Cheong Teh Tarik: Cham 4in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aik Cheong pun ada variety Cham (kopi+teh) ini.. Sha beli 1 sachet je, nak rasa.. Bau dia agak pelik untuk Sha.. kikiki.. Gabungan kopi dan teh kan.. Walaupun bau dia Sha tak berapa suka tapi rasa dia masih boleh diterima lidah Sha.. Tapi cukuplah sekadar rasa.. kikiki.. Sha memang tak berapa suka teh tarik jadinya, cham ini Sha minum untuk rasa sahaja.. Tak adalah pelik sangat rasa dia..

Aik Cheong Teh Tarik: Cham 4in1 (38g) - RM0.97 (1 sachet)

Thursday, January 4, 2024

ebook | Dunia Kartun : Ragam Orang Kita oleh Nordin Misnan Deen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lukisannya hitam putih.. Memaparkan sindiran sini kepada semua meliputi pelbagai topik seperti pencemaran alam, politik wang dan lompat parti, rasuah, pandemik Covid-19, konflik Israel-Palestin, masalah pelarian dan juga kemanusiaan.. Memang pedas sindirannya.. Sesuai dibaca semua..

Sha baca dan selesai pada 01.01.2024..

Published January 1, 2022 by PTS Publishing House

Julie's Love Letters Sesame Eggy Rolls

Assalamualaikum..
Hye semua..

Harganya agak kayanganlah juga.. kikiki.. Tapi bila masuk je mulut, terasa berbaloi bayar.. Rasa yang mewah, tebal namun rapuh dan mewah dengan bijan.. Memang best.. Cumanya Sha tak ada pula nampak dijual di kedai atau pasaraya berdekatan tempat tinggal Sha.. Ini Sha beli atas talian di Shopee..

Julie's Love Letters Sesame Eggy Rolls (91.5g) - RM9.00

Ada 3 pek dalam kotak tu..

Dalam setiap pek ada 5 gulungan biskut yang tebal tapi rapuh..

ebook | Melodi Kasih Kita oleh Hezzy Azra

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini membawakan kisah 3 orang sahabat iaitu EJ, Zahara dan Iman.. Namun penceritaan lebih fokus pada konflik perasaan EJ dan juga Zahara..

Iman dah pun berkahwin dan memiliki cahaya mata.. Suami Iman berkerja dengan syarikat EJ.. EJ dah berkahwin dengan pilihan keluarga dan kemudiannya mengambil keputusan untuk membiarkan suaminya yang menguruskan syarikat.. Zahara pula sudah lama sendirian, bertemu dengan Fariq melalui EJ dan mula membuka hatinya.. Walaupun agak susah sebab dah biasa berdikari namun mereka saling menerima.. Konflik timbul bila Laila adik sepupu Fariq mengaku yang dia mengandungkan anak Fariq.. Namun bila disiasat rupanya Laila berhubungan dengan suami EJ.. Memang agak kelam kabutlah jadinya.. Pergolakan yang timbul tidak memisahkan mereka sebaliknya mereka kekal rapat dan saling menyokong..

Buku yang menarik..

Sha baca dan selesai pada 01.01.2023..

Published January 1, 2020 by PorengKertas Publication

Wednesday, January 3, 2024

Melawat Rumah di Taman Kinding, Ipoh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha bercuti hari ini sebab nak tengok rumah di Ipoh.. Penyewa Sha maklumkan ada kerosakan di bahagian bumbung luar dan dalam rumah.. Penyewa Sha dah cuba cari orang untuk baiki tapi tak ada yang boleh datang.. Kebetulan suami bekas rakan sekerja Sha seorang kontraktor, Sha pun cuba-cubalah tanya.. Alhamdulillah dia sanggup nak datang hari ini untuk tengok.. Lega rasanya.. Ini tengah menanti sebut harga sebelum dia mula kerja-kerja pembaikan..

Di sudut hujung ruang tamu..

Di tengah-tengah ruang tamu, berdekatan lampu..

Dinding luar bilik air.. Tak pasti sama ada bocor dalam dinding ke apa.. Sebab bila sentuh, tak ada pula basah..

Menjejak 0KM di Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kebetulan hari ini Sha bercuti dan ke Ipoh.. Sajalah cari batu 0KM ini.. Simpan sini buat kenangan.. Tak semua tempat batu 0KM ini cantik dan lawa.. Ada yang biasa-biasa sahaja.. Ada yang letaknya berhadapan dengan pejabat pos.. Ini yang sempat Sha tangkap..

Ini di Tanjung Rambutan, biasa sahaja.. Cuma batunya jelas dan bersih.. Ada di bahagian kiri dan kanan bahu jalan..

Ini di Tapah, berhadapan pejabat pos..

Ini di Bidor, di bahagian luar pejabat pos juga..

Ini di Tanjung Malim.. Sama juga di bahagian luar Pejabat Pos..

Ini di Behrang Stesen.. Agak kurang bersih.. Duduknya juga di hadapan Pejabat Pos..

ebook | Jawhar : Imperfect Gentleman oleh Sara Kyoko

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sangka jodoh mereka kuat rupanya.. Doa Mutiara untuk Jawhar akhirnya berjawab bila mereka bertemu jodoh..

Mutiara seorang yang terlalu berfikir dan main cakap je apa yang dia nak.. Dipertemukan pula dengan Jawhar seorang yang lurus dan mengikut peraturan.. Permulaan perkenalan mereka kurang baik sampailah sepanjang masa, ada sahaja yang tak kena antara mereka namun tanpa disangka, mereka nak dijodohkan.. Maka Jawhar yang dah pernah berkahwin dan kemudiannya menduda mula ambil pendekatan untuk bersuara dan berkenlaan dengan Mutiara.. Tak mudah tambahan pula bial Mutiara seboleh-bolehnya nak tahu punca penceraian antara Jawhar dan bekas isterinya.. Tapi tu lah.. Kalau dah jodohkan..

Satu yang bagus bila ibu bapa duduk berbincang bersama anak-anak yang bakal dikahwinkan.. Walaupun jodoh tu dicarikan oleh ibu bapa tak salah pun anak-anak yang ingin dikahwinkan diberikan peluang untuk bersuara supaya tak akan ada penyeslaan dikemudian hari..

Sha baca dan selesai pada 01.01.2024..

Published November 1, 2022 by Ilham Santai Enterprise

Wordless Wednesday 2024

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com