Sunday, January 7, 2024

Jepun | Don't Call It Mystery: The Movie (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini macam sambungan dari drama Mystery to Iunakare (2022) tapi bahagian permulaan itu sama je macam drama.. huhuhu.. Bahagian 2 je ada misteri baru yang Kuno selesaikan bersama rakan seuniversiti beliau iaitu Ren.. Kiranya macam Ren ini pun ohsem jugalah.. Kuno dan Ren berkerjasama menyelesaikan misteri dimana tertanamnya kapsul masa.. Seronoklah untuk bahagian dua tu..

Movie: Don't Call It Mystery: The Movie
Also Known As: Do Not Say Mystery: The Movie , Mystery to Iu Nakare Eiga
Director: Matsuyama Hiroaki
Screenwriter: Aizawa Tomoko
Genres: Mystery, Psychological, Life, Drama
Country: Japan
Release Date: Sep 15, 2023
Duration: 2 hr. 8 min.
Kuno Totono is a college student with naturally curly hair. He is extremely smart and loves curry, but doesn't have any friends or a girlfriend. Kuno Totono loves to talk and he can often solve difficult problems simply by talking it through. One day, Kuno Totono visits the city of Hiroshima. There, he gets involved with a mystery involving the succession of the Kariatsumari family’s property.

~~ Adapted from the manga "Mystery to Iunakare" (ミステリと言う勿れ) by Tamura Yumi (田村由美). ~~

Saturday, January 6, 2024

ebook | Egg Shop: The Cookbook by Nick Korbee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Silap pilih pula.. Sha ingatkan resepi yang midah dan senang dicuba tapi kesemuanya rumit dan memerlukan bahan yang pelik-pelik.. hahaha.. Kebanyakkan bahan tu ada di bandar-bandar besar ke.. Tajuknya pasal telur tapi kebanyakan resepi tak berkaitan pun dengan telur.. kikiki.. Ada yang Sha tak pernah dengar pun..

Sha baca dan selesai pada 03.01.2023..

Published March 21, 2017 by William Morrow Cookbooks

Berbekam dan Urut di Tahun 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Permulaan tahun baru dengan urut dan bekam.. Alhamdulillah selepas diurut, ringan rasa badan.. Hari ini Sha buat urutan di perut juga.. Lama tak buat.. kikiki.. Makcik mulakan urutan di bahagian belakang badan.. Kemudian bekam angin untuk memudahkan bekam darah.. Sementera buat bekam di badan, makcik urut dibahagian kaki pula.. Kemudian bekam angin dan darah.. Makcik gunakan jarum dan cucuk 21 kali.. Tak terasa sangat sebab cucukannya laju.. Alhamdulillah darah yang keluar semua okay..

Kita berusaha, selebihnya kita berserah pada Allah..

Ini kopi dan koko keluaran syarikat adik sepupu Sha.. Ada tambahan bidara didalamnya.. Rasanya tidak terlalu keras untuk kopi dan koko tu pula pekat memikat..

FamilyMart | Garlic Cream Cheese & Garlic Butter Sausage Bun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli roti ini dengan harapan rasa nya pasti mantap.. kikiki.. Untuk Garlic cream cheese tu, okaylah.. Tak adalah wow sangat sebab cream cheese dia secoet je kat bahagian tengah.. Tak terasa pun bila menggigit.. Kira macam tak puaslah.. Garlic butter sausage tu best.. Mantap dan padu rasa dia.. Memang puas hatilah.. Berbaloi gitu..

Garlic Cream Cheese Bun - RM4.40
Garlic Butter Sausage Bun - RM3.80

ebook | Aku. Dia. Dunia oleh AmirAminHalim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Puisinya terbahaginkepada 3 bahagian.. Bahagian pertama Aku, agak keras dan sinis.. Sentap dan bercelaru jugalah Sha lepas membaca.. Bahagian kedua pula Dia, agak lembut sedikit tapi masih menyentap emosi.. Bila sampai bahagian tiga iaitu Dunia, tak tahulah nak rasa apa.. huhuhu.. Membaca buku ini di saat emosi Sha bahagia tapi tetap mampu menyentap jiwa..  Okaylah pada Sha..

Sha baca pada 02.01.2024 dan selesai pada 03.01.2024..

Published September 1, 2013 by Merpati Jingga

Friday, January 5, 2024

FarmFresh | Choco Mint

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau suka aiskrim coklat mint, belum tentu kamu akan suka air ini.. Pergh!! Lain macam rasa dia.. hahaha.. Jenuh nak habiskan.. Tak ada pula nampak saiz kecik.. Botol besar ini je ada.. Rasa dia agak peliklah untuk lidah dan tekak Sha.. Amani pun tak suka.. huhuhu.. 

Choco Mint (700g) - RM9.90

Mahal tapi tak best.. Ini uji rasa bagi Sha tau.. Tekak kita tak sama ye.. Jangan kecam Sha..

ebook | Grab Me-lah oleh Nurdilla Zaini

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Syok betul baca perkongsian dari pemandu Grab ini.. Macam-macam pengalaman yang dikongsikan.. Bukan mudah sebenarnya nak jadi pemandu grab.. Hati kena kental.. Tu belum lagi dengan perangai manusia yang pelbagai.. Memang memcabar sungguh.. Tak terasa membaca buku ini, kejap je dah selesai..

Sha baca dan selesai pada 01.01.2024..

Published January 1, 2019 by S O Publishing PLT

Aik Cheong Teh Tarik: Cham 4in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aik Cheong pun ada variety Cham (kopi+teh) ini.. Sha beli 1 sachet je, nak rasa.. Bau dia agak pelik untuk Sha.. kikiki.. Gabungan kopi dan teh kan.. Walaupun bau dia Sha tak berapa suka tapi rasa dia masih boleh diterima lidah Sha.. Tapi cukuplah sekadar rasa.. kikiki.. Sha memang tak berapa suka teh tarik jadinya, cham ini Sha minum untuk rasa sahaja.. Tak adalah pelik sangat rasa dia..

Aik Cheong Teh Tarik: Cham 4in1 (38g) - RM0.97 (1 sachet)

Thursday, January 4, 2024

ebook | Dunia Kartun : Ragam Orang Kita oleh Nordin Misnan Deen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lukisannya hitam putih.. Memaparkan sindiran sini kepada semua meliputi pelbagai topik seperti pencemaran alam, politik wang dan lompat parti, rasuah, pandemik Covid-19, konflik Israel-Palestin, masalah pelarian dan juga kemanusiaan.. Memang pedas sindirannya.. Sesuai dibaca semua..

Sha baca dan selesai pada 01.01.2024..

Published January 1, 2022 by PTS Publishing House

Julie's Love Letters Sesame Eggy Rolls

Assalamualaikum..
Hye semua..

Harganya agak kayanganlah juga.. kikiki.. Tapi bila masuk je mulut, terasa berbaloi bayar.. Rasa yang mewah, tebal namun rapuh dan mewah dengan bijan.. Memang best.. Cumanya Sha tak ada pula nampak dijual di kedai atau pasaraya berdekatan tempat tinggal Sha.. Ini Sha beli atas talian di Shopee..

Julie's Love Letters Sesame Eggy Rolls (91.5g) - RM9.00

Ada 3 pek dalam kotak tu..

Dalam setiap pek ada 5 gulungan biskut yang tebal tapi rapuh..

ebook | Melodi Kasih Kita oleh Hezzy Azra

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini membawakan kisah 3 orang sahabat iaitu EJ, Zahara dan Iman.. Namun penceritaan lebih fokus pada konflik perasaan EJ dan juga Zahara..

Iman dah pun berkahwin dan memiliki cahaya mata.. Suami Iman berkerja dengan syarikat EJ.. EJ dah berkahwin dengan pilihan keluarga dan kemudiannya mengambil keputusan untuk membiarkan suaminya yang menguruskan syarikat.. Zahara pula sudah lama sendirian, bertemu dengan Fariq melalui EJ dan mula membuka hatinya.. Walaupun agak susah sebab dah biasa berdikari namun mereka saling menerima.. Konflik timbul bila Laila adik sepupu Fariq mengaku yang dia mengandungkan anak Fariq.. Namun bila disiasat rupanya Laila berhubungan dengan suami EJ.. Memang agak kelam kabutlah jadinya.. Pergolakan yang timbul tidak memisahkan mereka sebaliknya mereka kekal rapat dan saling menyokong..

Buku yang menarik..

Sha baca dan selesai pada 01.01.2023..

Published January 1, 2020 by PorengKertas Publication

Wednesday, January 3, 2024

Melawat Rumah di Taman Kinding, Ipoh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha bercuti hari ini sebab nak tengok rumah di Ipoh.. Penyewa Sha maklumkan ada kerosakan di bahagian bumbung luar dan dalam rumah.. Penyewa Sha dah cuba cari orang untuk baiki tapi tak ada yang boleh datang.. Kebetulan suami bekas rakan sekerja Sha seorang kontraktor, Sha pun cuba-cubalah tanya.. Alhamdulillah dia sanggup nak datang hari ini untuk tengok.. Lega rasanya.. Ini tengah menanti sebut harga sebelum dia mula kerja-kerja pembaikan..

Di sudut hujung ruang tamu..

Di tengah-tengah ruang tamu, berdekatan lampu..

Dinding luar bilik air.. Tak pasti sama ada bocor dalam dinding ke apa.. Sebab bila sentuh, tak ada pula basah..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com