Wednesday, January 10, 2024

ebook | KAWAL oleh Rez Khael

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Lain macam betul susunan plot cerita ini.. Kalau tak biasa memang pening kepala sebab penulis lompat-lompat dari satu watak ke watak yang lain.. Watak-watak tu semua saling berkait.. Memang tak dijangka-jangka bila sampai bahagian siapa 'aku' tu.. Plot twist dia lain macam.. Memang watak 'aku' tu memanipulasi kesemuanya.. Pergh!! Semuanya kerana dendam akibat kehilangan.. Dendam kalau dipegang, memang akan merosakkan diri.. Cuma tu lah, pening sikitlah, penulis lompat-lompat dari watak ni ke watak nun.. kikiki.. Tapi menarik..

Sha baca dan selesai pada 07.01.2024..

Published December 1, 2019 by Buku FIXI

Kejutan Istimewa di Tahun 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang Sha terima satu bungkusan besar dari pos laju.. Terkejut juga sebab rasanya memang tak ada beli apa-apa.. Bila tengok pengirim, lagilah Sha terkejut.. Terima kasih Anies untuk hadiah yang ohsem sangat-sangat.. Terus Sha pakai hari ini.. 

Rupanya hadiah ini sebab Sha antara yang tersenarai di Top 5 for December 2023 + Top 5 of the year 2023 Anies.. Nampak tak.. Punyalah lama dah tak selalu blogwalking, sampai tak perasan kawan blog umumkan top 5.. Alhamdulillah masih ada rezeki walaupun dah kurang jalan-jalan ke blog kawan-kawan..

Scrunchies (Imani dan cop dengan alasan rambut mak tak banyak tak sesuai pakai..), brooch dan nota comel dari Anies..

Blouse dan tudung.. Cantik sangat..

Pagi tadi sebelum ke pejabat, suruh encik suami snap dulu..

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, January 9, 2024

Julie's Wafer Cube's Peanut Butter

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang sedaplah kiub ini.. Rasa kacang dia yang mewah tapi tak keterlaluan.. Memang asyik mengunyah kiub ini.. kikiki.. Dapatlah sebekas comel.. Jadilah untuk buat kudap-kudap semasa menanti waktu balik.. kikiki..

Julie's Wafer Cube's Peanut Butter (150g) - RM5.80

Dapatlah sebekas comel ini..

ebook | Sudah Hampir Malam di Kyoto oleh Muhammad Haji Salleh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila baca buku puisi ini, memerlukan masa sedikit untuk menghadam apa yang disampaikan.. Sha tertarik dengan buku ini bermula dari kulit buku dia dan juga tajuknya.. Memang tak sangka isi dalamnya puisi yang menarik dan mengujakan.. Puisi paling terkesan dah tentulah bertajuk apa ada pada nama? Memang menarik tambahan pula mengenai ejaan orang zaman dahulu pada nama Muhammad yang seringkali di salah eja menjadi Mohamad, Mohamed atau yang sewaktu dengannya.. Nama ini dekat sangat dengan Sha..

Sha baca pada 06.01.2024 dan selesai pada 07.01.2024..

Published April 1, 2022 by Penerbitan Kata-Pilar

Chek Hup Microground Colombian Cappuccino

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha pernah kongsikan tentang Chek Hup Microground Colombian Mocha kan.. Kali ini Sha nak kongsikan minuman cappucino pula.. Memang sedap minuman dari rangkaian ini.. Bila bergandingan dengan gula batu tu, rasa kopi dia jadi lebih ngam dan sedap.. Memang lebih bestlah..

Chek Hup Microground Colombian Cappuccino - RM5.50

Isi dalam cup tu..
1 sachet x 23g
1 stick x 10g

Selepas dibancuh.. Sedap dan wangi bau kopi dia..

Monday, January 8, 2024

ebook | Mata Ghaib & Mata Ghaib: Siri 2 oleh Uja

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Uja yang diganggu lepas mandi sungai.. Gangguan yang bukan biasa-biasa.. Teruk jugalah sampailah Uja mula pergi berubat.. Namun kejap sahaja dan gangguan datang semula.. Tu belum lagi gangguan yang dibawa balik oleh Mahad.. Perangai Mahad yang suka emmancing tak kira tempat dna masa juga mengundang gangguan.. Malah ada rahsia yang disembunyikan dari Uja.. Makwa yang pelik.. Semuanya memenatkan namun tetap dilalui Uja..

Sha baca dan selesai pada 05.01.2023..

Published January 1, 2020

Published January 1, 2020

China | The Legend of the Condor Heroes: The Dragon Tamer (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Zaman Sha sekolah dulu, Sha pernah layan drama Condor Heroes ini.. Masa tu keluar dekat tv2 rasanya.. Panjang gila tapi nak suruh layan balik drama dia sekarang ini, memang taklah.. Tak lalu.. kikiki..

Filem ini okay lah.. Hero dia macam lurus bentul je.. kikiki.. Dijaga oleh 6 master berbeza kemahiran.. Semasa mengembara terjumpa dengan heroin dan mereka berkerjasama menyelamatkan bayi-bayi yang diculik.. Masa inilah baru jumpa penjahat sebenar.. Hero berjaya kuasai 2 ilmu kung fu yang power demi mengalahkan penjahat.. Syoklah layan..

Movie: The Legend of the Condor Heroes: The Dragon Tamer
Also Known As: She Diao Ying Xiong Chuan Zhi Xiang Long Shih Ba Zhang, She Diao Ying Xiong Zhuan Zhi Xiang Long Shih Ba Zhang, She Diao Xiang Long Shi Ba Zhang
Genres: Romance, Wuxia
Country: China
Release Date: Jun 12, 2021
Duration: 1 hr. 35 min.
A story of a simple boy who overcomes many hardships to finally grow into a hero of his generation. Guo Jing who is a disciple of The Seven Freaks of Jiangnan embarks on a journey where he meets Huang Yaoshi's daughter Huang Rong.

Guo Jing and Huang Rong have become embroiled in the fight over the "Nine Yin Manual." Through the help of Northern Beggar Hong Qi Gong and Old Mischief Zhou Bo Tong, Guo Jing's martial arts skills improve substantially. Ouyang Feng has gone to Peach Blossom Island to propose a marriage with the intention to take the "Nine Yin Manual" for himself. Guo Jing shoulders a heavy responsibility to fight in a decisive battle atop Mount Hua.

~~ Adapted from book 1 "The Legend of the Condor Heroes" (射鵰英雄傳) in the novel series "Condor Trilogy" (射鵰三部曲) by Jin Yong (金庸). ~~

Cabaran Membaca Buku 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rakan di Facebook berkongsi cabaran ini..

Cabaran Membaca Buku 2024
Cabaran ini diberi nama, baca buku yang judulnya tiada huruf A. Baca 3 buah buku judul tanpa huruf A.

Makanya inilah hasilnya.. Susah juga nak cari judul tanpa huruf A.. Ini yang berjaya Sha jumpa.. Buku-buku ini semua Sha pinjam melalui PNM elib.. Baca guna aplikasi eSentral..

ebook | Mie & You oleh Shai Kamarudin

Assalamualaikum
Hye semua..

Mie ini lelaki dan You ini perempuan.. Awalnya mereka saling tidak menyukai dan bermusuh walaupun berjiran namun kemunculan jiran baru yang lebih mengganggu menjadikan mereka kawan baik..Mereka mula berkongsi minat yang sama dan kawan yang sama.. Malah Mie turut memujuk You ketika dia patah hati.. Namun di saat You mula menyompan perasaan, Mie langsung tak nampak sebaliknya bercinta dengan Elle.. Bila You mila buat keputusan untuk menjauh barulah Mie sedar perasaannya.. Namun bermaknakah lagi..

Novel ini dibuat dalam dua bahasa iaitu BM dan juga BI.. Kedua-duanya mempunyai penamat yang berbeza.. BM tamat dengan lebih keras dan realistik manakala BI pula tamat dengan lebih lembut setelah diuji..

Sha baca dan selesai pada 04.01.2024..

Published September 1, 2020 by Nurul Syahida Kamarudin

Sunday, January 7, 2024

Korea | In Dream (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jurang antara realiti dan fantasi terlalu tipis hinggakan mimpi disangkakan kenyataan.. Hong Hwa melalui kehidupan yang memenatkan.. Penat emosi dan juga fizikal bila bapanya koma dan ditahan di hospital.. Bukan mudah melalui kehidupan dengan melepaskan impian yang hampir berada di genggaman demi orang yang disayangi.. Masa ini mimpi mulai menguasai realiti dirinya hingga terperangkap dalam koma..

Movie: In Dream
Also Known As: Indeurim
Director: Shin Jae Ho
Genres: Thriller, Psychological, Drama, Fantasy
Country: South Korea
Release Date: Jun 21, 2023
Tells the story of an ordinary woman with the dream-walking ability to control other people's dreams and a serial killer who can control other people's dreams against the backdrop of a city bustling with serial murder cases.

ebook | Demi Rindumu oleh Diya Jamal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hana langsung tak menyangka perkenalan mengejut antara dirinya dan Haznik akan berakhir dengan perkahwinan.. Walaupun perkahwinan mereka mengejut namun Haznik memang serius dan betul-betul sukakan Hana.. Rintangan dan cabaran mereka buka setakat dari orang ketiga tapi konflik dalaman akibat kehilangan bayi yang terpaksa dilalui Hana.. Melihat kesedihan Haznik menyebabkan Hana membuat keputusan drastik.. Tanpa mereka sedari ada punca lain yang menyebabkan Hana asyik keguguran.. 

Novel yang menarik dan mengujakan.. Betapa hubungan suami isteri itu kena ada tolak ansur, saling mempercayai dan juga komunikasi..

Sha baca dan selesai pada 04.01.2024..

Published October 1, 2016 by Love Novel
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com