Saturday, January 13, 2024

ebook | Pada Suatu Hari oleh Reyna Ibrahim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang sangat menarik.. Penulis menghimpunkan pelbagai kisah kehidupan yang memberikan pengajaran pada kita yang membaca.. Cerita-cerita yang menjentik jiwa supaya lebih menghargai.. Lebih bersyukur dan sentiasa meletakkan diri dalam situasi manusia lain.. Jangan terlalu menghukum sedangkan kita bukan tuhan.. Cuma menerima yang setiap kehidupan ini ada pelajarannya buat kita.. Jangan terlalu mendongak ke langit hanya kerana kita lebih..

Sha baca dan selesai pada 13.01.2024..

Published January 1, 2020 by Rimbunan Publishing House

US | Silent Night (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini memang tak banyak babak bercakap.. Sebab utamanya ialah kerana watak hero tu dah dibisukan akibat ditembak di leher dia.. Jadinya memang filem ini senyap jelah tambahan bila hero bangkit semula dari kesedihan dengan niat nak balas dendam dekat geng yang menyebabkan anak dia mati.. Memang boleh nampak la usaha dia belajar menembak, berlawan, ubah suai kereta demi melaksanakan misi balas dendam.. Masa awal misi dia laksanakan, nampaklah dia struggle nak hapuskan penjenayah tu.. Yelah, orang biasa tapi nak serang sekumpulan penjenayah.. Ingat mudah ke.. Memang berani matilah..

Silent Night
2023 ‧ Action/Thriller ‧ 1h 44m
On Christmas Eve, a man witnesses the death of his young son when the boy gets caught in crossfire between warring gangs. Recovering from a wound that cost him his voice, he soon embarks on a bloody and grueling quest to punish those responsible.

ebook | Aku Bukan Ustak YuTiub oleh Mufarwa Farid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang santai tapi penuh nasihat cumanya cara penyampaian tu sedikit kasarlah.. kikiki.. Kadang cakap elok-elok orang tak nak dengarkan.. kikiki.. Santai je cara beliau selitkan sikit-sikit kata nasihat dan tips-tips yang berguna untuk hidup kita.. Mana yang baik ambil dan jadikan panduan.. Mana teguran yang keras tu kalau sentap, berubahlah.. Ye tak..

Sha baca dan selesai pada 12.01.2024..

Published January 1, 2015 by NuBook Press

Friday, January 12, 2024

Korea | Drama Special Season 14: Overlap Knife, Knife (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila cuba mengubah apa yang terjadi di masa hadapan dengan kembali ke masa lalu, memang memenatkan.. Tak akan ada yang baik pun yang berlaku, tambahan pula bila kematian telah ditetapkan.. Tak sepatutnya masa lalu diubah hanya kerana ingin menyelamatkan masa hadapan.. Hidup ini sepatutnya diteruskan walau apa pun yang terjadi..

Special: Drama Special Season 14: Overlap Knife, Knife
Genres: Drama, Supernatural
Country: South Korea
Episodes: 1
Aired: Dec 2, 2023
Aired On: Saturday
Original Network: KBS2
~~ Adapted from the short story "Overlap Knife, Knife (오버랩 나이프, 나이프) which is a part of short story collection "Cocktail, Love, Zombie" (칵테일, 러브, 좀비) by Jo Ye Eun (조예은). ~~

Giveaway Sampul Raya Rare 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah sertai GA Giveaway Sampul Raya Rare 2024 yang dianjurkan oleh Permaisuri Cuya ini.. Kalau tak nak nanti dia penjarakan korang dalam hati dia.. ha ha.. Tak tahu.. kikiki.. Comel je ayat dia.. Moh le wei joint.. Bukan susah syaratnya.. Hadiah dia rare tau.. 


Chek Hup Madagascar Vanilla Latte Cup

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi dengan vanila madagascar.. Pergh!! Lain macam rasa kopi dia.. Sedap, lembut je.. Tak terlalu keras.. Serasi je kopi dengan vanila tu.. Tak ada yang saling menonjol.. Gitu.. kikiki..

Chek Hup Madagascar Vanilla Latte Cup (28g) - RM4.51
A milky, creamy and mild brew made with microground® Colombian coffee beans and no artificial flavoring. Sweetened to taste with healthier, Chek Hup Crystal rock sugar.

Kopi (28g) dan gula batu (5g)..

Sha tambah ais.. Minum pula dalam cuaca sejuk.. Memang layan..

Thursday, January 11, 2024

US | Trolls Holiday (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Poppy cuba membawakan perayaan dan kegembiraan kepada rakan baiknya Bridget dan Gristle tapi Poppy terlepas pandang yang tak semua orang sukakan perayaan.. Bridget meminta Poppy pergi.. Untuk menyedarkan Poppy keadaan sebenar, Branch melakukan apa yang Poppy buat kepada Bridget dan Gristle.. Masa ini juga Bridget dan Gristle tersedar mengenai apa yang Poppy cuba lakukan.. Akhirnya mereka berbaik semula dan meraikan persahabatan mereka..

Trolls Holiday
2017 ‧ Animation/Musical/Adventure ‧ 26 mins
Poppy, the Queen of Trolls and an ardent optimist, finds out that the Bergens have no holidays left and approaches her friends to assist her in bringing back their holiday.

Kerja-kerja Pembaikan Rumah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelmarin, kontraktor maklumkan diorang akan buat kerja-kerja pembaikan semalam.. Makanya semalam Sha pergilah tengok dan nak buat pembayaran sekali.. Kos keseluruhan RM4200.. Kalau Sha tunggu lagi memang akan naik lagi.. Ini pun kos bahan mentah macam pasir dan simen dah naik harga.. huhuhu.. Gitulah.. Semuanya naik harga..

Ini rupa lantai selepas beberapa tahun.. Memang pecah habis.. Bukan salah penyewa.. Masa Sha dapat rumah dari pemaju pun lantai depan ini memang tak cantik..

Kerja-kerja menyimen semula.. Mereka guna 10+2 beg simen..

Ini kesan bila bumbung atas bocor.. Sejalur kuning jadinya..

Bahagian ini yang perlu dibaiki.. Ini bumbung dekat bahagian letak kereta..

Kena bubuh yang warna putih tu dan letak balik atap tu..

Ini pula dekat bahagian tepi..

Ini bahagian atas rumah..

Lotus Biscoff Sandwich Cookies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut dan krimnya memang ngam.. Cumanya agak manislah untuk Sha.. Sebungkus ini tak adalah banyak isinya.. Bolehlah sekali makan dengan anak-anak.. Cicah kopi memang best.. Kuranglah sikit manisnya.. kikiki..

Lotus Biscoff Sandwich Cookies (150g) - RM9.90

Dapatlah sebekas comel..

Malaysia | Hantu Telekung Kampung Lenggong (2023)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduhai.. Sabar jelah.. Tertengok.. Okaylah dia punya alasan.. Mengacau sebab tak solat bila masuk waktu.. Bersolat dalam keadaan yang tak betul.. Bersolat dalam keadaan yang tak kusyuk..

Tapikan macam tak sesuai je.. huhu.. Sekadar pendapat peribadi..

Hantu Telekung
2023
Pelakon: Ropie, Ain Edruce, Reza Hasbi, Kamarool Hj Yusoff, Nur Syazwani, Helmi Gimmick

Kampung Lenggong telah dihantui oleh hantu dalam telekung. Tok Penghulu kini dituduh sebagai dalang menakutkan orang kampung.

Wednesday, January 10, 2024

India | Raid (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alahai.. Ganas sesangat filem ini.. Kisah seorang polis yang menjalankan tugas dengan cara yang agak extrem.. Penceritaan pun bukanlah dari A ke Z ikut turutan sebaliknya diceritakan dengan terbalik-terbalik.. Kikiki.. Tapi faham je.. Polis ini menentang penjenayah dengan cara yang tak terjangkau.. Penyiasatan dia pun bukan biasa-biasa.. Orang datang buat aduan, dia akan siasat aduan, orang mengadu dan orang yang diadu.. Memang lain macam.. Selebihnya babak gaduh antara polis dan kenjenayah.. Gitu..

Raid
2023 ‧ Action ‧ 2h 2m
Prabhakaran, an individual from Chennai takes an oath to eradicate wrongdoers in society. However. he faces many struggles and problems from the enemies.

Giveaway Perfume SR

Assalamualaikum..
Hye semua..

GA pertama untuk tahun 2024 ini.. Lama nya tak joint GA.. Jomlah ramai-ramai meriahkan GA dari SR ini.. Syarat pun tak susah mana..



GA tamat pada 25 Januari 2024 (11.59 malam). Mari mari!
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com