Friday, June 7, 2024

Koleksi Buku Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku-buku ini Sha tak beli pun.. Diberi orang semuanya.. Kebetulan seminggu sebelum cuti sekolah abang Sha turun ziarah, Abanglah belanja anak-anak buku yang dalam gambar pertama tu.. Sha pun menyelit juga.. kikiki.. Gambar yang kedua tu pula dari sepupu Sha.. Kelmarin baru berkesempatan nak membalutnya.. Lama tak balut buku banyak-banyak macam ini.. Sha guna plastik pembalut warna oren dan hitam.. Bila dah balut ini, barulah syok nak membaca..

Lari-Lari GEMPAK! oleh King Kong
XOXO oleh Axie Oh
Seni Dalam Memberi oleh SisYoujae
Maboroshi oleh Mari Okada
Koleksi Terulung Keladi oleh Keladi

Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi oleh Musa Nuwayri
Terima Kasih Si Babi Hutan oleh Ismail Ariffin @ Lepat
Saring Sebelum Mereng oleh Mat Rodi
Dendam Anak Jagoan oleh Aisa Linglung, Nami Cob Nobbler
Bolot oleh Asmar Shah
KL Noir: Blue by Eeleen Lee(Editor), Mama Vies, Chua Kok Yee
KL Noir: White by Amir Hafizi(editor), Nadia Khan, Foong Li Mei

Jomlah membalut..

ebook | 50 SERIAL KILLERS: Bloody Protagonists of History's Worst Murder Sprees by Gary Lequipe

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kena selalu ingat "Organized or Disorganized, Always Brutal".. Diorang ini kejam.. Tak ada belas kasihan.. Mereka hanya mahukan kepuasan sahaja.. Tak kisahlah sama ada mereka ini psikopat ataupun mengalami masalah mental yang lain..

Mungkin buku bermaklumat paling menyeramkan yang pernah Sha baca.. Tahukah anda bahawa anda perlu melakukan sekurang-kurangnya tiga pembunuhan untuk diklasifikasikan sebagai pembunuh bersiri? dan mesti ada selang waktu "sejuk" antara satu sama lain (tempoh bertenang) di antara pembunuhan yang dilakukan.. Dalam kebanyakan kes, mangsa pembunuh bersiri tidak mengenali pembunuh itu secara peribadi.. Ini menunjukkan bahawa motif pembunuh bersiri adalah lebih psikologi daripada material..

Terdapat dua jenis pembunuh bersiri iaitu pembunuh terancang (psikopat) dan pembunuh tidak teratur (mereka yang mengalami penyakit mental lain).. Perbezaan ini mengambil kira tempat kejadian dan jenis mangsa yang dipilih..

Sha baca dan selesai pada 04.06.2024

Published February 1, 2015 by Cooltura

Thursday, June 6, 2024

Fizzy Kola & Fizzy Orange

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak makan gula-gula ini.. Dulu-dulu selalu je makan sebab dekat tengah-tengah dia tu ada serbuk yang buat kita terkejut.. Cumanya sekarang ini dah tak macam dulu.. Ada secoet je serbuk putih tu.. Tak sempat nak terkejut dah hilang rasa dia.. huhuhu.. Kalau dulu-dulu banyak jugalah.. Siapa yang biasa makan tahulah.. Gula-gula ini ada 3 rasa rupanya tapi Sha jumpa 2 je.. Satu lagi rasa lemon..

Fizzy Kola (120g) - RM2.40
Fizzy Orange (120g) - RM2.40

Fizzy Kola - 35pcs
Fizzy Orenge - 40pcs

ebook | The Wingless Prince by Marisa Fendi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Orked nak lari ke Bayu, sebuah negeri dongeng zaman kanak-kanaknya tapi sebaliknya pula yang berlaku bila Cakra jatuh ke Kampung Rawi dan bertemu Orked.. Cakra yang jatuh kehilangan sayap miliknya dan bertemu Orked.. Dari sini, Orked membantu Cakra untuk menyesuaikan diri dan mencari jalan pulang ke Bayu.. Semasa pencarian, Cakra dan Bayu bertemu dengan orang-orang Bayu yang lain yang terjatuh ke dunia manusia disebabkan kemunculan portal.. Semakin bersemangatlah Cakra untuk kembali bila muncul burung Rajawali miliknya di Kampung Rawi.. Tapi tanpa Cakra sedar, ada duri dalam daging.. Musuh dalam selimut yang berkeinginan jahat.. Kemunculan Cakra meletuskan perang namun Cakra berjaya menundukkan mereka dan kembali ke Bayu menuntut takhtanya..

Sha baca dan selesai pada 01.06.2024..

Published October 4, 2023 by Bookiut

White Castle: Chocolate Chips Cookies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap wei biskut keluaran White Castle ini.. Rangup, rapuh dan sedap dikunyah.. Beli pula dekat kedai ECO, memang berbaloilah harganya.. Satu lagi versi oat.. Yang tu pun sedap juga..

White Castle: Chocolate Chips Cookies (120g) - RM2.40

Ada 7 pek individu..

Setiap pek ada 2 keping biskut..

Nampak tak coklat chip dia.. Depan belakang ada tau.. Pergh!! Layan bila makan..

Wednesday, June 5, 2024

ebook | Weird Things Customers Say in Bookshops by Jen Campbell

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membaca buku ini memberikan pelbagai gabungan perasaan pada Sha.. Tak tahulah nak rasa apa dengan cebisan-cebisan perbualan dan kata-kata aneh serta pelik yang dituturkan oleh pelanggan-pelanggan yang datang ke kedai buku ini.. Ada yang kelakar, ada yang menyedihkan dan juga yang.. Hurm.. Entahlah.. Sha tak tahulah nak ketawa ke, marah ke atau menangis kalau Sha sendiri yang berhadapan dengan pelanggan-pelanggan aneh ini.. Jenuh betul nak melayan mereka yang pelik-pelik ini.. Adoilah.. Boleh sakit jiwa dibuatnya.. Yang aneh aneh sahaja pertanyaan dan permintaannya.. Tak terjangkau dek akal fikiran.. 

Sha baca dan selesai pada 01.06.2024..

Published January 1, 2012 by Constable and Robinson

Lot100 Frutube Gummy Blackcurrant & Assorted

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gummy versi ini agak kenyal bila dikunyah.. Kenyal dan masam.. hahaha.. Jenuh juga nak kunyah.. Hahaha.. Berkerut muka bila makan.. Sha beli dekat 99 Speedmart.. Syok makan sambil buat kerja.. Hilang mengantuk.. kikiki..

Lot 100 Frutube Gummy Blackcurrant (40g) - RM1.49
Lot 100 Frutube Gummy Assorted (40g) - RM1.49

Blackcurrant ada 10 ketul gummy..

Ada 10 ketul dengan pelbagai rasa.. Oren, anggur hitam, strawberi, lemon dan nanas..

Temujanji Berturut-Turut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha punya temujanji berturut-turut.. Sebelah pagi Sha kena ambil darah.. Dua kali.. Mula-mula darah puasa untuk tiga tube.. Kemudian MA suruh makan dan datang semula lepas 2 jam untuk ambil lagi darah dan bubuh dalam 2 tube bertutup kelabu.. Kiri kanan tangan kena cucuk.. Sakit pula ambil darah kali ini.. kikiki.. 

Petangnya pula Sha ada TCA Implanon di Klinik Ibu & Anak.. Sekali lagi kena cucuk untuk ambil darah.. Kikiki.. Jenuh kena cucuk hari ini.. Alhamdulillah keputusan semua okay.. Doktor tanya soalan-soalan biasa ditanya.. Kitaran haid, berat, keputusan ujian mammogram dan juga review mengenai keputusan DNA HPV..

6 bulan lagi baru jumpa lagi.. 

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, June 4, 2024

ebook | Leluhur oleh Arman Jazee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak membaca di aplikasi Cereka.. Jun ini kita mulakan dengan buku baru di Cereka bertajuk Leluhur.. Pergh!! Permulaan yang mantap..

Inspektor Damia di datangi kes yang sungguh tak disangka.. Pembunuhan kejam yang sangat pelik dan saling tidak berkait.. Pada pembunuhan pertama, Inspektor Damia cuba menggunakan deria keenam untuk melihat penjahatnya tapi tak berjaya.. Pada pembunuhan kedua, deria keenam Inspektor Damia telah disekat pembunuh dan Inspektor Damia diugut untuk tidak meneruskan penyiasatan tapi beliau tetap teruskan.. Pembunuhan ketiga menemukan Inspektor Damia dengan pembunuh secara berdepan dan dari situ penyiasatan Inspektor Damia mula menampakkan sinar tapi akibatnya juga tak terjangkau dek akal.. Apa yang diketahui dan ditemui bukanlah apa yang disangka.. Pertempuran yang telah berlaku sejak berzaman dan kebenaran yang menyakitkan..

Kalau baca penamat macam penulis nak buat sambungan.. Harapnya adalah.. Lama tak teruja macam ini.. kikiki.. Tahniah penulis untuk buku yang ohsem ini..

Sha baca dan selesai pada 01.06.2024..

Published January 1, 2023 by Alaf 21

Tong Garden Sun Gift Seedless Mint Plum & Dried Plum

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Padu rasa masam dia.. Memang ngamlah.. Pakej yang warna hijau tu tambah extra rasa iaitu mint.. Tapi okaylah tak adalah pelik rasa dia.. Ngam je untuk Sha.. Bayangkan rasa asam tapi ada sedikit berangin disebabkan mint.. Kikiki.. Syok owh.. Sha makan masa mengantuk dekat pejabat.. Memang layanlah.. Tapi mungkin pelik untuk orang yang tak berapa suka rasa masam campur mint.. 

Cuma tulah, pembungkusan dia tu jenis, kalau dah buka kena habiskan.. Tak boleh nak seal balik.. kikiki.. Jadinya lepas buka, Sha simpan dalam bekas kecil.. 

Tong Garden Sun Gift Seedless Mint Plum (18g) - RM4.23
Tong Garden Sun Gift Seedless Dried Plum (18g) - RM4.37

Lebih kurang je kan warnanya.. Kiri mint kanan biasa je..

Meraikan Ulang Tahun Perkahwinan Kami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ahad (02.06.2024) kami ke Wangsa Maju dan KL.. Meraikan ulang tahun perkahwinan yang dah terlepas.. kikiki.. Sambutan yang lambat sebab encik suami agak sibuk minggu lepas.. Selain meraikan ulang tahun perkahwinan kami, bawa anak-anak berjalan jugalah.. Kebetulan cuti sekolahkan.. Walaupun dah hujung-hujung.. Asalnya kami nak ke Soru Station di Wangsa Maju.. Tapi bila sampai kemain penuh orang dalam kedai.. Memang tak jadilah menyinggah.. Mujurlah bila jalan depan sikit ada kedai yang cantik dan lengang.. Kami singgah tanpa baca review pun.. Alhamdulillah.. Makanan sedap dan berbaloilah dengan harganya.. Mantap.. Paling best bila anak-anak suka dan gembira.. Lepas makan terus gerak gi KLCC bawa anak-anak tengok suasana.. Rasa macam dekat luar negara.. hahaha.. Ramai gila orang.. Lepas tu kami jalan kaki pergi Lintasan Saloma.. Pergh!! Baru tahu Lintasan Saloma ini tak jauh dari KLCC dan sebelah ada Tanah Perkuburan Islam.. Macam tak sesuai je, ini pandangan Sha lah.. Sempatlah bergambar sekeping dua.. Merasai suasana malam.. Kemudian kami ke Bukit Bintang nak beli Kunafalah cadangnya.. Pergh!! Sesak okay.. Sejam jugalah sangkut dalam kesesakan lalu lintas.. Tapi berbaloilah sebab dapat beli air Avacado yang sedap dan berlemak.. Lepas tu terus gerak balik..

Ini pesanan kami.. Chicken chop with Butter rice, Berger Iron Man, Chicken Grill dan Coney Dogg.. Air dia pun best tapi lupa nak snap.. kikiki..

Pintasan Saloma.. Ramai gila orang dekat sini.. Pergh!!
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com