Sunday, May 4, 2025

Munchy’s LEXUS Salted Chocolate Biscuit Sandwich with Roasted Peanut Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut coklat bergaram dengan inti krim kacang panggang.. Memang ngam dan sedap dimakan.. Berbaloi lagi beli sebab ada percuma 2 pek.. Selalunya ada 10 pek ja isi dalam dia.. Rasa inti kacang tu memang ngamlah dengan biskut coklat bergaram tu.. Sha rasa ini yang paling sedap di tekak Sha..

Munchy’s LEXUS Salted Chocolate Biscuit Sandwich with Roasted Peanut Cream (190g+38g) - RM5.50

Ada 12 pek dalam dia..

Ada 2 keping dalam setiap pek..

I ti dia hampir penuh..

Korea | Dark Nuns (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Katanya filem ini spin off dari filem The Priests (2015).. Kali ini seorang budak lelaki dirasuk.. Sister Junia sedaya upaya cuba untuk menyelamatkan budak lelaki tu dengan apa cara sekalipun.. Father Paul cuba menghalang namun saat melihat rasukan yang ganas, beliau akhirnya menyerah dan memberi keizinan pada Sister Junia untuk meneruskan usaha beliau.. Penamat dia memang agak menyedihkanlah.. Lepastu ada babak dimana Sister Michaela berjumpa dengan Choi Jun Ho..

Movie: Dark Nuns
Also Known As: The Nuns, Black Nuns, Geomeun Sunyeodeul
Director: Kwon Hyeok Jae
Genres: Thriller, Mystery, Horror, Supernatural
Country: South Korea
Release Date: Jan 24, 2025
Duration: 1 hr. 54 min.
Hee Joon gets possessed by an evil spirit. Sister Junia takes it upon herself to save the boy aided along the way by Sister Michaela who decides to help her even though chaos surrounds them. Father Paolo, a psychiatrist, believes that he can cure Hee Joon with medical intervention meanwhile Father Andrea performs exorcisms on the boy.

Econsave Choice | Pre-Mixed Coffee Original

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi ini Sha beli dekat Hospimart.. Beli untuk cuba sebab tak pernah nampak.. Rasa dia okaylah cuma manis.. Rasa kopi tak adalah kuat sangat lebih kepada ada.. Faham tak?? kikiki.. Kira macam kita tahulah dia kopi cuma kopi tu tak banyak.. Gitu..

Econsave Choice: Pre-Mixed Coffee Original (18g) - RM1.00

Saturday, May 3, 2025

China | Qimen Mechanism Volume (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisahnya dua negara iaitu The Qi dan Chu bergaduh dan berperang demi merebut Qimen Mechanism yang dikatakan mampu memberikan kekuatan pada negara yang memilikinya.. Mo Xin pula Ketua bagi Mohist berusaha menghalang peperangan.. Malangnya antara mereka ada pengkhianat.. Semuanya demi dendam yang ingin dilunaskan.. Bila manusia dikuasai ketamakkan dan dendam, nyawa manusia lain tidak lagi berharga.. Okaylah cerita dia.. Menarik.. 

Qimen Mechanism Volume
2025 ‧ Fantasy/Adventure ‧ 1h 12m
The plot revolves around the Qimen Mechanism Volume that unexpectedly appears in the Ghost Valley Tomb. The Qi and Chu dynasties send men to the tomb to retrieve the treasure volume, resulting in heavy casualties on both sides. Upon receiving the letter from Mu Yuan, Mo Xin, the Mohist leader, rushes to the Ghost Valley Tomb with his senior, Gongshu Ye, and his junior, Ah Bao, with the hope of ending the war. But after overcoming all kinds of obstacles and destroying the conspiracy of the Ghost Valley’s old scumbag, they encounter a greater crisis. Ultimately, the trio work together to resolve the crisis.

Zess Assorted Biscuits

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jenama Zess ini memang Sha tak pernah nak cubalah walaupun selalu tengok..Alasan untuk jadikan kudapan anak-anak di rumah buat Sha beli pek aneka perasa ini.. Ada 9 jenis biskut dalam dia.. Kuantiti yang diberikan bagi setiap jenis biskut tu agak berpatutanlah pada Sha.. Harga pun okaylah.. Anak-anak ini tak boleh beli biskut yang sama ja, nanti diorang jemu.. Jadinya Sha suka beli pek pelbagai macam ini.. Bolehlah diorang tukar-tukar rasa.. Tak adalah rasa yang sama ja kan.. Sha pun bolehlah kongsi kat sini.. kikiki..

Zess Assorted Biscuits (451g) - RM6.99

Chocolate Sandwich Biscuits: Vanilla (3X19.6g)
Chocolate Sanwich Biscuits: Chocolate (2X19.6g)
Sandwich Cracker Lemon (3X18g)
Sandwich Cracker Cheese (3X18g)
Sandwich Cracker Chocolate (3X18g)
Peanut Butter Cracker Sandwiches (3X17g)
Cheese Cracker Sandwiches (3X17g)
Original Cream Cracker (2X23g)
Sugar Cracker (1X24g)

India | KA (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini bawa kita menyelusuri kehidupan Vasudev melalui penceritaan semula oleh Vasudev setelah dia ditangkap dan dikurung.. Selain Vasudev, Radha juga turut dikurung.. Perlahan-lahan kita akan mengenali siapa Vasudev ini.. Awalnya Sha ingatkan dia jahat tapi rupanya dia hanyalah seorang ellaki yang dahagakan kasih sayang seorang ibu dan sangat menghormati perempuan.. Disebabkan perangai Vasudev yang suka membaca surat orang lain, dia berjaya menyelesaikan masalah kehilangan gadis di sebua kampung..

KA
2024 ‧ Action/Thriller ‧ 2h 31m
Abhinaya Vasudev, habitually reading others letters, wakes with no memory in a high-security interrogation cell. A mysterious interrogator uses a hypnotizing gadget to uncover his life, revealing all his roguish deeds.

Friday, May 2, 2025

7Cafe: Chocolate Coffee & Peanut Coconut Pau

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli pau ini dengan tebus point dalam aplikasi My7E.. Kalau tak tebus, hilang macam tu ja point tu nanti.. Kebetulan ada pau baru, belilah dua ketul.. Unik pula inti dia tu.. Owh ya.. Sha suka pau ini walaupun dah sejuk, paunya kekal lembut.. Memang syoklah nak kunyah..

Chocolate Coffee Pau (RM2.90) & Peanut Coconut Pau (RM2.90)

Chocolate Coffee Pau - Gabungan rasa coklat dan kopi tu ngam tau.. Memang sepadanlah, tak ada yang terlalu berlebihan antara dua rasa tu.. Suka pula Sha gabungan ini..

Peanut Coconut Pau - Ini macam pelik sikit tapi tak adalah melampau sangat.. Nampak tak dua perbezaan warna pada inti dia tu.. Warna yang gelap ti inti kelapa manis dan yang coklat di bahagian tengah tu rasa kacang.. Gandingan yang unik tapi tak berapa kena dengan Sha.. Sekadar mencuba.. Gitu..

ebook | Amuk oleh Khairi Mohd

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang kena betullah gambar pada kulit buku dan tajuk dia dengan jalan ceritanya.. Memang betul-betul di amuk nya perasaan kita yang membaca.. Seram, misteri dan juga di mainnya emosi kita..

Cerita bermula dengan pertemuan antara Zairi dan Alamin.. Sementara menunggu Maisarah, Zairi membuka cerita tentang dirinya dan pengalaman mistik yang dilalui.. Paling memberi kesan dah tentulah cerita antara Zairi dan Maisarah.. Pengalaman yang dikongsikan Zairi memang mendebarkan namun bila sampai pada suku terakhir buku, terus rasa macam.. Argh!! Sakitnya tuh disitu.. Tak sangka sebahagian cerita Zairi bukanlah seindah seperti yang diceritakan.. Memang dengan kita sekalilah terasa beratnya apa yang ditanggung Zairi.. 

Penceritaan kali ini memang mantaplah pada Sha.. Tahniah penulis..

Seminggu lebih baru habis baca.. hahaha..

Published May 24, 2024 by Buku Fixi

Sunshine Whole Grains 100% Australian Oat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Roti potong dari jenama Sunshine ini saiz dia kecil sikit dari Gardenia.. Kiranya memang ngamlah untuk yang nak makan sikit.. kikiki.. Tapikan roti versi ini kalau makan kosong pun sedap ja.. Kalau korang nak sapu jem ke, kaya ke atau mentega ka pun akan buat dia lagi sedap.. Sha suka makan kosong macam tu ja..

Sunshine Whole Grains 100% Australian Oat (400g) - RM4.00

Menarik tau sebab sekeping ini pun mampu kenyangkan perut..

Thursday, May 1, 2025

Mesyuarat Agung PIBG SMK kali Ke-15

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha hadir mesyuarat PIBG kali ke 15 untuk Sekolah Menengah pula.. Sha bawa usul juga semalam buat pertama kalinya.. Usul yang Sha bawakan ialah pendedahan awal ke mana hala tuju pelajar untuk pelajar tingkatan 3 dan 5.. Sha minta sekolah buat sesi tu pada awal tahun dan panggil ibu bapa sekali untuk sesi penerangan tu selain pihak-pihak luar seperti wakil dari Kolej Vokasional, MARA, Politeknik, Kolej Komuniti dan lain-lain.. Sha cadangkan macam ini supaya pelajar dan ibu bapa boleh bersedia lebih awal untuk hala tuju anak-anak..

Dapat cabutan bertuah tapi hadiahnya Sha tak ambil.. Sha bagi mak yang tak dapat hadiah..

Sha dapat sijil dan juga saguhati untuk AJK sesi 2024/2025 dan dilantik semula sebagai AJK Sesi 2025..

Mesyuarat PIBG kali ini sekolah buat melalui dua cara iaitu bersemuka dan juga atas talian tapi tetaplah tak ramai yang sertai.. huhuhu..

Giveaway Limited Ice Latte My7E

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam saja tebus air latte 7Cafe ini.. Semalam tarikh akhir.. Dapatlah secawan latte ais dari 7Cafe.. Jaranglah nak beli kopi dekat 7Cafe ini sebab selalu tak ada.. hahaha.. Semalam saja cuba nasib, eh ada pula.. Jadinya tebus je lah.. Sha dapat voucher ini dekat aplikasi 7E.. Dia bagi voucher ini satu ja untuk seorang..

Tunjuk ja dekat kaunter, nanti pekerja 7Cafe scan barkod dan bagi air..

Inilah dia latte nya.. Bolehlah kopi dia.. Sesekali layan..

Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-12 Sekolah Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ke sekolah Imani untuk memberi sokongan kepada Imani yang masuk perbarisan.. Hari Jumaat minggu lepas beliau dah pun lawan tarik tali dan rumah sukan beliau mendapat tempat ketiga.. Semalam hanya ada acara perbarisan rumah sukan sahaja untuk Imani.. Selesai perbarisan, perasmian dan acara lumba lari terus Sha ajak Imani balik.. Maknya penat tak tahu nak cakap.. hahaha.. Tua dah kan.. 

Gigih carikan kipas ini semalam dekat MrDIY.. Mintanya masa dah sampai rumah.. Mak pun bawalah juga keluar lepas maghrib.. 

Sukan Amani Sha tak pergi sebab Amani tak masuk apa-apa acara dan kebetulan Sha ada temujanji bekam.. Kalau tak memang Sha pergilah juga ke sekolah Amani..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com