Friday, August 8, 2025

MRI di KPJ Kali Kedua

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pada 31.07.2025, Sha kembali menelefon KPJ untuk mendapatkan tarikh temujanji bagi pihak suami.. Pada 29.07.2025 selepas temujanji dengan doktor, kami emailkan surat untuk MRI kepada pihak KPJ supaya mereka boleh bagi tarikh temujanji mengikut kekosongan mereka.. Jadi selepas dapat tarikh temujanji, Sha maklumkan encik suami supaya beliau boleh mohon cuti dengan pegawai beliau.. Sha juga perlu dapatkan keputusan darah encik suami yang sebelum ini dari MOPD untuk dibawa bersama semasa MRI nanti.. Kalau dah ada keputusan darah terkini, mereka boleh terus buat ja MRI, tak payah lah nak buat ujian darah lagi di KPJ..

Terlupa ambil ubat encik suami.. 

Semalam (07.08.2025) kami ke KPJ seawal jam 7 pagi.. Bersesak-sesaklah dengan mereka yang nak masuk ke pejabat dan menghantar anak sekolah.. Sampai di KPJ ngam-ngam 5 minit sebelum 8.30 pagi.. Lepas bagi surat xray dan krputusan darah, mereka suruh tunggu sekejap untuk pemasangan jarum.. Selepas pemasangan jarum, kena tunggu lagi sebab encik suami pesakit yang kedua untuk buat MRI.. Encik suami masuk jam 9.30 pagi dan keluar semula jam 10.30 pagi.. Alhamdulillah, kali ini proses MRI tu tak lah sesakit seperti yang pertama kali itu kata encik suami.. Lepas selesai pembayaran dan ambil keputusan ujian MRI, kami terus gerak balik..
Pasang jarum dulu sebelum dipanggil untuk MRI..

Hari Interaksi Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam ada Hari Interaksi di sekolah Imani.. Oleh kerana Sha kena bawa encik suami ke KPJ, Sha minta Imani maklumkan cikgunya yang kami tak dapat datang.. Alhamdulillah Imani faham yang kami tak boleh nak datang.. Petangnya Imani tunjuklah keputusan TP untuk semua subjek dia.. Alhamdulillah semuanya berada dalam prestasi yang baik-baik.. Mana yang TP4 tu Imani bagi tahu sebab dia tak berapa aktif dalam kelas.. Bila Sha tengok subjeknya, Sha fahamlah kenapa dia tak aktif.. Bukan subjek kesukaan dia.. Selepas selesai semua urusan petang itu, Sha mesej cikgu kelas Imani nak tahu juga maklum balas dari cikgunya tentang Imani..

Legalah bila makluman begini yang Sha dapat dari cikgu..

Thursday, August 7, 2025

ebook | Miss Princess Bodyguard oleh Alam Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal tu macam pening sikit baca sebab nama negaranya, nama puterinya.. Tapi bila dah baca sampai habis, best ja.. Cuma tajuk dengan jalan cerita dia macam tak berapa kena..

Kisah seorang Puteri raja bernama Tiara yang keluar menjelajah ke negara luar untuk lawatan tak rasmi demi membangunkan negara beliau.. Tiara akhirnya sampai ke Pulau Jeju dan berkenalan dengan Najat.. Bertiga bersama pengawal peribadinya iaitu Olga mereka melalui pelbagai pengalaman yang tak disangka.. Memang seolah-olah kita turt sama melancong ke Jeju bersama Tiara dan rakan-rakannya.. Menarik..

Sha baca pada 31.07.2025 dan selesai pada 01.08.2025..

Published May 25, 2023 by Bookiut

Farm Fresh Grow Cultured Milk: Apple & Tutti Frutti

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya jumpa juga perisa Tutti Frutti dan epal ini.. Suka betul Sha dengan corak pada botol tu.. Comel sangat.. Buat bekal anak-anak pun bagus ini.. Minuman yang bantu melawaskan.. Rasa epal tu tak adalah kuat mana tapi kita tahulah yang air tu rasa epal.. Tutti Frutti tu memang meriahlah rasanya, sedap.. Dua-dua pun best kalau diminum sejuk.. Sebotol di pagi hari emmang ngam untuk perut..

Farm Fresh Grow Cultured Milk: Apple (5pcs X 100ml) - RM4.50
Farm Fresh Grow Cultured Milk: Tutti Frutti (5pcs X 100ml) - RM4.50

Comelkan corak dia..

ebook | Sahabat Misi 3Q #3: Teguh Sepakat oleh Ben Wong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini buku ketiga untuk siri ini.. Buku pertama Sha dah baca, manakala buku kedua belum lagi..

Konflik dalam buku ini tidaklah terlalu berat, lebih pada hubungan emosi dan perasaan seorang anak remaja.. Semuanya bermula dengan robot ciptaan mereka terbakar.. Namun hasil kesepakatan, mereka membina semula robot baru dan terpilih untuk menyertai kem robotik.. Komik yang sempoi dan sesuai dibaca semua.. Cuma penamat dia tu, kenalah baca sambungannya.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 30.07.2025..

Published May 20, 2024 by Komik-M

Wednesday, August 6, 2025

Libib | Library Management Web App

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom Sha kongsikan mengenai Libib ini dengan anda semua.. Aplikasi ini bagus digunakan sebagai sistem penyimpanan dan pencarian buku untuk perpustakaan yang ada koleksi bahan dalam 5,000 (ini percuma) ke bawah, kalau bukunya lebih dari 5000 kita kena bayar untuk tambah buku yang selebihnya.. Lebih mudah nak cari dan kenal pasti bahan yang kita ada melalui aplikasi Libib ini.. Sha pun masih belajar guna lagi.. Tapi bagi Sha memang mudahlah untuk Perpustakaan yang tak ada sistem untuk menyimpan koleksi buku mereka..

LANGKAH 1: Daftar Akaun Libib
1. Pergi ke laman web: https://www.libib.com
2. Klik “Sign Up” (atas kanan)
3. Pilih pelan “Basic (Free)” – sesuai untuk permulaan
4. Masukkan maklumat:
- Nama
- Emel rasmi tempat kerja (boleh juga guna emel biasa)
- Kata laluan
5. Sahkan emel melalui inbox.

LANGKAH 2: Cipta “Library”
1. Selepas log masuk, klik butang “+ New Library”
2. Namakan perpustakaan, contoh: Perpustakaan Perubatan Klinik ABC
3. Pilih jenis koleksi: Books
4. Klik “Create”

LANGKAH 3: Masukkan Buku ke Dalam Sistem
📱 Cara 1: Guna App Libib di Telefon
1. Muat turun aplikasi Libib di Google Play / App Store.
2. Log masuk.
3. Buka perpustakaan yang dibuat tadi.
4. Tekan ikon barcode scanner, dan mula scan ISBN buku satu demi satu
5. Maklumat buku akan keluar automatik (tajuk, pengarang, penerbit, dll)
6. Jika tiada barcode, boleh tambah secara manual.

💻 Cara 2: Guna Web (Lebih Sesuai untuk Masukkan Buku Banyak Sekali Gus)
1. Klik tab Books > Add Item.
2. Boleh cari guna ISBN atau tajuk.
3. Masukkan info buku (tajuk, penulis, tahun, lokasi rak).
4. Ulang untuk semua buku.


Ini paparan kita sebagai pemilik.. Boleh imbas ja barkod pada buku kalau nak cepat atau masukkan secara manual sekiranya tiada barkod atau buku tu Libib tak jumpa datanya..

Ini pula paparan bila kita gunakan aplikasi Libib di telefon..

📱 Saiz App Libib:
Sekitar 15–20 MB sahaja
(tidak termasuk data tambahan selepas penggunaan)

iOS (App Store):
Sekitar 30–35 MB

➡️ Sangat ringan berbanding banyak aplikasi lain.
➡️ Tidak beratkan telefon, sesuai untuk guna jangka panjang.

🔄 Nota Tambahan:
1. Aplikasi ini tak simpan semua data buku dalam telefon. Data disimpan di cloud (server Libib) — jadi apps tak berat walaupun kamu katalog ribuan buku.
2. Tapi perlu ada internet untuk sync data dan scan ISBN

Tips Penggunaan di Telefon:
1. Pastikan kamu benarkan akses kamera untuk scan ISBN.
2. Jika scan tak berjaya, boleh masukkan buku secara manual.
3. App ni sync automatik dengan akaun web — jadi apa yang kamu buat di telefon, boleh terus sambung guna komputer nanti.

Ini pula paparan selepas kita publishkan library kita tu.. Pengguna boleh buat carian berdasarkan tag yang berada di bahagian kiri tu sahaja dan kemudian perlu scroll untuk melihat keseluruhan koleksi.. Pengguna tak boleh melakukan carian sebab di paparan ini tak ada butang carian..

🛠 Cara untuk kongsi akses dengan orang luar (public):
1. Log masuk ke Libib (versi web):
2. Klik nama library/perpustakaan kamu.
3. Pergi ke tab “Settings” (ikon gear).
4. Scroll ke bawah dan aktifkan:
✅ “Public Library” → ON
(akan keluar link khas)
5. Salin link public dan beri pada orang yang nak akses (contoh: staf lain, pelajar, pengunjung).

Apa Yang Boleh Dilihat Oleh Orang Luar?
🔍 Mereka boleh:
Semak senarai buku
Lihat maklumat asas buku (tajuk, pengarang, tag, lokasi kalau kamu masukkan)

🚫 Mereka tak boleh:
Tambah/edit padam buku
Lihat nota peribadi
Gunakan sistem pinjaman (kecuali kamu guna versi Pro dan buat tetapan khas)

💡 Guna Fungsi Ini Untuk:
1. Staf semak dulu sama ada buku ada atau tak
2. Staf baru cari rujukan berkaitan
3. Menyokong pembelajaran kendiri
4. Kongsi koleksi buku dengan jabatan lain

Kuda Merah Overheat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ahad tu lepas gunting rambut, Sha singgah Behrang Resident beli nasi ayam gepuk untuk anak-anak makan.. Sekali keluar dari kedai, ada seorang lelaki berdiri tepi kereta Sha.. Dia tegur Sha bagi tahu kereta Sha overheat dan tunjuk air warna hijau bawah kereta Sha.. Dia suruh panggil towing.. Sha ucap terima kasih dekat lelaki tu.. Sha terus matikan enjin dan minta Imani keluar.. Sha buat panggilan telefon dekat encik suami dan menunggulah kami di situ.. Lepas encik suami datang, dia bawa kami balik dulu.. 

Petang dalam jam 5 lebih tu baru kami datang balik tengok kereta.. Encik suami bawa 5kg air paip dan isi semula dalam kereta.. Bila enjin mahu hidup, encik suami bawa balik kereta Sha tu terus ke kuarters.. Malamnya baru beliau buka dan tengok untuk cari masalah yang sebenarnya..

Awal tu encik suami cakap kipas tak pusing tapi malamnya bila dia periksa semula barulah jumpa masalah yang sebenar.. Masalahnya pada relay yang dah tak berfungsi.. Lepas tu bearing tayar depan dah sampai masa dia untuk tukar juga.. Bila encik suami periksa kereta, beliau jumpa juga kebocoran pada minyak break..

Semalam encik suami lapang terus beliau selesaikan urusan kereta merah tu.. Tukar bearing kiri kanan campur upah kenalah RM150.. Ini harga baram RM50 ja, yang mahal tu upah pasang.. huhuhu.. Beli relay dan tukar sendiri baru RM15.. Lepas tu encik suami beli coolant untuk isi semula dalam kereta, kenalah RM7.50.. 

Air yang mengalir keluar dari enjin kereta.. Mujurlah awal Sha matikan enjin dan tak bawa kereta, kalau tak memang nayalah.. Kerosakkannya akan jadi lagi teruk..

Farm Fresh Grow Cultured Milk: Original & Ichiba Melon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli masa merayap dekat Lotus.. Ini pun ada 2 rasa ja.. Satu Original dan yang satu lagi Ichiba Melon.. Dua-dua sedap.. Air ini kalau minum memang melawaskan tapi saiz dia comel ja.. Anak nak bawa gi sekolah pun mudah.. Baguslah Farm Fresh ini, makin banyak produk dia.. Suka Sha..

Comel kan botol dia.. kikiki..

Farm Fresh Grow Cultured Milk: Original (5pcs X 100ml) - RM4.49
Farm Fresh Grow Cultured Milk: Ichiba Melon (5pcs X 100ml) - RM4.49

Tuesday, August 5, 2025

Amani ke Seminar PST3

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selasa minggu lepas, Amani maklumkan ada seminar dekat UPSI.. Amani nak sertai, ayah dah bagi kebenaran dan duit.. Sha suruh Amani selesaikan sendiri urusan pendaftaran semua.. Biar Amani belajar.. Sha turunkan tandatangan ja pada borang.. Tak ramai yang pergi dari sekolah Amani.. Sha hantar Amani pagi Ahad tu dalam jam 7 dekat sekolah, ada bas yang akan bawa mereka ke UPSI.. Kemudian jam 6 petang Sha ambil Amani di sekolah semula.. Seminarnya 1 hari dan belajar 4 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.. Amani seronok belajar, katanya jalan kerja yang diajarkan buat dia mudah faham.. Berbaloilah bayar mahal kalau anak-anak boleh dapat tips yang bagus.. Amani bagi tahu mereka bagi buku rujukan juga kepada peserta..

Yuran tu dapat potongan, pelajar perlu bayar RM160 sahaja.. 

Semangat Amani menunggu bas dalam kereta.. Ini dia duduk depan sebab main telefon..

Tastyville: Chilli Cheese Chicken Sausage

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mudah ja katanya.. Panaskan 20 saat, dah boleh makan.. Snak sausage perisa cili dan keju.. Kombinasi yang menarik.. Sha makan dengan roti, buat alas perut di pagi hari.. Sosejnya agak kenyal dan sedikit pedas.. Tak perlukan cili sos pun dah ngam.. Memang syoklay mengunyahnya.. Sha beli di 99 Speedmart ja..

Tastyville: Chilli Cheese Chicken Sausage (80g) - RM3.50

Ada 2 ketul sosej..

Coffee Lover Giveaway by Mummy Ayu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebagai peminat kopi, haruslah kita sertai GA yang ohsem ini.. Syarat dia mudah saja, korang klik ja Coffee Lover Giveaway atau gambar dibawah untuk lebih terperinci.. Mummy Ayu kata kalau bukan peminat kopi pun boleh ja sertai.. Jadinya jomlah ramai-ramai..

"Hidup ni tak selalunya manis, tapi kopi ajar Sha untu menghargai rasa pahit.. Dalam fasa healing, secawan kopi jadi ritual senyap yang menenangkan.. Tarik nafas, hirup perlahan.. Kopi bukan sekadar minuman, tapi ruang untuk rasa, terima dan perlahan-lahan reda.. Giveaway ini bukan hadiah semata, tapi satu pelukan hangat untuk jiwa yang sedang mencari tenang."


Tarikh tutup giveaway pada 13 Ogos 2025..
Jom semua kita sertai dan semoga berjaya..

Beli Motor Yamaha Lagenda 115

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu Sha ke Subang Perdana sebab encik suami beli motor angah Sha.. Jadinya nak ambil motorlah.. Sebelum tu kami teman Angah selesaikan urusan pembelian motor baru beliau.. Masa nak gerak tu tiba-tiba tayar motor lama Angah pecah pula.. Mujurlah kejadiannya dekat dengan kedai motor.. Kena RM60 jugalah.. Lepas tu terus gerak balik.. Sha dan encik suami singgah makan dekat Petronas NKVE.. Lepas tu terus gerak ke R&R Rawang.. Sha singgah beli roti dekat Harold's dan encik suami isi minyak motor.. Roti tu buah tangan untuk anak-anak.. Singgah dekat exit tol Sungai Buaya untuk solat lepas tu terus gerak balik..

Angah Sha beli motor Yamaha EZ115

Sha escort Encik suami bermula dari Sungai Buaya.. Sebelum tu memang gerak asing sebab macam susah ja nak escort beliau.. Bermula Sungai Buaya ini memang Sha bawa 80/90 ja..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com