Friday, November 28, 2025

Meraikan 27 November

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam masa menghantar Amani dan Imani ke sekolah, mereka ajak singgah di 7E Cafe terlebih dahulu.. Selesai di sini barulah ke sekolah mereka.. Kemudian Sha balik ke rumah selesaikan apa yang patut dan gerak ke Tapah bersama encik suami.. Masa pagi tu, tak hujan pun tapi bila nak gerak ke Tapah, hujan sepanjang jalan.. Kami singgah makan nasi dekat jalan menuju ke Cameron Highlands sebelum gerak semula ke Pekan Tapah menanti sepupu encik suami.. Ya semalam Sha meneman encik suami menyelesaikan urusan keluarga beliau.. Kami selesai di Tapah lebih kurang jam 3.30 petang.. Singgah solat di tol Tapah dan terus gerak balik ke Behrang untuk ambil anak-anak.. Sempatlah singgah solat di Masjid Slim, sampai tu memang ngam-ngam masuk waktu Asar..

Amani hadiahkan Sha buku ini.. Comel ja.. Imani pula nak belikan Sha kopi tai Sha suruh dia sabar dulu sebab Sha nak tebus kopi percuma dari 7E..

Meneman encik suami di sinilah semalam.. Sempatlah jadi kaunter pertanyaan untuk kes terakhir selepas encik suami dan keluarga.. 🤣🤣

Lepas ambil anak-anak, kami makan di AA Glow Up, Behrang Resident.. Air dia paling mengejutkan Mojito Ria tu.. Cawan paling besar.. Jenuh habiskan semalam.. Makanan kami pesan chicken chop dan chicken grill.. Bolehlah.. Harganya keras sedikitlah.. Tapi berbaloilah dengan makanan dan minuman yang kami terima.. 

Thursday, November 27, 2025

Kasut Baru dari Suami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Sha dapat 2 pasang kasut baru dari encik suami.. Satu buat pakai kerja dan satu lagi untuk jalan-jalan.. Memang cunlah.. Encik suami beli ikut saiz kasut Sha yang sebelum ini.. Beli di Shopee ja.. Ganti kasut kerja dan jalan yang sudah sampai hayatnya untuk dibakul sampahkan.. kikiki.. Kasut kerja lama dah patah dua tapaknya, tapi berbaloilah sebab Sha beli Julai 2023 kot.. Lama tu pakai, berbaloi dengan harga dia.. Kasut jalan pula dah pecah kulitnya, yang ini baru setahun lebih ja pakai.. 

Encik suami beli 12 November dan kasut sampai pada 17 November..

Merah hitam ini kasut jalan..

Kita rasmikan hari ini..

Ini pula ganti kasut kerja yang dah patah tapaknya..

Serba hitam dan ringan untuk dipakai..

Self-Love Versi Sha: Air Fryer dan Mini Blender Baru di Dapur!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun ni, Sha tak tunggu orang bagi hadiah.. Sha belanja diri sendiri dengan dua benda yang memang dah lama Sha nak beli iaitu Air Fryer dan Rechargeable Mini Blender/Chopper! Walaupun rumah Sha dah ada Microwave tapi Sha rasa Air Fryer lebih praktikal.. kikiki.. 

Rasa puas bila dapat hadiahkan diri dengan sesuatu yang bukan sekadar comel, tapi berguna.. Air Fryer tu dah macam pembantu dapur baharu, goreng tanpa minyak, kurang leceh, anak pun boleh guna tanpa perlu risau terlupa.. Mini Blender/chopper tu memang Sha dah lama usha dan teringin nak beli.. Mudah nak hancurkan bawang, lobak merah kalau nak buat nasi goreng.. kikiki..

Kadang-kadang, self-love tu tak semestinya pergi bercuti atau beli benda mahal.. Cukup dengan hadiah kecil yang buat hidup harian lebih mudah dan hati sendiri rasa dihargai.. Ini lebih bermakna dan memberi kebahagian.. kan..?? 



Comel tapi memudahkan.. Berminat? Klik ja gambar diatas..

27 November


Wednesday, November 26, 2025

Rawatan Susulan Selepas Pembedahan Gigi Taring Imani #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini adalah temujanji kedua selepas pembedahan buang gigi taring Imani.. Alhamdulillah, gigi Imani berada dalam keadaan baik.. Doktor periksa dan lakukan ujian sejuk, ketukan dan juga elektrik pada gigi-gigi Imani.. Selain tu, doktor sempat polish sikit gigi Imani bila dia pegang dan ada sedikit tajam.. Kemudian doktor puji gigi Imani bersih.. Sukalah Imani.. kikiki.. Itupun jenuh nak suruh..

Lepas jumpa doktor, minta upah waffle.. huhuhu.. Sabar jelah..

Moccona Classic Espresso Style Freeze Dried

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha belinya dah lama.. Baru nak minum.. 

Dari bukaan pertama je kita dah boleh bau aroma yang garang dan memikat.. Rasa dia pula pekat, berani dan ada “kick” espresso yang buat mata terus celik.. Walaupun kopi segera, tekstur dan aromanya tak kalah dengan kopi mesin, cukup licin dengan sedikit pahit yang anggun.. Bancuh sikit pun dah cukup kuat sebenarnya.. Tapi kalau nak gaya kafe, tambah susu suam dan jadilah homemade latte yang legit! Gitu.. Okaylah untuk tekak Sha.. 


Sha bancuh bersama krimer.. Jadilah latte..

Blind Box Wall's Cornetto

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelmarin Sha pergi 99 Speedmart beli roti.. Kemudian ternampak promosi Wall's Cornetto.. Beli 4 aiskrim cornetto dengan harga RM10.. Petosa vanila atau coklat.. Sha pun ambillah 8 ketul.. 4 coklat dan 4 vanila.. Masa bayar tu, adik juruwang tu bagi 2 kotak blinds box cornetto dekat Sha.. Rupanya selain promosi harga tu, dapat juga 1 kotak blinds box ini dengan setiap pembelian 4 ketul aiskrim cornetto.. Iklan yang dia tampal dekat peti aiskrim tu tak ada sebut pun pasal blinds box ini.. Cuma bubuh promosi harga murah ja.. Jadinya kalau korang beli, jangan lupa tanya pasal blinds box ini dekat kaunter pembayaran 99 Speedmart tau.. 

Dapat 2 blind box masa beli kali pertama..

Mula-mula dapat Creamii ini dua ketul.. Satu Amani amik, satu lagi Sha punya..

Ini pula dapat Sha dapat ahadnya, dekat 99 Speedmart yang lain..

Ada 3 warna.. Baru dapat yang Creamii (2) dan Chocoboo (1).. Tinggal Unichuu ja belum dapat.. 

Tuesday, November 25, 2025

ChaCheer Kuaci: Garam Laut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa kuaci dengan garam laut ini memang ngamlah.. Salutan garam tu ada dekat kulit luar kuaci tu.. Nak kata masin sangat tu, taklah.. Tapi terasalah garam dia.. Dekat isi kuaci tu pun ada rasa garam, cumanya tidaklah masin sesangat.. Bolehlah buat kunyah-kunyah sambil membaca.. 

ChaCheer Kuaci: Garam Laut - RM3.95 (Buy 1 Free 1)

Dapat sebekas penuh..

Pemulangan Buku Teks

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pemulangan buku teks bermula dengan Imani untuk buku teks sekolah agama iaitu pada 10/10/2025 tapi Imani pulang awal sikit sebab tarikh tu Imani ada pembedahan gigi.. Lepas pulang buku teks, Imani ke sekolah agama lenggang kangkung, bawa bekal air dan duit belanja ja..

Kemudian Amani pula pulang buku teks.. Seminggu sebelum tu, Sha dah minta Amani balut semula mana-mana buku yang koyak plastiknya..

Kemudian hari ini, Imani pula pulangkan buku teks dia.. Ini pun sama, Sha suruh balut semula buku-buku yang dah terkoyak plastiknya.. Lepastu suruh dia ikat siap-siap dan pesan pada dia jangan bagi orang sentuh buku teks dia.. Ini antara pesanan wajib setiap kali sesi penerimaan dan pemulangan buku teks..

Tealive: Signature Coffee, Milk Tea & Coco

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minuman dari rangkaian Tealive Signature ini ada teh, kopi dan juga coklat... 

Tealive: Signature Coffee (25g) - RM3.15
Rasa kopi dia biasa ja.. Tak adalah kuat mana kopi tu.. Okaylah untuk yang nak minum kopi tapi tak nak rasa yang kuat.. Manis, jadinya Sha tambah lebih air..

Tealive: Signature Milk Tea (25g) - RM3.15
Sha tak minat teh susu.. Tapi Tealive punya teh susu ini sedap untuk tekak Sha.. Rasa dia tak manis sangat dan teh tu tak terlalu kuat.. Satu lagi Sha rasa disebabkan dia guna gula perang jadi rasa dia lebih sedap dan unik.. Sha berjaya habiskan air teh ini tau..

Tealive: Signature Coco (25g) - RM3.15
Rasa koko yang tak terlalu pekat dan manis.. Sedang-sedang sahaja rasa dia.. Memang syoklah minum sama ada waktu pagi ataupun petang.. Mantap..

Monday, November 24, 2025

KFC Choco Mochi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Khamis minggu lepas, Sha ada urusan luar.. Jadinya selesai urusan dah masuk makan tengahari, jadinya jomlah kita melencong ke KFC.. Demi sekeping pelekat dan juga mochi coklat.. kikiki.. Mochi dia tu, bolehlah.. Sha kurang berkenan dengan kulit dia tu.. Macam tak elestik sangat.. Tak macam mochi sebelum ini.. Inti dia tu sedaplah sebab tak manis sangat.. Sedang elok ja lepas tu dekat inti tu ada bertih beras.. meriahlah inti dia.. Cumanya Sha rasa Sha lagi suka yang inti strawberry.. 

KFC Choco Mochi (60g) - RM6.99

Ada 2 ketul mochi..

Keretan rentas.. Warna putih dekat coklattu bebola beras tau..

Yeah!! Dapat juga pelekat KFC❤️Kuromi.. Sha beli set cheaky meal burger dan dapat sekeping pelekat ini.. Sebelum beli tu, gigih tanya dengan adik dekat kaunter tu, pelekat ini ada lagi ke..

Uncle Sam: Paf Bijan Hitam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Korang.. Sha sukalah paf versi bijan hitam ini.. Tak terlalu rangup tapi rapuh ja bila masuk dalam mulut.. Meriah dengan rasa bijan.. Puas hatilah bila makan.. Memang berbaloi dengan harga dia..

Uncle Sam: Paf Bijan Hitam (140g) - RM7.30

Dapatlah sebekas comel ini.. Kejap ja licinnya..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com